Thursday, January 29, 2015

Kemudahan yang tak mudah

Assalamualaikum

Aku dah lama nak menulis entry ni tp asal masuk ofis je lupa. Ni sebenarnya masalah dekat tempat kerja aku.

Ok. Kat tempat kerja korang mesti ada surau kan? Walau company cina sekalipun, mesti ada dia sediakan surau kalau dia ada staff yg beragama Islam. Cuma nya surau ni selalu jadi tempat terakhir yg majikan akan fikir. Macam last time I've worked at this one company, dia punya surau located at tingkat paling atas sekali they said. Bangunan ada 3 tingkat. I thought ok lah surau at level 3. Rupanya surau is located at level 4 which is dekat bumbung T_____T bumbumg dia mcm tempat org main futsal tu luas je kawasan and there this one small room ada surau and toilet. Hadoii rasa sedih sangat. Tapi alhamdulillah, dalam bersih. But that not the worst scenario.

Tempat kerja aku sekarang lagi sadis. Selalu nya, kalau kau pergi surau, mesti lah patutnya sediakan tempat untuk amik air sembahyang kan? Ya Allah, ada ke tempat kerja aku yg sekarang ni, dia suruh kita amik wudhuk dekat locker room punya toilet, lepastu kau kena keluar locker jalan dalam 10 meter camtu untuk ke surau. Yes tempat amik wudhuk is located outside the surau. And the weird thing is, surau lelaki elok je terletak dekat dalam locker room diorang. Bukan masalah nak kena jalan 10 meter tu. Masalah nya ialah jalan tu is public walkway. Jalan semua staff ke sana ke mari. Kita ni pakai kasut g kerja, kena g surau tukar selipar, lepastu jalan g amik wudhuk, lepas dah amik wudhuk, dengan basah basah semua, kena jalan g surau T________T 

I is stress.

Aku paling tak suka bila lepas amik wudhuk dengan basah2 tu, kebetulan dekat walkway tu pulak ramai jela staff kehulu kehilir. Org semua pandang semacam je mcm kau dah kenapa kau ni basah basah dengan selipar berbunyi adoiiii. Pastu jalan masuk surau. Aku rasa mcm org mesti ckp eleh nak menunjuk dia tu kononnya rajin solat la tu. Eiiiiii nyampah!

Aku rasa tak patut betul bila company2 buat macam ni. Kalau pekerja kau sorang je yg beragama Islam, kau kena sediakan tempat untuk org solat. Ini kan pulak hampir 60% staff kau Islam, kau tak terfikir ke nak jaga kebajikan staff staff kau???

Ok tu je nak marah.
Bye

Monday, January 26, 2015

Promosi tiket Airasia

Assalamualaikum

So rasanya semua orang dah tau yang sekarang until 1st February airasia ada buat promotion. For me, tiket dia agak murah sebab takde fuel surcharge. Nak tau lebih lanjut, boleh layari website airasia (sebab dia tak bayar aku untuk review, aku pun taknak lah letak link hahaha) 

Tapi. Macam biasa. Ini promotion awal tahun. Travel period is August 2015 - March 2016. Nanti tengah tahun sikit, ada lagi promotion airasia buat. Tapiiii, jangan pertaruhkan rezeki anda. Gituwww. Kalau ada tempat yang korang teringin nak g, and tiket tu murah sekarang, cadangan aku is beli je skg. Nanti kang kau tgk lah, kau tangguh tangguh, tau tau nti mahal lagi. Confirm menyesal. Kalau tiket tu still within your budget, beli je.

Malangnya, tiket yg aku nak, takde. Bukan takde, tapi mahal. Budget larikk. Aku nak tunggu yang muraaaaahhhhh lagi. Selagi takde yg murah, takpe aku tak g hehe.


Aku nak pegi pulau je skg ni. Belum ada rasa nak pergi historical place ke sight seeing ke. Tak minat sangat kot. Nak sunbathing T____T

So apa lagi korang? G la book tiket flight cepat. Ingat, rancang percutian awal supaya boleh jimat.
Ok
Bye

Sunday, January 25, 2015

Kenapa perempuan suka bebel?

Assalamualaikum

Hamboii tajuk. Makcik makcik sangat. Takde. Semalam aku dgn MA dok bincang la pasal kawin2 pebenda semua ni. Pastu tetiba dia terkeluar ayat

"Sebab tu laki lagi suka lepak mamak, kalau balik rumah bini keje asyik nak bebel je"

So bermula lah topic seperti tajuk post ini.

Ada few question yang aku tanya dekat MA semalam bila dia bangkit kan isu ni.

Agak agak kalau masa laki dia balik kerja, laki dia balik balik terus g jumpa bini dia kat dapur tanya sayang masak apa harini? Ada apa2 yg abg boleh tolong? Ada sebab tak untuk bini dia tu tiba2 bebel? Mesti dia happy je masak sambil sengih sengih.

