Tuesday, August 26, 2014

Panduan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (untuk wanita sahaja)

Assalamualaikum.

Wahhh gituwww. Racist sangat tajuk entry. Bhaahahahaha.

Tak. Bukan laki x leh baca. Boleh.
Tp kan kaum wanita ni (padahal aku je, tak pasal2 semua wanita2 di luar sana kena) kurang tahu dalam bab2 kenderaan ni.
No seriously, I know nothing about all this.
Tapi kalau ada kaum adam yang saing2 weols kaum hawa ni, yang kurang mengambil tahu bab2 ni, boleh la baca dan study dan kaji kbai

Ok.
Bila korang nak beli kenderaan second hand (rasanya second hand jela yang kena buat benda ni sendiri, kalau kereta baru, kedai yang akan buat everything) dari owner kereta tu sendiri. Maksudnya beli dengan tuan kereta terus, bukan beli dri kedai used car.

Sebab kalau beli dekat kedai, mostly kedai yang akan buat.
Ahhh tak kira la kau beli kat mana pun, janji kalau kau kena buat pertukaran hak milik kenderaan tu sendirian berhad, please be my guest to read.

First of all, 
Kau kena pergi Puspakom.
Buat pemeriksaan pertukaran hak milik.

Puspakom Malaysia

Ada beberapa jenis inspection yang boleh dilakukan kat situ.
Tapi harini nak bagitau pasal
Transfer of Ownership Inspection / Pemeriksaan Tukar Milik
Sebab inspection lain kita tak tau :(

I don't really know how it went.
Sbb mak yang pergi buat hahahahaha iols call and buat appointment je.
Yes. Kau kena call and buat appointment. Ada banyak cawangan puspakom kat serata Malaysia ni. Just call at least 2 days earlier. Sbb kalau kau call harini nak buat booking utk besok, selalu nya dah penuh. Call awal la supaya kau dapat hari and waktu yang kau betul2 free kan.
 Rasanya process dia tak memakan masa yang lama. Sekejap je. Dia akan amik kereta kau and bawak pergi check. Apa yg dia check?

1) Pengesahan Identiti Kenderaan
2) Pemeriksaan Bahagian Atas Kenderaan
3) Pemeriksaan Bahagian Bawah Kenderaan
4) Cermin Gelap

Senang je kan. Tapi kalau susah pun takpe, sbb bukan kau sendiri yang nak kena check.

Document yang diperlukan,
Geran asal kenderaan dan booking number.

Masa kau call untuk buat booking, dia akan mintak nama, no ic and no plat kereta. Nama and no ic x semestinya owner punya. Bagi nama and no ic pembawa pun boleh. Maknanya org yg pergi check tu la kan.

Harga? RM30

Nanti dah settle lulus pemeriksaan semua, dia akan bagi slip yang akan di attach kan dengan kau punya geran kereta. Slip tu tahan untuk sebulan. So maknanya, within one month, kau kena tukar nama kereta atau burn RM30 tu and kena buat pemeriksaan baru.

PAHAM?!!!!

k

Settle puspakom.

Next,

Tukar nama di JPJ.

Kalau korang search / google pasal pertukaran hak milik ni, rata2 akan copy paste dri JPJ punya website or copy paste dri blog lain yang pernah buat entry pasal pertukaran hak milik ni.

Hah hari iols perah otak sendiri nak bagi uols information.

Apa yang ada dekat website JPJ tu salah!
Amboii, confinement sgt. LOL confident la.

Bukan salah apa.
Sekarang ni, kalau nak tukar nama, OWNER LAMA & OWNER BARU mestilah sama2 pergi JPJ ni. Takleh dah pakai borang cop cop sumpah segala bagai ni.
How I know? Iols baru je lepas buat urus niaga ni last week so trust me k sayang? ehhh hahaha

Aku lupa nak snap picture, tp memang takleh guna dah. And informasi ni takde dekat website JPJ. Maybe diorang belum sempat update lagi kot. Dia kena cop jari. Sistem biometrik ke apa benda tah yang kena cop2 jari tu lah. Sbb taknak ada penipuan berlaku.

Ok what u have to do is.
Takyah buat appointment pun.
Just pergi mana2 JPJ yang terdekat.

Bahan2 yang diperlukan
1) Owner lama
2) Ic owner lama
3) Owner baru
4) Ic owner baru
5) Geran original
6) Slip pemeriksaan puspakom(yang masih valid)
7) Borang penyata pertukaran milikan kenderaan motor secara sukarela oleh pemunya berdaftar (JPJ K3)
8) Borang senarai semak permohonan pertukaran milikan kenderaan motor secara sukarela (TM - 1)
9) Duit RM100

Amik no, sampai kaunter, bagi je semua bahan2 kat atas dekat petugas di kaunter. Nti dia akan taip taip taip pastu print pastu taip pastu suh kita cop jari pebenda semua semua pastu dia print resit and dia bagi geran dgn nama owner baru on it.

SIAP!!

Aku punya pengalaman hrtu, aku g hari sabtu. Kengkonon nak g JPJ dekat wangsa maju. Sampai2, tutup. Pak guard tu suh g dekat UTC sentul. UTC ni ialah Urban Transformation Centre atau nama lain, pusat transformasi bandar.

So dekat bangunan UTC ni, ada macam2. Imegeresen ada, pendaftaran ada, pos ofis ada, jpj ada. Boleh dikatakan lengkap la tempat ni utk urusan2 rasmi ni.
Tapi mini jela. Mini atau erti kata lain, x semua urusan boleh dibuat kat sini.

Tp Alhamdulillah, urusan pertukaran nama ni boleh dibuat dekat mini jpj ni.

Mini JPJ UTC Sentul operation hours:

8.30am - 9.30am
close 1pm - 2pm
close 7pm - 8pm
close during Public Holiday

Rasanya itu je kot yang perlu di kongsi. Please, kalau ada apa2 yang tak faham, sila lah tanya k.

Kbai

No comments:

Post a Comment