Tuesday, December 23, 2014

Banjir di Pantai Timur

Assalamualaikum.

Allahuakbar. Dugaan. Kalau korang tengok di facebook, atau berita. Sekarang ni banjir besar melanda negeri Pantai Timur. Paling teruk is Kelantan and second Terengganu.

Fyi, my dad orang Kelantan. Ya Allah, sedih bila mengenangkan keluarga aku yang lain dekat sana. Aku tengok, baca status dekat facebook yg diorang dok update. Teruk betul keadaan. Syukur Alhamdulillah sangat nenek aku ada di KL. Baru balik dari menunaikan umrah. Kalau nenek ada kat kampung, entah larat ke tidak dia nak ke sana ke sini. Pak cik and mak cik aku pun dah tak larat. Abg saudara aku inform yg diorang dah few days takleh tido. Dok risau air naik cepat sangat. Within 24 hours, habis rumah tenggelam.








Antara gambar2 kejadian di sekitar Kg aku di Kuala Krai, Kelantan. Gambar2 ni semua mostly cousin aku yang send. Jadik bukan kejadian tipu. Yang last sekali tu kejadian di Limau Kasturi, juga di Kelantan,


Ini pulak merupakan alternatif jalan darat terakhir menuju ke Kelantan. Jalan dari Grik. Sekarang ni hanya ada jalan udara which is heli and kapal terbang je. 

Sebak rasa bila mengenangkan. Aku mintak sangat semua tolong doakan. Bukan doakan keluarga kita saja. Doakan semua rakyat yang terkena musibah banjir ni selamat. And semoga diorang semua tabah and sabar. Semua musibah ni pasti ada hikmah. Salah satu nya ialah supaya kita sentiasa beringat dengan Allah SWT and tidak leka.

Monday, December 22, 2014

Mixed Feelings

Assalamualaikum.

Depressed, stress, overwhelmed, serabut, happy, nervous, confuse. Semua perasaan ada tau. Now I know how it actually felt bila org kata mixed feeling. Memang mixed sangat k. I am trying to keep myself as calm as possible. Tapi boss pun tegur cakap why muka u nampak so stress? I've never get such compliment (compliment lah sangat!)

Well there is a lot going on these few days. Ending of 2014. Entering 2015. Tanggungjawab yang besar is waiting for me next year. Ada news nak bagitau dekat semua orang. Amboii macam lah ada orang baca blog dia T___T

Anyhow I'll be sharing it soon. Ada few entry dah draft pun. Tapi tunggu la masa yang sesuai baru aku publish eh.

Ok tu je.
Bye

Wednesday, December 17, 2014

Bungee Jumping

Assalamualaikum.

Haritu aku baca blog Kak Pilla, Pak Radie buat bungee jump. Siap ada video tau!! Itu yg buat aku rasa lagi tambah2 excited nak buat menatang ni. So aku pun dengan semangat nya cari tempat2 untuk buat bungee jump ni. Siapa2 yg memang teringin nak buat bungee jump ni cam aku, jom aku bgtau korang katner je ade benda ni. Tapi untuk pengetahuan korang, harga dia agak cekik darah sikit tau. Tapi kan once in a lifetime experience, so takpe berhabis lebih sikit.


MALAYSIA 

1. Sunway Lagoon
Nearest dengan aku. Tapi kalau korang duduk Sabah Sarawak, jauh ler sikit hehe. Location? Exactly dalam sunway lagoon. Jadi maknanya, kau kena masuk dulu dalam sunway lagoon tu. And price is diff eh.

Sunway  Lagoon entrance fee:

with mykad: RM90 (adults)
without mykad: RM120 (adults)

+ (plus)


Bungee Jump (only) fee:

with mykad: RM75
normal: RM130

or


Combo (bungee jump + g force) fee:

with mykad: RM95
normal: RM150

Understand or not? So total kalau kau amik yg combo is RM90 + RM95 = RM185. Harga ni untuk 1 (one) jump, tp lepastu korang boleh la bermandi manda dalam sunway lagoon tu. Actually untuk harga sunway lagoon tu aku x sure if ada special price if kau nak masuk certain2 park sahaja or harga dia memang fix. Boleh refer more dekat website dia k.