Kalau kau tengah tengok tv, lepastu bini kau panggil abg tolong g buang sampah ni jap. Pastu kau pun hah jap jap japg abg buang. Tapi hakikatnya, sampai esok pun kau tak buang. Kau agak2 bini kau nak fire kau tak?

Wahai wanita, ketahuilah anda bahawa suami (or in my case, bakal suami) kita ni bukan tukang tilik. Kalau kau tak suruh dia buat, and u expect him to do things, kau salah. Kalau dalam kepala otak kau ckp hmm aku letak sampai ni depan pintu rumah nti laki aku nak keluar, dia nampak sampah ni mesti dia tolong buangkan (dengan harapan laki kau kononnya akan paham yg kau nak suruh dia buang sampai tu). Tapi bila kau balik, kau tengok sampai still kat situ, lepastu kau mengamuk. Konon2 rasa macam husband kau tak understanding u enough. Kau salah ok. Lelaki takkan buat benda kalau kau x suruh (at least most of the guy, bukan semua ye), especially lelaki yg jenis tak romantik ni. Kalau kau tak suruh, dia takkan buat. Kalau kau duduk lepak dengan dia tgk tv, tetiba rasa lenguh pulak kaki, terus angkat kaki letak atas riba laki (dengan harapan dia paham yg kau nak suruh dia urut kaki kau), tapi instead of urut, laki kau tepis kaki kau ckp ehh tepi la kaki awak tu dah la berat (dengan niat nak gurau) bini terus sentap merajuk sbb laki tak understanding nak suruh urut dia boleh lak perli kita (sambil tulis ni sambil aku sendiri tergelak)

Perempuan bila dah marah dia memang suka bebel lepastu cakap benda yang bukan2 kadang2 takde kena mengena dgn topic perbalahan **aku la tu T____T

Apa lah salahnya kalau kau ckp, bang, tolong urut kaki i sikit, lenguh lah.
Or bang, nanti keluar tolong buang sampai sekali eh?
Or syg nti u habis makan tlg bawak pinggan pegi sink, tp xyh la basuh tinggal je (ok ayat ni trick jgk sbb wife sebenarnya dalam hati dok cakap hmm aku nk tgk dia syg aku ke tak kalau dia syg aku dia mesti basuh terus, sekali g dapur pinggan berlonggok dalam sink, dalam hati ada sedikit rasa kuciwa)

Ini contoh2 pertolongan yang kau boleh mintak dekat laki kau. Kalau kau nak suruh laki kau buat apa2, u just have to ask him.

AND!!!

Yang lelaki ni pun satu. Kalau kau taknak bini kau marah bebel2, kau tolong la dia sikit. Macam aku ckp kat atas tadi, balik kerja dengar bunyi org bersilat kat dapur, jengah la sikit tengok bini buat apa. Xyah tolong, tapi show them u care.

Kalau kau balik kerja, nak mandi semua, dalam bilik ada bakul baju kotor, instead of kau campak je baju seluar kau kat lantai, apa salahnya kau masukkan baju kotor dalam bakul terus? Mana lah bini tak bebel kalau dalam bakul kosong tapi atas lantai penuh pakaian sampai jalan atas pakaian lantai terkambus dah.

She is your wife, not your maid.

Dalam hidup berumah tangga, kena saling give and take. Bila kau tolong bini kau, 99% aku confirm yang bini kau pun akan tolong kau. Tolong kurangkan bebelan.

Kalau kau nak jadi lagi sweet, kau bagitau bini kau yg suka merajuk tu. Cakap kat dia, syg abg ni bukan mind reader, kalau awk ada apa nak suruh abg tlg, awk kena bgtau, awk kena mintak.

Tapi perempuan, agak2 lah k kalau nak mintak tolong. Jangan lah kau duduk sedap goyang kaki tengok tv, dok arah laki abg g basuh baju, abg tlg masak nasik, abg tlg basuh berak anak, abg tlg siram pokok kat luar tu. Hah macam ni bukan mintak tolong, ini mendera nama dia. Mintak tolong dia untuk ringan kan beban kita.

And guys, bila si dia dah mintak tolong, jangan la lengah2 kan. buat cecepat. Supaya dia tak bising.
And ladies, bila lelaki tengah in a middle of something (mcm tgh tgk bola ke or tgh main game ke), jgn lah kau suruh dia g kedai runcit beli kunyit. Confirm dia tak layan kau.

Understanding, and give and take. InsyaAllah bahagia.

Amboi bercerita macam ada experience LOL. Sorry kalau ada salah. Personal opinion je ni.
Bye

Wednesday, January 21, 2015

7 tips utk wedding awesome tapi budget kecik

Assalamualaikum

Aku la tu salah seorang yang memerlukan wedding yg awesome tapi budget kecik cinonet. Since I am currently planning for my wedding, aku nak share few tips untuk korang menjimatkan lagi wedding korang.

