Tuesday, January 13, 2015

52 Weeks Challenge

Assalamualaikum.

Pagi tadi bangun tido, scroll timeline fb. Sekali ternampak pasal cabar 52 minggu. Haishh last year buat cabaran 30 hari. Kalini buat cabaran 52 minggu pulak. Lama tu.

Ok cabaran 52 minggu ni sebenarnya bukan cabaran untuk tulis entry. Ini cabaran untuk menyimpan duit. 

Caner dia berfungsi? Amboi berfungsi.

Camni. Every week, kau kena simpan duit ikut minggu.

Contoh

Minggu 1 - RM 1
Minggu 22 - RM 22
Minggu 34 - RM 34
Minggu 48 - RM 48
Minggu 52 - RM 52

Hah paham ke tidak? Meaning setiap minggu kau kena menyimpan. Jumlah boleh cecah RM 1000 + tauu. Jangan tak caya.

*sila click untuk tumbersaran

Untuk pengetahuan korang, yang ni aku buat sendiri. Ilham je dari yg omputih punya tuh. Sebab yg omputih punya tu amount dia in Dollar. Dia pakai sign $$$$. Kita kan RM. So aku pun dengan gigih menaip satu2. Hehehe siapa malas nak taip sila email nanti aku forward eh.

Lagipun kalau korang perasan, aku ada tambah satu lagi column STATUS. Meaning that bila aku dh masukkan duit, aku akan tanda and letak date sekali. So senang.

And aku sebenarnya nak bukak 4 tabung. So mula2 ni senang lah kan setakat RM 4 seminggu. Tapi bila minggu ke 52? Hah jenuh nak bayar RM 208!! Jadiknya dengan ada column status tu, aku akan penuh kan tabung secara inconsistent. Inconsistent meaning aku akan tetap bayar ikut weeks, tapi dalam masa yang sama, aku akan settle kan bayar untuk minggu2 yang memerlukan simpanan yang banyak.

Contoh aku ada 4 tabung.

Tabung 1
Tabung 2
Tabung 3
Tabung 4

Untuk minggu 1, aku penuh kan 4 tabung which is RM 1 each x 4 = RM 4
And aku akan bayar additional tabung 1 tapi minggu ke 52 = RM 52

Paham tak?
So sekarang 

Tabung 1 - RM 1 + RM 52
Tabung 2 - RM 1
Tabung 3 - RM 1
Tabung 4 - RM 1

Jadi untuk minggu ke 2, aku akan bayar pulak RM 52 dekat tabung 2.

Nanti dah bayar, aku tanda lah dekat status tu. Meaning dah bayar.
Paham ke tidak ni???

Hahahaha nasib lah kalau korang tak paham. Tapi ini yg aku akan buat lah. Siapa nak tiru boleh, siapa nak bayar je macam biasa pun, takde hal. Kalau 1 tabung je, kau continue je bayar mcm biasa sampai week 52 tu. 

And one important thing is, discipline yourself untuk jangan langsung usik duit ni k. Jangan! Sebab nanti hujung tahun benda ni jadi macam bonus untuk kita. Boleh buat shopping, boleh masuk ASB. Best kan.

Ok selamat menyimpan.
Bye

DIY Project #2: Brown Paper Bag Part 1

Assalamualaikum

yesss. Untuk goodies, aku memang dah aim nak nak nakkkk jugak pakai brown paper bag. Walaupun mak aku kata eii buruk nya huahuahuaha org tua tua ni memang tak suka kan warna gitu. Warna yang tak ceria ni, memang mak aku awal2 dah reject. Buruk katanya. Warna kelabu pun dia tak suka ok. 

Anyhow, since this is my wedding, aku berkeras nak jugak pakai brown paper bag. Tapi aku pujuk la jugak dia sesikit. Aku tunjuk kat dia few paper bag yg dah di design and nampak cantik jer. Akhirnya, dengan rela hati campur terpaksa, mak pun agree untuk pakai brown paper bag for goodies. #fliphair #maktermakanpujukrayuku #perlukehashtag


Hah atas ni memang contoh paperbag yang aku nak sangat2. Size dia, tinggi dia, bentuk dia, mengancam hoi. Tapi masalahnya, harga dia ni melampau mahal. Mahal lah untuk b2b budget macam haku ni. Nantikan part 2 punya entry k sebab masa tu baru aku bgtau paper bag macam mana yang jadi pilihan ku.

Sebenarnya tak start pun lagi DIY paper bag baru pilih pilih design hehehe


Ini pulak alternatif lain tapi paperbag ni takde tangkai. Aku nak yg ada tangkai nanti senang orang nak bawak plus boleh isi benda2 lain jugak. Tapi kalau dah takde pilihan lain, terpaksa jugaklah bagi yang tak bertangkai.


