Wednesday, November 19, 2014

Hotel Murah di Krabi

Assalamualaikum.

Dah kenapa kan takde angin takde ribut tiba2 makcik ni update entry hotel murah di krabi. Krabi pulak tu. Nak kata baru balik, memang la tidak kan.

Aku sebenarnya dah kemaruk sangat nak g bercuti ni. Masalahnya, memang takde masa plus sumber kewangan yg sangat terhad. Tapi aku dok sibuk la hari2  study pasal aku punya becoming holiday which is next year which is 6 month plus more.

So timbullah idea entry ni. Pasal aku kan tak pernah hupdate bagitau kat semua org aku duduk kat hotel mana and harga berapa semua. So, marilah kita.

Harvest House
Address : 420/18-19 Moo 2 , Ao Nang , Muang , Krabi , Thailand 81000
Tel.: + 66 7569 5256 , +668 9724 6785
Fax.: + 66 7569-5257
Website : www.harvesthousekrabi.com
E-mail : harvest.house@hotmail.com

Scary kan uols nama hotel dia. Hah kalau kau nak g hanimun, memang elok la duduk hotel ni. Menuai baby lol k gurau gurau

Room Rates (through website dia terus)

Double bed / twin bed
High season 1 Nov - 15 Dec: 1,500Bt
Peak season 16 Dec - 15 Jan: 2,200Bt
High season 17 Jan - 30 April: 1,500Bt
Low season 1 May - 31 Oct: 900Bt

Ini room rates kalau kau book through dia punya website. Aku ni kan gigih. Actually, kejadian booking hotel sepanjang 3 bulan sebelum aku pergi krabi ni sangat la tragis. Aku dah book macam2 hotel. Boleh dikatakan hampir setiap hari aku online, aku akan cri hotel yg lgi murah and lgi best. Baca blog org tu hotel dia ada bath tub, aku pun nak bath tub. Baca bilik org tu ada balcony, aku pun nak balcony! Baca bilik org tu dekat dengan pantai, aku pun nak dekat dengan pantai. In the end, melepas semua.

Macam ni cerita dia, aku dah book hotel A. Of course la no deposit and free cancellation. So selamat la kan. Kalau cancel pun xpe, x cancel pun xpe. Lepastu aku jumpa hotel B, aku book jugak hotel B. Tamak punya pasal. Lepastu dateline untuk hotel A dh nak habis. Kalau kau tak book before certain date, nti kau kena bayar. Aku pun terus lah cancel hotel A. Adoiiiii. Melepas hotel A. Lepastu hotel B punya dateline pun nak habis dah. Aku cancel jugak hotel B. Last2 aku xde hotel. Hhahahahahaha. Masa ni mmg kelam kabut gila. Dah pulak tu aku pergi during high season. Haruslah hotel semua banyak yg penuh. Berpeluh jugak la aku pk. Tapi aku tak putus asa. Aku gigih mencari. Sampai aku jumpa la Harvest House ni.


Aku jumpa Harvest House ni dekat website Sawadee. Hahahaha website Thailand hoii. Jangan memain. Berani kan aku. Beli tiket dekat website yg x pernah dengar. Sebab kalau x salah aku, dekat booking.com and agoda dah penuh hotel ni. And lagi best bila aku book hotel ni, aku xde pun demand nak balcony ke bath tub ke pantai ke. Semua tu dah x penting. Janji ada bilik, aku dah bersyukur.

Tapi what shock me most is.
Alhamdulillah, aku dapat bilik harga murah. Plus ada bath tub and ada balcony!!! Yahooooo. Masa sampai tu haruslah melonjak keriangan. Siyes x sangka. Sbb mostly hotel dekat krabi ni kalau nak yg ada bath tub mesti mahal. Larikk bajet ku. Tiba2 aku dpt hotel ni, siap ada bath tub. Seronok lah saya kan..






Gambar ni semua belas ihsan encik google hahaha. Sorry yer. Sbb gambar aku semua kat rumah adoii xsempat nak upload. Tapi room rate yg aku dpt tu, without breakfast yer. Breakfast dia, dia serve k. Bukan buffet. So payah la sikit kita Muslim nak makan. Entah halal entah tidak. So aku prefer tak amik including breakfast.

And good thing about this hotel is, semua ada. Kau nak buat apa aktiviti pun lah, kau ckp je kat reception counter tu. Semua package dia ada. And masa first day aku sampai, aku sewa motor untuk ke Emerald Pool. Walaupun hampir semua travel agent dekat Krabi tu melarang kami naik motor ke Emerald Pool, Alhamdulillah kami selamat pergi balik. And sewa motor tu pun, aku suruh akak reception tu yg panggil kan.

Aku memang recommend sangat hotel ni untuk korang. Cuma nya, hotel ni agak jauh dari pantai. Tapi, kau ke sana kan nak berjalan2. And semua dekat area krabi tu walking distance. So takdenya kau sampai nak mati kena jalan semata nak g makan. Jarak dia dengan Aonang Beach ada la 1km kot hehehehe jauh ke? Bagi aku x jauh sbb kalau kau g snorkeling ke apa, tour agent akan pickup kat hotel. And kalau kau jenjalan memalam, sepanjang jalan tu kemain meriah kau xkan perasan pun kau dh jalan 1km.

ok
tu je
bye

No comments:

Post a Comment