1. Invitation / Jemputan
Ok this is where most of the money go. Jumlah jemputan. First thing first, kau kena senaraikan siapa yang akan kau jemput datang wedding kau ni. 


Make sure korang betul2 sure org yang dijemput tu perlu ada dekat majlis korang. And if budget kecik, haruslah dik majlis kau pun kena la kecik. Kalau budget kecik tapi impian nak majlis dekat dewan klcc, payah lah. Bila majlis kecik, jumlah jemputan pun haruslah sikit ok.

2. Makanan.
Ok this is your second nightmare. Kalau zaman skg ni, catering semua nak amik yang seribu org makan. Baru lah harga nak murah. Kalau sikit, harga memang mahal nau nau. So sini korang boleh jimat dgn masak sendiri. Dah kalau jemputan kau 400 org je, should be no problem untuk family and sedara mara kau masak. Ataupun kalau dh takde sgt org nak masak, kau cari catering yang ada harga separate. Jangan amik yang package sebab rugi. Contoh catering A buat package all in one RM15000 (termasuk baju pelamin etc). Hah jangan amik yang ini. First, sebab harga tu memang confirm untuk seribu org makan. So kau dah rugi makanan confirm lebih kat situ. Dah la rugi, membazir pulak. Second, kau x perlukan baju pelamin kek pengantin etc etc. Sebab ni semua kau boleh tempah asing. Just mintak harga untuk makanan include pelayan and buffet counter.

3. Khemah.
Kalau majlis kau kecik, dik kau x payah la nak pacak sampai 5 khemah. Amik 1 or 2 je. Kita org melayu buat majlis bukan nya makan course by course. Bukan nya ada special seat untuk semua org kan. So 1 or 2 khemah is more than enough.

4. Pendekkan masa.
Pendek kan masa majlis ni maksud aku is kalau kau niat nak nikah and sanding in on day, pendekkan masa. Contoh nikah pukul 9, lepastu nanti sanding mesti tengah hari kan. Ok potong part ni. Kau nikah je pukul 11, lepastu terus sanding. Satu, kau dh jimat masa, dari org datang pukul 12-4 ptg, kau boleh start buat 11-3 je. Dua, kau dh jimat sebab kalau kau nikah pukul 9 pastu sanding tengah hari, org yang datang time nikah pagi tu confirm nak makan. So kita kene prepare kan breakfast betul tak? So bila kau drag bawak majlis lambat sikit, kau dah jimat bab makanan kat situ. And satu lagi kau boleh jimat is, baju tak payah kau nak buat bebanyak. Kau boleh pakai satu baju je. Membazir tau kalau nikah pakai baju lain, satg sanding baju lain pulak. Padahal dua2 baju esok tak pakai. Membazir amalan syaitan. So beringat lah.

5. Kurangkan belanja.
Jangan berbelanja untuk benda yang tak perlu. Which is photographer, pelamin, photobooth, candy bar and etc. Bukan tak perlu amik langsung, tp lebih jimat if semuaaaaaa ni kau buat sendiri. Photographer, kau hire je siapa2 dalam kalangan family members kau tu sepupu ke anak saudara ke yang agak mahir untuk amik gmba. Kau suruh je dia amik gambar sepanjang majlis, lepastu nanti kau boleh edit sendiri. Skg dah ada org yg siap boleh compile kan gmba2 kawin kita jadi photo book tau. Harga less than RM100. Kena rajin google ok. Pelamin pun kau boleh buat sendiri. Google lah. Cari yang simple je yang g mana kau mampu buat. Tips untuk buat pelamin, cari kain langsir yang kau boleh guna after wedding. Contoh masa kawin, pelamin buat kaler hijau, lepastu nanti, langsir tu guna untuk letak kat bilik tetamu. Hah kan jimat. So takde lah membazir. Photobooth pun kau boleh buat sendiri. Rajin rajin lah google ok. Candy bar pun sama. Mak kau confirm ada pinggan2 kaca yang duk simpan dalam almari kan, bawak keluar. Kat mana nak beli candy murah2? Dekat NSK Selayang, ada satu kedai jual candy secara borong. Dalam NSK, tp bukan kedai NSK. Dia sebelah kedai telur. Kat situ macam2 ada, kau beli, lepastu deco sendiri.

Nak lagi jimat, no 5 tu tak payah buat langsung. Lagi berganda2 jimat korang.

6. DIY apa yang mampu.
Antara benda2 yang kau boleh diy is kad kahwin, goodies bag, tq tag. Benda2 yang org takkan simpan lama, baik kau DIY je dari kau beli. Google. Banyakkkk gila tutorial nak buat benda2 ni semua. Kalau nak jimat, jangan malas.

