Tuesday, July 28, 2015

Tak sabar!!

Alhamdulillah.

Dah hampir dua bulan mendirikan rumah tangga walaupun rumah ku nan hado tangga nya. Alhamdulillah lagi, tak berapa hari je lagi kitorang nak g honeymoon. Boracay uols. Jangan jelly k. Aku memang sumpah tak sabar.

Huhuhu banyak benda aku nk hupdate kat blog ni. Tapi keadaan tak mengizinkan lah. Ada je masalah yang datang. Sorry yeh. Ada masa banyak sikit aku update semua. Oh sebelum terlupa, masih tak terlambat kot aku nak wish Selamat Hari Raya untuk semorang dalam dunia ni. Maaf kalau aku ada terkasar bahasa, tertulis apa apa yg menyakitkan hati sesiapa.

Nanti lah cite pasal raya. Skg nk cite pasal Boracay.

Boracay is located in Philippines okay.

Menurut website ni, Boracay tersenarai antara pulau tercantik di duhnia! Haruslah aku nak sgt pergi. Nak tengok cantiks sgt ker kenzz. Tp memang terpukau lah bila kau secara tak sengaja google Boracay Island ni. Serious cantik. Air biru jernih crystal clear gituww

*gambar ihsan Encik google

*gambar ihsan Encik google

I just can't imagine myself here. Sumpah tak sabar sgt. Tapi takpe. Sabar tu separuh dripada Iman. Makanya aku akan bersabar. Cantik kan!!! There's more.

*gambar ihsan Encik google

*gambar ihsan Encik google

So this is Puka beach. Puka beach ni mcm another side of Boracay yg katanya masih virgin. Kalau x silap aku, kawasan Puka beach ni tak ada resort. Pantai dia kira terpelihara lah. And best spot untuk tengok sunset. Yeke? Nanti aku kongsi experience aku k.

*gambar ihsan Encik google

And this one is Crystal Cove Island. Nama pun crystal kan. Ko tengok jela air dia tu. Kaler air dia tu sangat mengimbau kenangan di Emerald Pool, Krabi. Lagi tambah tak sabar k!

So everything else aku akan story nanti. In sya Allah entry untuk Boracay ada banyak. Bertabahlah. Yang penting, kene tunggu aku balik.

Kbai

Tuesday, June 23, 2015

Honeymoon

Assalamualaikum.


Lagi seminggu je nak masuk usia sebulan perkahwinan aku. Alhamdulillah setakat ni semua baik2 ok2 je. Gaduh biasa la tp masa belum kawin dlu lagi bnyk gaduh. MA pun mcm lain sikit perangai dia skg. Seghronok agaknya ada bini :p

Anyhow, nak cerita pasal kitorang punya honeymoon plan. Which is in August.

Aku beli tiket ni tahun lepas kot. Kalau korang perasan la kan, bulan 3 hrtu kan Airasia ada buat promo jugak. Then skg pun kan tgh ada promo. Tp promo nye sama jeeee tempat dia. Aku mcm kecewa la sikit yg promo kali ni. Tp tetap beli tiket :D

Tahun lepas masa aku beli tiket ni, tempat dia banyak best best. Macam tempat yg aku nak g ni lah. And tempat yang aku nak g ni ialah tempat yang paling best dalam dunia. K tipu.

Dulu aku xnak tau g sini. Tapi bila baca2 blog sume, sume org nk g sini. Aku pun ermm terpaksa lah g. Pastu aku buat research, google sana sini, still aku x berminat. Dalam hati kata ishh x best mcm Krabi lah sini. Mcm boring je.

Tapi bila dah kau ada masa setahun untuk kaji pasal tempat tu, dari tak best haruslah jadi best kan. Dan aku makin hari makin tak sabar nak g.

So far aku dh book bilik untuk first night and last night. Both different hotel. Hari last aku nk bwk MA duduk hotel yg mahal and selesa sikit. 1 malam jela tp hehe nak duk lelama x mampu. Mampuss je nti. Oh destination honeymoon kali tepi pantaii. Aku tak suka sejuk. Cukup x suka. So aku pilih beach lah. Fefeeling matsaleh sikit. Nak sunbathing kononnya.

And aku nak menghayati scenery sunrise and sunset. Hotel untuk malam first tu aku mmg saja amik semata2 untuk tengok sunrise. Sbb bahagian pantai dia lain. Sunrise belah lain, sunset belah lain. Malam2 yg lain tu tgk sunset jela.