THAILAND

1. Pattaya

Pattaya Bungee Jump


*60 metre high bungy jump

*open daily 0900 - 1800
*free return transfer from accommodation

Please note, these exclusive internet prices are ONLY available from us directly by booking in advance either on-line or via phone (038 301 209) SMS 0879094611. They are not available on ANY other websites or agents.

Bungy Jump

  • Jump
  • Photo DVD with Video
  • Certificate of Courage
  • Hotel Transport
  • Insurance
  • 2,200 Baht

Human Slingshot

  • 1 Launch
  • Hotel Transport
  • Insurance
  • 1,200 Baht

Amazing Discount Package

Only available for bookings taken via our hotline 038 301 209.
  • 1st jump
  • Certificate of Courage
  • Insurance
  • Bungy or Slingshot Photo CD
  • Bungy or Slingshot GoPro Helmet Cam
  • Human Slingshot
  • 3.900 Baht

Add on options, book when you arrive:

  • Crazy Ball – 500 Baht
  • Human Slingshot - 1,200
  • Photo CD – 300 Baht
  • GoPro Helmet Cam – 500 Baht
  • 2nd Jump – 1,000 Baht
  • 3rd Jump - 800 Baht
  • T-Shirt - 300/350 Baht
  • 4th Jump FREE

Hah nampak apa yg paling meranik? 4th Jump FREEEEEEE!!!! Hahahaha mampu ker uols nak lompat sampai 4 kali. mati la nakkk


Package price : 2000 baht
-40 Digital Photos on CD
-Jungle Bungy Jump T-Shirt
-Certificate of Courage
-Insurance

*click gambar untuk besar

Anyhow. Dekat sini bukan setakat ada bungy jump je ok. memacam lagi aktiviti lasak yg korang leh buat. Tapi haruslah aku nak bgtau pasal bungee jump je so harga untuk aktiviti yg lelain tu, check on their website k.

3. Phuket

Aku tak sure Kak Pilla and Pak Radie g bungee jump yg mana, tp diorang kata, ada 2 bungee jump dekat Phuket ni. So this is one of it.

Skilled Professional operate all our different types of Bungy:
  • Bungy Jump
  • Tandem Bungy
  • Catapult Bungy
  • Backwards Bungy
  • Water Touch Bungy
Antara bungy2 yg disediakan. Apa beza memasing? hahaaha google sendirik yer.

Jump Costs (Per Person):
Price - BahtPrice Includes
A2,100Shirt, Certificate.
B2,500Shirt, 25+ Digital Photos, Certificate.
C2,600Shirt, DVD Movie, Certificate.
D3,000Shirt, DVD Movie, 25+ Digital Photos, Certificate and a FREE Second Jump!

Ok dah lah tu 4 tempat untuk bungy jump. Aku memang teringin nak buat. And aku rasa as a beginner, elok la diriku lompat di Sunway Lagoon dlu, lepastu baru pegi tempat bungy jump yg taraf International ni.

Goodluck to myself.

Tuesday, December 9, 2014

Throwback Krabi

Assalamualaikum.

Hah nak dekat setahun pergi Krabi, harini baru nak masuk gambar. Kau dah kenapa kan! Tak kisah lah. Jom layan.

Let me brief a little bit.

Well our flight depart at 7am kot roughly lah exact time memang x ingat. Flight around 2 hours. Krabi cepat sejam dri Malaysia. So sampai lebih kurang 10am waktu Thailand.