7. Buat majlis sebelah pihak je.
Buat majlis sebelah pihak je maksudnya, buat majlis sebelah lelaki sahaja. Meaning here is, sebab kita mesti nikah di rumah perempuan kan, so masa majlis nikah ni, kau jemput ahli keluarga terdekat je. Jemputan dalam 200 org. Lepastu kawan2 lain semua, suruh pegi majlis belah lelaki. Benda ni elok kalau dua2 belah pihak tak ramai kawan. So bila campur jumlah jemputan jadi 1500 org je. So dah jimat. Panggil katering pun lebih murah. Tapi kalau duduk dekat ok lah. Kalau duduk jauh mcm aku dengan MA, masak lah kalau aku suruh kwn aku g kenduri kat Kelantan. Memang takde org nak g la kan.

Buat masa ni, ni je tips yang terlintas di fikiran ku. Walaupun kita kawin sekali seumur hidup, kita jangan membazir. Apa yang penting, nikah. Langsung kan yang wajib dlu. 

Okbye

Penangguhan

Assalamualaikum

Penangguhan apakah? Rasanya selain dari penangguhan sesi persekolahan, takde apa yang nak di tangguh kan lagi kan?

Ahahaha ini takde kena mengena dgn sekolah k. 

Penangguhan ni pasal penangguhan entry wedding preparation aku. Tak penting pun sebenarnya tapi biar ahh. Nak gak bagitau. Aku terpaksa tangguh kan sebab busy nya dua tiga minggu ni. Busy apa ntah. Tapi takde masa betul nak update pasal wedding. Ada jela benda yang aku nak kena buat.

Antara entry yg tak sabar aku nak publish is pasal my DIY wedding card and goodies bag. Excited sgt k sebab aku dapat buat apa yang aku betul2 nak.

Itu lah untung nya bila semua buat sendiri. Apa yang kita nak semua dapat. Plus, harga jimat ok.

Nanti kan kemunculan entry baru k.

bye

Tuesday, January 13, 2015

52 Weeks Challenge

Assalamualaikum.

Pagi tadi bangun tido, scroll timeline fb. Sekali ternampak pasal cabar 52 minggu. Haishh last year buat cabaran 30 hari. Kalini buat cabaran 52 minggu pulak. Lama tu.

Ok cabaran 52 minggu ni sebenarnya bukan cabaran untuk tulis entry. Ini cabaran untuk menyimpan duit. 

Caner dia berfungsi? Amboi berfungsi.

Camni. Every week, kau kena simpan duit ikut minggu.

Contoh

Minggu 1 - RM 1
Minggu 22 - RM 22
Minggu 34 - RM 34
Minggu 48 - RM 48
Minggu 52 - RM 52

Hah paham ke tidak? Meaning setiap minggu kau kena menyimpan. Jumlah boleh cecah RM 1000 + tauu. Jangan tak caya.

*sila click untuk tumbersaran

Untuk pengetahuan korang, yang ni aku buat sendiri. Ilham je dari yg omputih punya tuh. Sebab yg omputih punya tu amount dia in Dollar. Dia pakai sign $$$$. Kita kan RM. So aku pun dengan gigih menaip satu2. Hehehe siapa malas nak taip sila email nanti aku forward eh.

Lagipun kalau korang perasan, aku ada tambah satu lagi column STATUS. Meaning that bila aku dh masukkan duit, aku akan tanda and letak date sekali. So senang.

And aku sebenarnya nak bukak 4 tabung. So mula2 ni senang lah kan setakat RM 4 seminggu. Tapi bila minggu ke 52? Hah jenuh nak bayar RM 208!! Jadiknya dengan ada column status tu, aku akan penuh kan tabung secara inconsistent. Inconsistent meaning aku akan tetap bayar ikut weeks, tapi dalam masa yang sama, aku akan settle kan bayar untuk minggu2 yang memerlukan simpanan yang banyak.

Contoh aku ada 4 tabung.

Tabung 1
Tabung 2
Tabung 3
Tabung 4

Untuk minggu 1, aku penuh kan 4 tabung which is RM 1 each x 4 = RM 4
And aku akan bayar additional tabung 1 tapi minggu ke 52 = RM 52

Paham tak?
So sekarang 

Tabung 1 - RM 1 + RM 52
Tabung 2 - RM 1
Tabung 3 - RM 1
Tabung 4 - RM 1

Jadi untuk minggu ke 2, aku akan bayar pulak RM 52 dekat tabung 2.

Nanti dah bayar, aku tanda lah dekat status tu. Meaning dah bayar.
Paham ke tidak ni???

Hahahaha nasib lah kalau korang tak paham. Tapi ini yg aku akan buat lah. Siapa nak tiru boleh, siapa nak bayar je macam biasa pun, takde hal. Kalau 1 tabung je, kau continue je bayar mcm biasa sampai week 52 tu. 