Yang macam ni pun aku berkenan jugak. Sbb simple je. Tapi still, takde tangkai. Nampak sweet je and simple. Clip atas tu boleh cari dekat Kaison. Kaison ada banyak branch dekat Paradigm Mall pun ada. Ada banyak design clip tau. Rambang mata. Kalau nak yg murah lagi, dekat DIY ada kot. Doily paper tu pun senang je nak cari. Dekat kedai kek berlambak jual.

So far, tiga ketul ni je yang aku berkenan. Aduii pening tau taktau caner nak design. Sekarang ni sticker TQ tag dah siap lepastu pening jugak sebab tak tau nak letak kat mana hahahahaha. Sebab kalau paper bag yg ada tangkai, mana nak lekat tq tag tu. Kalau yg takde tangkai lipat je mcm atas ni ok la kan nak lekat tq tag. Ahhh sudah. Pening kepala.

Ok lah nantikan entry Brown Paper Bag part 2 kalau nak tau design macam mana yang den pilih yo.

Bye

Monday, January 12, 2015

Happy at work. How?

Assalamualaikum.

Ok since aku pernah up entry sebelum ni yang mengatakan aku malassssssssssss nak g kerja kan. So today aku nak up pulak entry macam mana kita nak rasa happy jer bila kena g kerja tu. Especially after long weekend or holiday. 

Yes I know how it felt. Balik dari long holiday yang super awesome, tau tau Monday kena masuk office. Duhhh. Malas gila rasa. 

Ok now, let start.

1. Bangun awal.
Bangun awal means, kalau kau selalu pergi kerja pukul 8am, and u need an hour untuk bersiap, which is 7am, bangun awal an hour or 30 minutes. Meaning 6 am or 6.30am. Why? This is the time dimana kau nak bergolek2 atas katil mengeliat puas2, main game sekejap. Just to bring your mood back. And 6.30 am just nice untuk bangun, subuh, lepastu boleh baring2 jap before siap2 pergi kerja. Betul tak? Yes tido memang best! Especially bila pagi2 6.30 nak ke 6.45 pun boleh sambung tido kan? Rasa macam berharga betul 15 minit ni. Tapi sebenarnya, 15 minit tu penting untuk kita buat some short activities. Kita boleh breakfast, tengok tv jap, buat sit up sikit. Confirm lepastu rasa semangat nak g kerja. Macam your own me time lah. Takyah rushing nak bersiap. Tak caya? Try lah.

2. Dress up.
Dress up ni tak semestinya kena pakai baju baru hari2. Untuk yang pakai uniform pun, tak semestinya korang tak boleh dress up. Preferably, kau bersiap dari rumah. Untuk mood nak g kerja tu datang. Tapi if uniform x boleh bawak balik, dari rumah, kau pakai baju cantik2. Means takde lah kau g tempat kerja tu pakai track suit je. Lain la kalau tempat kerja dekat dgn rumah and kau berjogging g kerja. WHICH IS GOOD!!! So dress up meaning kita pakai something yang buat kita rasa confident. Jangan pakai selekeh2. Kalau baju kerja dah buruk, and buat kau rasa tak bermaya, buy a new one. Mix and match. Pakai wangi2, baju wangi, kemas. And korang mesti rasa lagi tak sabar nak start your day.

3. Datang awal.
Bila kau dah bangun awal, confirm2 kau boleh datang awal. Itu yang bagus. 1 nya sebab nti punch card or thumb print kau cantikkkk je sebab selalu dtg awal 10 to 15 minutes. Confirm boss puji. And one more thing, bila kau dtg awal, kau boleh relax2 dlu dalam office, amik mood konon nya. Boleh makeup2 sikit, buat air ke. So takdelah kau masuk kerja pukul 9, kau sampai pun pukul 9. Tau2 je duduk2 tepon dah bunyi. Dgn handbag tak sempat simpan, tiba2 boss pun masuk. Hah tak ke haru mcm tu. Datang awal, just to prepared yourself before start your day.

4. Meja yang kemas.
Ini penting supaya bila kau dtg je, kau tak terus rasa serabut. Kalau kita balik rumah, after a long day at work, kita mesti nak rumah yang bersih clean and clear. So office pun sama jgk. Make sure sebelum balik, kau kemas meja kau kasik bersih. So that besok pepagi bila kau masuk kerja, meja nampak suci murni and hati rasa senang untuk memulakan hari yang indah.

Ok ini few tips yg aku guna. Alhamdulillah, makin rasa semangat nak kerja. Elehh konon hahaha.
Okbye

Thursday, January 8, 2015

Perasaan T___T

Assalamualaikum.

Hadeii la. dua tiga hari ni kan aku ada satu perasaan tau. Eh bukan dua tiga hari dah dua tiga pat lima nam bulan rasanya ada satu perasaan ni tau. Perasaan apa kau nak tau? perasaan malas nyaaaaaaa lahai nak kerja. Malas yang teramat sangat sampai rasa macam ah esok aku taknak g kerja apa nak jadi jadik lah.

