Sunday, January 4, 2015

Wedding Preparation #3: DIY Projects

Assalamualaikum.

Hah as a B2B yg bajet dan suka jimat, haruslah aku kena ada senarai barang yang akan do it youself aka DIY. Bukan apa. Kadang bila kita tempah ni, harga dia is way too ridiculous tau. Melampau2 mahal dia. Aku ni takde lah creative apatah lagi rajin. Tapi semata nak jimat, aku prefer buat sendiri. Lagi pun ada ada lagi dalam 5 months untuk get this all done. So InsyaAllah buat sikit2 lama2 jadik bukit kan.

So today aku akan list antara DIY project aku.

1- Goodies Bag (normal, VIP's and kids)
Nothing fancy about this. I was just thinking of put everything dalam brown paper bag. Deco je beza untuk separate normal dgn VIP's

2- Guestbook
Aku dah ada few ideas untuk buat guestbook ni. And semua senang je nak direalisasikan. So should be no problem for me to deco it later.

3- Signage
Last year masa kakak aku kawin, my dad and my younger sister yang uruskan bab ni. So maybe kali ni pun aku akan mintak tolong diorang yang buat. I just prepared them the draft of the design.

4- Goodies inside the bag
Semua benda yang nak diletakkan dalam beg tu, aku akan DIY je. Alahh mostly packaging je. Semua benda beli siap.

5- TQ Tag
Ini yang aku paling eksaited nak show off dekat korang. Amboii show off tau. Tak menahan ayat. Tak lah aku nak share dengan korang. Sbb dekat sini je mmg dah dpt jimat banyaaaaakkkkk tau.

6- Wedding Card
Disebabkan aku ni b2b yg kedekut (budget kecik woii) aku decide untuk buat sendiri je kad kawin aku. Well aku memang nak yg simple je. So far dah siap, tinggal nak print atas kertas jer.

Ok so far itu je. Tunggu aku updated proses DIY project ni satu2 ok.
Bye

Saturday, January 3, 2015

Wedding Preparation #2: Shopping Kain for Baju Nikah

Assalamualaikum.

Harini aku nak cerita pasal baju nikah. Well aku punya kenduri nanti kecik je. So mmg akan buat majlis nikah sahaja so takde bersanding2 segala bagai ni jadi makanya aku hanya perlukan satuuuu je baju untuk rumah aku nanti. Untuk majlis bertandang kat rumah MA, nti baru fikir nak pakai baju apa. Skg fokus baju nikah je dlu.

Alhamdulillah since aku akan buat satu baju je, bajet aku pun sikit jela. Itu yg seronok sebenarnya. Hahahahah at least aku leh buat baju yg ni mahal sikit.

Ok berbalik kepada cerita pasal baju nikah ni. Tadi aku pergi la kat Jakel Jalan TAR. Haritu dah g ushar2 kain mana yg berkenan. Tapi tak beli lagi sebab masa tu tak g ngn mak. So harini aku angkut mak aku g Jakel tu and tunjuk kain yg aku nak beli tu. Bila dia approve, apa lagi kan, dengan pantas nya aku suruh akak tu potong 4 meter. Eksaited wehh.

Tapi walaupun beli kemain awal, aku belum nak hantar jahit lagi sebenarnya. Majlis lambat lagi, so aku hold dulu. Aku maybe hantar jahit 2 or 3 months before wedding day. Yela anta awal kang aku tergemok acaner? Lagipun baju aku nak buat ni simple je so senang jela kan nak buat. Simple sesgt sbb mmg aku nak yg simple and boleh pakai pergi kenduri lain lepas2 ni bukan untuk majlis aku tu je.