And one important thing is, discipline yourself untuk jangan langsung usik duit ni k. Jangan! Sebab nanti hujung tahun benda ni jadi macam bonus untuk kita. Boleh buat shopping, boleh masuk ASB. Best kan.

Ok selamat menyimpan.
Bye

DIY Project #2: Brown Paper Bag Part 1

Assalamualaikum

yesss. Untuk goodies, aku memang dah aim nak nak nakkkk jugak pakai brown paper bag. Walaupun mak aku kata eii buruk nya huahuahuaha org tua tua ni memang tak suka kan warna gitu. Warna yang tak ceria ni, memang mak aku awal2 dah reject. Buruk katanya. Warna kelabu pun dia tak suka ok. 

Anyhow, since this is my wedding, aku berkeras nak jugak pakai brown paper bag. Tapi aku pujuk la jugak dia sesikit. Aku tunjuk kat dia few paper bag yg dah di design and nampak cantik jer. Akhirnya, dengan rela hati campur terpaksa, mak pun agree untuk pakai brown paper bag for goodies. #fliphair #maktermakanpujukrayuku #perlukehashtag


Hah atas ni memang contoh paperbag yang aku nak sangat2. Size dia, tinggi dia, bentuk dia, mengancam hoi. Tapi masalahnya, harga dia ni melampau mahal. Mahal lah untuk b2b budget macam haku ni. Nantikan part 2 punya entry k sebab masa tu baru aku bgtau paper bag macam mana yang jadi pilihan ku.

Sebenarnya tak start pun lagi DIY paper bag baru pilih pilih design hehehe


Ini pulak alternatif lain tapi paperbag ni takde tangkai. Aku nak yg ada tangkai nanti senang orang nak bawak plus boleh isi benda2 lain jugak. Tapi kalau dah takde pilihan lain, terpaksa jugaklah bagi yang tak bertangkai.


Yang macam ni pun aku berkenan jugak. Sbb simple je. Tapi still, takde tangkai. Nampak sweet je and simple. Clip atas tu boleh cari dekat Kaison. Kaison ada banyak branch dekat Paradigm Mall pun ada. Ada banyak design clip tau. Rambang mata. Kalau nak yg murah lagi, dekat DIY ada kot. Doily paper tu pun senang je nak cari. Dekat kedai kek berlambak jual.

So far, tiga ketul ni je yang aku berkenan. Aduii pening tau taktau caner nak design. Sekarang ni sticker TQ tag dah siap lepastu pening jugak sebab tak tau nak letak kat mana hahahahaha. Sebab kalau paper bag yg ada tangkai, mana nak lekat tq tag tu. Kalau yg takde tangkai lipat je mcm atas ni ok la kan nak lekat tq tag. Ahhh sudah. Pening kepala.

Ok lah nantikan entry Brown Paper Bag part 2 kalau nak tau design macam mana yang den pilih yo.

Bye

Monday, January 12, 2015

Happy at work. How?

Assalamualaikum.

Ok since aku pernah up entry sebelum ni yang mengatakan aku malassssssssssss nak g kerja kan. So today aku nak up pulak entry macam mana kita nak rasa happy jer bila kena g kerja tu. Especially after long weekend or holiday. 

Yes I know how it felt. Balik dari long holiday yang super awesome, tau tau Monday kena masuk office. Duhhh. Malas gila rasa. 

Ok now, let start.

1. Bangun awal.
Bangun awal means, kalau kau selalu pergi kerja pukul 8am, and u need an hour untuk bersiap, which is 7am, bangun awal an hour or 30 minutes. Meaning 6 am or 6.30am. Why? This is the time dimana kau nak bergolek2 atas katil mengeliat puas2, main game sekejap. Just to bring your mood back. And 6.30 am just nice untuk bangun, subuh, lepastu boleh baring2 jap before siap2 pergi kerja. Betul tak? Yes tido memang best! Especially bila pagi2 6.30 nak ke 6.45 pun boleh sambung tido kan? Rasa macam berharga betul 15 minit ni. Tapi sebenarnya, 15 minit tu penting untuk kita buat some short activities. Kita boleh breakfast, tengok tv jap, buat sit up sikit. Confirm lepastu rasa semangat nak g kerja. Macam your own me time lah. Takyah rushing nak bersiap. Tak caya? Try lah.

2. Dress up.
Dress up ni tak semestinya kena pakai baju baru hari2. Untuk yang pakai uniform pun, tak semestinya korang tak boleh dress up. Preferably, kau bersiap dari rumah. Untuk mood nak g kerja tu datang. Tapi if uniform x boleh bawak balik, dari rumah, kau pakai baju cantik2. Means takde lah kau g tempat kerja tu pakai track suit je. Lain la kalau tempat kerja dekat dgn rumah and kau berjogging g kerja. WHICH IS GOOD!!! So dress up meaning kita pakai something yang buat kita rasa confident. Jangan pakai selekeh2. Kalau baju kerja dah buruk, and buat kau rasa tak bermaya, buy a new one. Mix and match. Pakai wangi2, baju wangi, kemas. And korang mesti rasa lagi tak sabar nak start your day.

