Harini aku nak cerita pasal baju nikah. Well aku punya kenduri nanti kecik je. So mmg akan buat majlis nikah sahaja so takde bersanding2 segala bagai ni jadi makanya aku hanya perlukan satuuuu je baju untuk rumah aku nanti. Untuk majlis bertandang kat rumah MA, nti baru fikir nak pakai baju apa. Skg fokus baju nikah je dlu.
Alhamdulillah since aku akan buat satu baju je, bajet aku pun sikit jela. Itu yg seronok sebenarnya. Hahahahah at least aku leh buat baju yg ni mahal sikit.
Ok berbalik kepada cerita pasal baju nikah ni. Tadi aku pergi la kat Jakel Jalan TAR. Haritu dah g ushar2 kain mana yg berkenan. Tapi tak beli lagi sebab masa tu tak g ngn mak. So harini aku angkut mak aku g Jakel tu and tunjuk kain yg aku nak beli tu. Bila dia approve, apa lagi kan, dengan pantas nya aku suruh akak tu potong 4 meter. Eksaited wehh.
Tapi walaupun beli kemain awal, aku belum nak hantar jahit lagi sebenarnya. Majlis lambat lagi, so aku hold dulu. Aku maybe hantar jahit 2 or 3 months before wedding day. Yela anta awal kang aku tergemok acaner? Lagipun baju aku nak buat ni simple je so senang jela kan nak buat. Simple sesgt sbb mmg aku nak yg simple and boleh pakai pergi kenduri lain lepas2 ni bukan untuk majlis aku tu je.
Lepastu terpengaruh dengan mak. Dia ajak jalan g Nagoya T_____T
Dah sampai Nagoya. Dia suruh beli terus langsir untuk bilik pengantin T______T
Tapi bagus lah kan. sekurangnya dah beli siap2 untuk mak aku jahit. Yer mak aku jer yg jahit langsir. Sbb dia leh buat langsir, so kita bagi dia je jahit. Jimattt. Upah dia aku belikan langsir pulak untuk bilik dia nanti hihihihi mak ni siapa yg nak kawin sebenarnya? kemain dia nak langsir baru jugekkk.
Anyhow, nantik aku akan share bila langsir dah siap ek?
Tapi baju nikah, lepas majlis baru aku reveal. Baru surprise kenz.
kemusnahan di Jakel
kemusnahan di Nagoya
kain untuk baju nikah
kain untuk langsir. Nak color dark coklat fefeeling duduk dekat hotel :D
Ok tu je.
Bye
No comments:
Post a Comment