Lepastu terpengaruh dengan mak. Dia ajak jalan g Nagoya T_____T

Dah sampai Nagoya. Dia suruh beli terus langsir untuk bilik pengantin T______T

Tapi bagus lah kan. sekurangnya dah beli siap2 untuk mak aku jahit. Yer mak aku jer yg jahit langsir. Sbb dia leh buat langsir, so kita bagi dia je jahit. Jimattt. Upah dia aku belikan langsir pulak untuk bilik dia nanti hihihihi mak ni siapa yg nak kawin sebenarnya? kemain dia nak langsir baru jugekkk.

Anyhow, nantik aku akan share bila langsir dah siap ek?

Tapi baju nikah, lepas majlis baru aku reveal. Baru surprise kenz.

kemusnahan di Jakel

kemusnahan di Nagoya

kain untuk baju nikah

kain untuk langsir. Nak color dark coklat fefeeling duduk dekat hotel :D

Ok tu je.
Bye

Friday, January 2, 2015

Wedding Preparation #1: Wedding Budget + Wedding Checklist

Assalamualaikum.

Since aku dah nak kahwin, macam tak caya lak aku ckp cmni. Hhahaa. ok anyhow aku nk share dgn korang flow wedding preparation aku. Ade ker yg sudi baca?

First thing first, benda yg paling penting is:

-Plan your budget.


Hah ini contoh aku punya wedding budget. Rajin kan berkaler2 bagai. Kasik nampak ceria la sikit bila menatap wajah nya tu. Benda ni, kalau kau nak kawin setahun lagi pun takpe. Janji kau dah ada bajet, tinggal nak merealisasi kan jer. Supaya kau tau kau punya wedding memerlukan brp banyak duit.

Harus di ingatkan supaya korang buat budget ni mengikut budget korang k. Jangan lak sibuk nak tiru orang. Kalau kau ada duit lebih, boleh buat besar2. Kalau duit cukup2 makan, majlis nikah pun dah cukup. Percayalah, sesungguhnya membezir tu amalan syaitan.

And one more important thing is, wedding checklist. Ini satu lagi benda penting penting penting. Supaya kau tak miss out apa2 pun during your wedding day ok. Wedding checklist ni dia panjang sikit.






Same thing bila kau buat wedding checklist ni. Buat apa yg kau nak je. Kalau kau rasa macam taknak buat dental treatment, takyah la buat. Bukan wajib pun. Apa2 yg takde kat sini, korang boleh tambah ok. Ikut citarasa korang sendiri.

Untuk siapa2 yang nak soft copy aku punya wedding bajet and wedding checklist, boleh drop korang punya email kat comment k. Nanti aku reply.

Harini sampai sini je k aku bebel. Nanti2 aku update lagi.

Thursday, January 1, 2015

Bride to be.

Bismillah.

credit to: Ms Rai

Alhamdulillah.
Nervous + happy. Macam tak percaya. 
Paling penting. Blurr gila sekarang tak tau what should I do first T_____T

Assalamualaikum 2015

Assalamualaikum.

Finally. Dia datang dah. 2015.
2015 resolution?
Hehehehehe malu la nak bagitau.

Eh takyah kot kan ngade nak malu2. Apa resolution aku tahun ni? Korang akan find out di entry entry selepas ini ye. I am extremely excited plus scared.

Anyhow aku punya 2014 resolution dah tercapai. Rasa seronok tau bila ada azam tahun baru and by end of the year, kau dapat settle kan azam tu. Happy je rasa. Rasa macam yes I've finally accomplish something. Gituww. Yang penting korang xyah la buat azam yang bukan2. Macam kau sekarang ni umur baru 15 tahun dah buat azam ok by end of this year aku mesti dah beli kereta BWM X6. Mengarut tu nama dia. Takkan tercapai la kan. Biar logic sikit k azam kau tu. Contoh macam tahun ni aku nak puasa penuh (untuk lelaki je k pempuan kalau azam nak puasa penuh untuk yg belum pied tu boleh la) macam aku ckp td la. biar logic and paling penting, kau mampu untuk achieve.

Tiba2 membebel benda bukan2. Ok bye.