3. Datang awal.
Bila kau dah bangun awal, confirm2 kau boleh datang awal. Itu yang bagus. 1 nya sebab nti punch card or thumb print kau cantikkkk je sebab selalu dtg awal 10 to 15 minutes. Confirm boss puji. And one more thing, bila kau dtg awal, kau boleh relax2 dlu dalam office, amik mood konon nya. Boleh makeup2 sikit, buat air ke. So takdelah kau masuk kerja pukul 9, kau sampai pun pukul 9. Tau2 je duduk2 tepon dah bunyi. Dgn handbag tak sempat simpan, tiba2 boss pun masuk. Hah tak ke haru mcm tu. Datang awal, just to prepared yourself before start your day.

4. Meja yang kemas.
Ini penting supaya bila kau dtg je, kau tak terus rasa serabut. Kalau kita balik rumah, after a long day at work, kita mesti nak rumah yang bersih clean and clear. So office pun sama jgk. Make sure sebelum balik, kau kemas meja kau kasik bersih. So that besok pepagi bila kau masuk kerja, meja nampak suci murni and hati rasa senang untuk memulakan hari yang indah.

Ok ini few tips yg aku guna. Alhamdulillah, makin rasa semangat nak kerja. Elehh konon hahaha.
Okbye

Thursday, January 8, 2015

Perasaan T___T

Assalamualaikum.

Hadeii la. dua tiga hari ni kan aku ada satu perasaan tau. Eh bukan dua tiga hari dah dua tiga pat lima nam bulan rasanya ada satu perasaan ni tau. Perasaan apa kau nak tau? perasaan malas nyaaaaaaa lahai nak kerja. Malas yang teramat sangat sampai rasa macam ah esok aku taknak g kerja apa nak jadi jadik lah.

Sampai macam tu sekali tau. Skg ni dah nak kawin, lagi la aku rasa macam ahhhh lepas kawin taknak kerja nak duduk rumah je jaga laki @_____@ Hahahahaha kau mampo!

Aku memang tak suka tau kerja. Aku lebih suka buat bisnes sendiri. Or duduk rumah goyang kaki. Auwww. Aku tak suka sebenarnya org bagi arahan kat aku kena buat itu kena buat ini. Lepastu aku tak suka kena marah. Nasib MA paham and dia ada ckp, if lepasni kerja dia makin bagus, dia suruh aku duduk rumah je tlg dia buat documentation. Alahaiiii seghonok weh dengor.

Tapi apa kan daya. Sementara nak menunggu kerja MA makin bagus, iols is perlu kerja. Bukan apa. Takkan aku nak harap kat lakik aku je kan bagi duit tetiap bulan. At least kalau aku kerja tlg dia, leh la aku tolong ringankan beban dia. Walaupun sikit, still i can help him kan. Lagipun nak hidup kat kl ni, kalau salah sorang je bekerja yg sorang lagi goyang kaki sesaja, memang payah lah nak survive. Lain la gaji sorang tu 20k. Ini kita gaji campur dua pun tak sampai 10k. Nak taknak, kena la berkorban ye dak.

Amboii nak kawin lambat lagi, beriya cerita macam anak dah 4.

Okbye.

DIY Project #1: Sticker TQ Tag

Assalamualaikum.

Haiii. Alhamdulillah. My first DIY project dah berjalan. Actually aku pun belum tahu berapa banyak TQ Tag yg aku perlukan. Cuma sekarang ni aku buat je. Print je banyak2. Since jemputan aku sikit, so goodies pun ofcos la sikit kan. So maybe TQ Tag nak pakai sikit je. Eh entahlah pening. Lepastu MA pun mintak aku buatkan TQ Tag untuk belah dia sekali. Eh boleh camtu??

Anyhow, adoii murah weh TQ Tag ni aku buat sendiri. Since aku ada banyaaaaaakkkkkk masa terluang, and wedding pun lambat lah lagi kan, so aku memang saja start buat skg. Bukan apa, at least satu benda dah siap. Lagipun banyak benda aku nak DIY. Aku taknak nanti last minute baru nak buat segalanya. Tapi satu problem bila buat TQ Tag ni terlalu awal, is aku letak date dekat TQ Tag tu. Si MA boleh pulak kasi aku cuak semalam. Dia tanya, macam mana kalau tarikh tukar? Terbeliak bijik mata aku. Hahahahaha aku ckp ngn dia takde! Takleh tukarrrr. Org dh buat banyak ni. Harap harap tarikh tak tukar T____T

Ok. Memandangkan aku buat sendiri TQ Tag ni, aku nak share dengan korang semua yang ada banyak masa terluang macam aku ni mcm mana nak buat TQ Tag sendiri. Tapi nanti la k. Aku buat tutorial untuk DIY your own TQ Tag. Senang gilas ok.