Kami naik bas je. Senang je k nak cari. Keluar je dri Imegresen, turun escalator, korang g belah kanan. Ada banyak je orang niaga2 teksi la bas la. Cakap je nak bas pergi Aonang beach. 150bhat seorang. Nti kat bas, bgtau dia nama hotel yg korang akan stay, and dia akan hantar depan hotel tu. Jangan risau, bas dia selesa k. Ada aircond and tak payah tunggu lama pun. Sebab diorang memang dh tau pukul berapa flight akan landing, so bas memang dah sedia ada.

Harvest house. Hotel yg cukup best. Ada balcony, ada bath tub and murah. Tapi jauh sikit kalau nak berjalan ke pantai. Dalam 1km macamtu. Disarankan untuk bargain je island hopping package dekat hotel ni. Dapat harga sama jugak. InsyaAllah murah sbb kita kan guest dia. Nti mesti lagi baik dia layan kita. Tapi aku amik dekat luar. Lepastu bila bgtau kat org yg keje hotel ni, dia tarik muka dgn aku. Haahahah merajuk letteww x amik dekat dia. Sowwy

My first pit stop. Aku memang aim nak pergi jugak sini tapi aku tak amik package pun. Kitorang sewa motor and merempit ke sana. Ada lah dalam 2 jam. Guna waze tapi telepon takde internet. Boleh bayangkan tak T____T

Yahoooo! Tempat yang aku nak sangat2 pergi. For me, its a miracle. Sumpah cantik gila k kaler dia biru yang sangat2 menyenangkan. Tenang je kat situ. Tapi jauh sikit la dari emerald pool. Tempat yang sama, cuma akan jumpa emerald pool dulu, lepastu kena daki lagi around 15 minutes untuk sampai blue pool. Worth it!

Dilarang mandi yer. Sebab takut nti badan jadik biru. K tipu. Xtau kenapa xleh mandi.

Goodbye Emerald Pool. Nampak tepi belah kiri, ada budak2 mandi dalam air kaler jernih semacam tu, yes itu anak sungai dari Emerald pool. Emerald pool kat atas lagi. Ini dekat entrance. End of day 1. Balik bilik terus tidoq nantuk oii.

Tomyam yang homakaihh sedap gila!

Ini pun sedap tskk tskk lapo. Our first dinner dekat Chaba Thai Restaurant. Agak jauh dari hotel. Sebab first day kitorang dah sewa motor, so ke kedai ni naik motor je. Masa mula2 sampai tu aku memang dah nampak restaurant ni. Dekat tepi jalan je. Memang dok mencari mana Chaba  Thai ni sebab ramai jugak blogger makan dekat sini. Halal InsyaAllah.

Day 2, kitorang amik package ke Phi Phi Island. Macam famous je. But agak mengecewakan. Aku memang dah totally forget la segala pulau yg kitorang g. Tapi aku igt boat aku ni bagi free flow of mineral water je. Ada travel agency tu bagi free flow coke. Huwaaaa sedih! Ini our lunch at Phi Phi Don. Terlalu ramai manusia dan terlalu ramai boat di tepian pantai.


Tak ingat kat mana. Maya bay kot. Kena jalan sikit nak sampai sini. Aku ni dah nama pun g tempat orang, laju je aku berjalan ke sana sini tak kira penat dah.

Viking cave. Amazing water.

Lupa kat mana. Tapi jernih oii air.

Itu longtail boat. Aku naik speed boat. Sbb g Phi Phi Island mmg kena naik speedboat. Jauh.

Ini day 3. Aku amik longtail boat to 4 island. Mula2 plan nak amik Hong Island, tp org tu ckp Hong Island ni banyak jenjalan pulau sambil tengok beautiful scenery je. Iols is nak snorkeling puas2. Itu yg end up 4 island jugekk.

beauty.

Speedboat. Kan aku cakap aku beli package naik longtail boat. Murah je. Harga leh refer sini. Tapi rezeki kitorang agaknya, dapat naik speedboat. Tapi sedih sikit la. Sbb x merasa naik longtail.