Nanti aku review hotel2 yg aku akan duduk. InsyaAllah 3 or 4 jenis hotel lah. And dripada apa yg aku baca kat blog2 sume, kat sana susah nak cari makanan halal. Makanya aku akan beli luggage from AA semata2 untuk bawak bekalan makanan dan rice cooker. Oh this is wajib sbb aku xleh kalau xde makanan. Aku xleh lapa nanti aku nangis. Takleh nak backpackers style sgt honeymoon ni sbb perut laki dan perut sendiri kena isi.

Eh banyak dah cite.
Surpriseeee.

Yeayy aku akan berhoneymoon selama 7 hari 6 malam di Boracay, Philippines. Lama kan. Memula MA pun bising lama sgt tp nak buat cmne. Tiket murah tu woiii! Siapa dapat grab tiket yg lg murah dari aku punya ni, silalah terus beli. Jangan pk pk lg. Aku beli tiket ni last year, around rm151 return for 1. Skg punya promo pun aku tgk rm200+ return for 1. So goodluck k kalau jumpa tiket murah hehe. Tapi of course ini tak include pape lagi. Foods, life insurance and luggage. But still, kalau tiket saja dah almost rm300, kalau kau add on lagi la mahal kan.

Ok la. Nanti aku cite lg.

Bye

Sunday, June 21, 2015

Airasia Big Promo - 0 big points!

Assalamualaikum.

Kisah kahwin kita tangguh dlu sampai mood nak menulis tu datang.

Harini sesaje je nak bgtau kelmarin iols dapat tiket mureh sempena airasia promo. As usual, special untuk Big Member, pembelian tiket dibuka 24 jam awal.

Alhamdulillah, dapat grab tiket murah ke ................. hah ke mana? Tungguuuu :D

Now nak focus untuk my next trip this August. Dulu lama woi tunggu. Skg tinggal lagi less than 2 months.

Banyak benda nak kena bawak, banyak benda nak kena prepare. Sebab nya dah berdua kan skg. Kalau dlu aku pk tekak aku je. Skg nk kena pk tekak laki.

Nti aku update pasal checklist k.

Bye

Monday, June 15, 2015

New phase

Alhamdulillah

Macam tak percaya je dah dekat dua minggu jadi isteri orang.

Dah sebulan jugak tak menulis. Busy woi. Kenduri dua2 belah pihak dah settle. And Khamis lepas dah start kerja. MA baru start kerja semalam.

Lusa pulak Ramadhan. Bersyukur sgt. InsyaAllah berbuka and sahur dengan suami. Auwww. I is excited.

Ok la.

Selamat berpuasa k guys. Ada masa nti aku update panjang sikit.

Bye

Thursday, May 14, 2015

Wedding Preparation #12: Wedding Card Part 3 - FINALLY DONE

Assalamualaikum

Alhamdulillah....

Setelah bersabar sabaran selama hampir 2 mgu, last week aku dapat jugak wedding card. Tp hazab dia ayooooo sakit hati tau.

27.4 - pagi - dia hantar draft suruh finalize kalau ada lg any major changes

27.4 - petang - aku wasap dia ckp confirm card dah ok boleh print skg. Aku tny brp hri boleh siap. Dia kata 3 hri siap. Tp 27.4 tu selasa, hari jumaat tu pulak PH. So dia kata mgu depan tu lah baru boleh siap.

2.5 - pg - aku wasap tny dh print ke kad? Katanya dah print tinggal finishing je

5.5 - pagi - aku wasap dia tak received

6.5 - pagi - wasap still tak received

8.5 - pagi - MA tanya kad tak siap lagi ke? Alamak. Bila dia dah tanya, aku dh cuak ler. Masalah nya wasap still tak received. Aku bg MA phone number org tu. Call dekat sejuta kali tak berangkat. Aku memang marah sgt dah rasa. 8.5 tu hri jumaat dah k. Lebih dri seminggu dah dari tarikh aku suruh dia proceed with painting. Aku dh tak senang duduk dekat ofis. Terus aku wasap MA nti tghari aku g kedai dia nak tanya. Yela dah call x angkat wasap langsung tak delivered.

Akhirnya tghari tu, belum sempat aku g kedai dia, dia angkat phone call. Katanya phone rosak. Kad dah siap tp x amik kat kilang lg. Hmmmm sabau jela aku ni.

9.5 - hari sabtu pagi tu baru lah aku dpt kad aku. Untuk belah aku, actually aku x kisah sgt. Tp aku nak kena post kad tu ke Kelantan. Untuk family MA. Takkan dah last minit bru kita nak jemput org dtg kan.



Aku memutuskan untuk tak payah la korang kenal nama sebenar aku dgn MA. Bukan apa. Aku ni pemalu. Huahahaua.

And yes.

Wedding day is 31st May 2015.

2 minggu je lg hoi.
Nebes.

Bye