Dan the best news is. Untuk siapa yang takde masa. Aku nak bukak order untuk TQ Tag. Sebab apa tau tak? Sebab benda ni teramat lah senang and murah sebenarnya tapi bila aku tgk printing2 company ni, bukan main mahal dia charge tau. Ada yang sampai 30sen satu.

Aku punya harga?

.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
..
.
.
.
.

RM0.15 sahaja.
NO MINIMUM ORDER REQUIRED.
Kau nak order satu boleh, dua boleh, seratus boleh, sembilan ratus pun boleh.

Untuk order 1000 keping ke atas,
Aku bagi RM0.10 sahaja!

Untuk order 2000 keping ke atas,
Aku bagi RM0.08 sahaja!



Apa service yang aku sediakan?
Semua. Design, printing and cut. Korang boleh bg tau nak colour apa, tulisan apa. Lepastu nti aku akan create one design for u. Antara design2 yang aku dah buat is,








Tapi, untuk pengetahuan korang, aku buat ni saje suka2 je k. Kira macam nak tolong bakal B2B lain yg ada small budget je macam aku tapi busy and nak TQ Tag yg awesome. So design tu harap maklum lah, simple2 je. Sbb aku ni bukan pro designer pun. Pakai adobe pun tak reti T______T

Nak tengok yang dah siap? Boleh.



Ini yang aku punya. Tapi maybe aku akan buat few different design untuk aku punya. and of course lah untuk MA haruslah design lain kan takmo la sama.

untuk yg nak order, aku akan potong siap2 jadi macam shape dekat atas. Korang tinggal nak letak je. And the best part is, aku pakai kertas sticker k. So korang takyah nak letak double sided tape ke apa.

So for any enquiries, boleh email aku at ezrameza@ymail.com
kalau nak wasap, email dulu nti aku bagi no ek.

Okbye

Sunday, January 4, 2015

Wedding Preparation #3: DIY Projects

Assalamualaikum.

Hah as a B2B yg bajet dan suka jimat, haruslah aku kena ada senarai barang yang akan do it youself aka DIY. Bukan apa. Kadang bila kita tempah ni, harga dia is way too ridiculous tau. Melampau2 mahal dia. Aku ni takde lah creative apatah lagi rajin. Tapi semata nak jimat, aku prefer buat sendiri. Lagi pun ada ada lagi dalam 5 months untuk get this all done. So InsyaAllah buat sikit2 lama2 jadik bukit kan.

So today aku akan list antara DIY project aku.

1- Goodies Bag (normal, VIP's and kids)
Nothing fancy about this. I was just thinking of put everything dalam brown paper bag. Deco je beza untuk separate normal dgn VIP's

2- Guestbook
Aku dah ada few ideas untuk buat guestbook ni. And semua senang je nak direalisasikan. So should be no problem for me to deco it later.

3- Signage
Last year masa kakak aku kawin, my dad and my younger sister yang uruskan bab ni. So maybe kali ni pun aku akan mintak tolong diorang yang buat. I just prepared them the draft of the design.

4- Goodies inside the bag
Semua benda yang nak diletakkan dalam beg tu, aku akan DIY je. Alahh mostly packaging je. Semua benda beli siap.

5- TQ Tag
Ini yang aku paling eksaited nak show off dekat korang. Amboii show off tau. Tak menahan ayat. Tak lah aku nak share dengan korang. Sbb dekat sini je mmg dah dpt jimat banyaaaaakkkkk tau.

6- Wedding Card
Disebabkan aku ni b2b yg kedekut (budget kecik woii) aku decide untuk buat sendiri je kad kawin aku. Well aku memang nak yg simple je. So far dah siap, tinggal nak print atas kertas jer.

Ok so far itu je. Tunggu aku updated proses DIY project ni satu2 ok.
Bye

Saturday, January 3, 2015

Wedding Preparation #2: Shopping Kain for Baju Nikah

Assalamualaikum.

Harini aku nak cerita pasal baju nikah. Well aku punya kenduri nanti kecik je. So mmg akan buat majlis nikah sahaja so takde bersanding2 segala bagai ni jadi makanya aku hanya perlukan satuuuu je baju untuk rumah aku nanti. Untuk majlis bertandang kat rumah MA, nti baru fikir nak pakai baju apa. Skg fokus baju nikah je dlu.

Alhamdulillah since aku akan buat satu baju je, bajet aku pun sikit jela. Itu yg seronok sebenarnya. Hahahahah at least aku leh buat baju yg ni mahal sikit.