Ini longtail boat. Antikk giler. Masa ni tak ingat katner lah. Tapi ada gua kat situ. Masalah nya area gua tu tutup sebab apa tah. Sedikit kiciwa

Tup Island. Sebelah tu island apa tah leh jalan jer cross lautan dalam k tipu laut x dalam sbbtu leh cross. Jauh gak la dalam 1km tp best. G pulau sebelah pastu balik tup island balik


chicken island. Makan tengahhari semua memang dah include dalam package. untuk package day 3, makan kat tepi pantai. macam piknik je. Macam day 2 memang ada buffet area. Day 3, sempat tengok Amazing raza Australia. Terkinja kinja aku seronok tengok diorang beriya berlari hahaha

Tuk tuk. Day 3 malam tu baru naik. pergi sampai pancake Yaminlah lepastu jalan all the way balik hotel. Memang plan nak shopping so jauh berjalan pun xper.

Dinner day 3. Fareeda Restaurant. Tak galakkan pergi. Tapi kalau dah desperate xde kedai Halal lain, bedal jelah.

Dinner day 3 jugak. Mahal tp tak sedap.

Map Krabi kot entah. Ni jenjalan masa pagi day 4 before balik. Sebab flight kul 2, so pagi tu sempat jenjalan. Kul 11 baru bas amik pegi airport. 

Ok done.
Bye

Tahun Baru

Assalamualaikum.

Amboii gaya macam besok je nak tahun baru kan. Padahal ada la lagi 20 hari baru nak masuk 2015. Alhamdulillah. Dah 2015 pun. Eh belum lagi lah!

Sebenarnya takda apa pun nak diceritakan.

Tahun 2014 ni, macam2 benda jadi. Macam2 sangat sampai aku rasa 2014 betul2 dah mematangkan aku. Serious. Benda2 yg jadi semua banyak bagi pengajaran dekat aku.

Macam contoh, first time in my life, travel ke luar negara without my family members. Pergi dengan kawan2 je. Jauh pulak tu. And yes, it thought me how to be independence. Dah la memasing semua tak pernah pergi. Sampai sana, cari transport sendiri, cari jalan sendiri nak ke satu satu tempat. Communicate with local people and tourist lain. Such an amazing experience.

Tahun 2014 jugak menyaksikan aku duduk rumah selama almost 4 months. Langsung x bekerja. Memang aku saja xnak cari kerja masa tu. I've been working since habis spm, lepastu stop kejap sambung diploma, and habis diploma terus kerja. Guess I just need a break. Aku berenti kerja sebab taknak serabut, turn out, duduk dekat rumah tanpa pendapatan yang tetap, LAGI TAMBAH SERABUT. Last2 aku end up kerja jgk.

Tahun 2014 jugak lah, tahun di mana aku terpaksa tolak kerja idaman aku dari sekolah rendah atas sebab2 tertentu. Biar aku jela yg tahu sebab dia. Aku dioffer untuk bekerja dengan gaji almost RM8k sebulan, tp macam aku ckp td, I have to reject due to personal reason. Menyesal? Langsung tak. Aku happy sekarang. Happy dengan keputusan yg aku buat.

Macam2 lagi yg jadi tahun 2014 ni. Tapi Alhamdulillah, I managed to get through it without major turn down on myself. Oh btw, aku terkena symptom depressed jgk k for a while. Stress nya la hai tahun 2014 ni, Allah je yg tahu. Tapi aku tau, dia bagi aku dugaan yang super banyak ni supaya aku sentiasa beringat.

Untuk tahun 2015, aku x mengharapkan apa2. Aku cuma mintak Allah tabahkan hati aku. Semoga aku kuat nak tempuh hari2 yang mendatang. Semoga aku kuat nak tempuh tahun baru, dugaan baru, and InsyaAllah, pengalaman baru.

Apa pun yang akan jadi tahun 2015 nti, I know I'll get through it.
Goodluck korang.

Oh. azam tahun baru?
Nak lebih dekat dgn Allah.