Ok berbalik kepada cerita pasal baju nikah ni. Tadi aku pergi la kat Jakel Jalan TAR. Haritu dah g ushar2 kain mana yg berkenan. Tapi tak beli lagi sebab masa tu tak g ngn mak. So harini aku angkut mak aku g Jakel tu and tunjuk kain yg aku nak beli tu. Bila dia approve, apa lagi kan, dengan pantas nya aku suruh akak tu potong 4 meter. Eksaited wehh.

Tapi walaupun beli kemain awal, aku belum nak hantar jahit lagi sebenarnya. Majlis lambat lagi, so aku hold dulu. Aku maybe hantar jahit 2 or 3 months before wedding day. Yela anta awal kang aku tergemok acaner? Lagipun baju aku nak buat ni simple je so senang jela kan nak buat. Simple sesgt sbb mmg aku nak yg simple and boleh pakai pergi kenduri lain lepas2 ni bukan untuk majlis aku tu je.

Lepastu terpengaruh dengan mak. Dia ajak jalan g Nagoya T_____T

Dah sampai Nagoya. Dia suruh beli terus langsir untuk bilik pengantin T______T

Tapi bagus lah kan. sekurangnya dah beli siap2 untuk mak aku jahit. Yer mak aku jer yg jahit langsir. Sbb dia leh buat langsir, so kita bagi dia je jahit. Jimattt. Upah dia aku belikan langsir pulak untuk bilik dia nanti hihihihi mak ni siapa yg nak kawin sebenarnya? kemain dia nak langsir baru jugekkk.

Anyhow, nantik aku akan share bila langsir dah siap ek?

Tapi baju nikah, lepas majlis baru aku reveal. Baru surprise kenz.

kemusnahan di Jakel

kemusnahan di Nagoya

kain untuk baju nikah

kain untuk langsir. Nak color dark coklat fefeeling duduk dekat hotel :D

Ok tu je.
Bye

Friday, January 2, 2015

Wedding Preparation #1: Wedding Budget + Wedding Checklist

Assalamualaikum.

Since aku dah nak kahwin, macam tak caya lak aku ckp cmni. Hhahaa. ok anyhow aku nk share dgn korang flow wedding preparation aku. Ade ker yg sudi baca?

First thing first, benda yg paling penting is:

-Plan your budget.


Hah ini contoh aku punya wedding budget. Rajin kan berkaler2 bagai. Kasik nampak ceria la sikit bila menatap wajah nya tu. Benda ni, kalau kau nak kawin setahun lagi pun takpe. Janji kau dah ada bajet, tinggal nak merealisasi kan jer. Supaya kau tau kau punya wedding memerlukan brp banyak duit.

Harus di ingatkan supaya korang buat budget ni mengikut budget korang k. Jangan lak sibuk nak tiru orang. Kalau kau ada duit lebih, boleh buat besar2. Kalau duit cukup2 makan, majlis nikah pun dah cukup. Percayalah, sesungguhnya membezir tu amalan syaitan.

And one more important thing is, wedding checklist. Ini satu lagi benda penting penting penting. Supaya kau tak miss out apa2 pun during your wedding day ok. Wedding checklist ni dia panjang sikit.






Same thing bila kau buat wedding checklist ni. Buat apa yg kau nak je. Kalau kau rasa macam taknak buat dental treatment, takyah la buat. Bukan wajib pun. Apa2 yg takde kat sini, korang boleh tambah ok. Ikut citarasa korang sendiri.

Untuk siapa2 yang nak soft copy aku punya wedding bajet and wedding checklist, boleh drop korang punya email kat comment k. Nanti aku reply.

Harini sampai sini je k aku bebel. Nanti2 aku update lagi.

Thursday, January 1, 2015

Bride to be.

Bismillah.

credit to: Ms Rai

Alhamdulillah.
Nervous + happy. Macam tak percaya. 
Paling penting. Blurr gila sekarang tak tau what should I do first T_____T

Assalamualaikum 2015

Assalamualaikum.

Finally. Dia datang dah. 2015.
2015 resolution?
Hehehehehe malu la nak bagitau.

Eh takyah kot kan ngade nak malu2. Apa resolution aku tahun ni? Korang akan find out di entry entry selepas ini ye. I am extremely excited plus scared.

Anyhow aku punya 2014 resolution dah tercapai. Rasa seronok tau bila ada azam tahun baru and by end of the year, kau dapat settle kan azam tu. Happy je rasa. Rasa macam yes I've finally accomplish something. Gituww. Yang penting korang xyah la buat azam yang bukan2. Macam kau sekarang ni umur baru 15 tahun dah buat azam ok by end of this year aku mesti dah beli kereta BWM X6. Mengarut tu nama dia. Takkan tercapai la kan. Biar logic sikit k azam kau tu. Contoh macam tahun ni aku nak puasa penuh (untuk lelaki je k pempuan kalau azam nak puasa penuh untuk yg belum pied tu boleh la) macam aku ckp td la. biar logic and paling penting, kau mampu untuk achieve.

Tiba2 membebel benda bukan2. Ok bye.