Sampai macam tu sekali tau. Skg ni dah nak kawin, lagi la aku rasa macam ahhhh lepas kawin taknak kerja nak duduk rumah je jaga laki @_____@ Hahahahaha kau mampo!

Aku memang tak suka tau kerja. Aku lebih suka buat bisnes sendiri. Or duduk rumah goyang kaki. Auwww. Aku tak suka sebenarnya org bagi arahan kat aku kena buat itu kena buat ini. Lepastu aku tak suka kena marah. Nasib MA paham and dia ada ckp, if lepasni kerja dia makin bagus, dia suruh aku duduk rumah je tlg dia buat documentation. Alahaiiii seghonok weh dengor.

Tapi apa kan daya. Sementara nak menunggu kerja MA makin bagus, iols is perlu kerja. Bukan apa. Takkan aku nak harap kat lakik aku je kan bagi duit tetiap bulan. At least kalau aku kerja tlg dia, leh la aku tolong ringankan beban dia. Walaupun sikit, still i can help him kan. Lagipun nak hidup kat kl ni, kalau salah sorang je bekerja yg sorang lagi goyang kaki sesaja, memang payah lah nak survive. Lain la gaji sorang tu 20k. Ini kita gaji campur dua pun tak sampai 10k. Nak taknak, kena la berkorban ye dak.

Amboii nak kawin lambat lagi, beriya cerita macam anak dah 4.

Okbye.

DIY Project #1: Sticker TQ Tag

Assalamualaikum.

Haiii. Alhamdulillah. My first DIY project dah berjalan. Actually aku pun belum tahu berapa banyak TQ Tag yg aku perlukan. Cuma sekarang ni aku buat je. Print je banyak2. Since jemputan aku sikit, so goodies pun ofcos la sikit kan. So maybe TQ Tag nak pakai sikit je. Eh entahlah pening. Lepastu MA pun mintak aku buatkan TQ Tag untuk belah dia sekali. Eh boleh camtu??

Anyhow, adoii murah weh TQ Tag ni aku buat sendiri. Since aku ada banyaaaaaakkkkkk masa terluang, and wedding pun lambat lah lagi kan, so aku memang saja start buat skg. Bukan apa, at least satu benda dah siap. Lagipun banyak benda aku nak DIY. Aku taknak nanti last minute baru nak buat segalanya. Tapi satu problem bila buat TQ Tag ni terlalu awal, is aku letak date dekat TQ Tag tu. Si MA boleh pulak kasi aku cuak semalam. Dia tanya, macam mana kalau tarikh tukar? Terbeliak bijik mata aku. Hahahahaha aku ckp ngn dia takde! Takleh tukarrrr. Org dh buat banyak ni. Harap harap tarikh tak tukar T____T

Ok. Memandangkan aku buat sendiri TQ Tag ni, aku nak share dengan korang semua yang ada banyak masa terluang macam aku ni mcm mana nak buat TQ Tag sendiri. Tapi nanti la k. Aku buat tutorial untuk DIY your own TQ Tag. Senang gilas ok.

Dan the best news is. Untuk siapa yang takde masa. Aku nak bukak order untuk TQ Tag. Sebab apa tau tak? Sebab benda ni teramat lah senang and murah sebenarnya tapi bila aku tgk printing2 company ni, bukan main mahal dia charge tau. Ada yang sampai 30sen satu.

Aku punya harga?

.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
..
.
.
.
.

RM0.15 sahaja.
NO MINIMUM ORDER REQUIRED.
Kau nak order satu boleh, dua boleh, seratus boleh, sembilan ratus pun boleh.

Untuk order 1000 keping ke atas,
Aku bagi RM0.10 sahaja!

Untuk order 2000 keping ke atas,
Aku bagi RM0.08 sahaja!



Apa service yang aku sediakan?
Semua. Design, printing and cut. Korang boleh bg tau nak colour apa, tulisan apa. Lepastu nti aku akan create one design for u. Antara design2 yang aku dah buat is,








Tapi, untuk pengetahuan korang, aku buat ni saje suka2 je k. Kira macam nak tolong bakal B2B lain yg ada small budget je macam aku tapi busy and nak TQ Tag yg awesome. So design tu harap maklum lah, simple2 je. Sbb aku ni bukan pro designer pun. Pakai adobe pun tak reti T______T

Nak tengok yang dah siap? Boleh.



Ini yang aku punya. Tapi maybe aku akan buat few different design untuk aku punya. and of course lah untuk MA haruslah design lain kan takmo la sama.

untuk yg nak order, aku akan potong siap2 jadi macam shape dekat atas. Korang tinggal nak letak je. And the best part is, aku pakai kertas sticker k. So korang takyah nak letak double sided tape ke apa.

So for any enquiries, boleh email aku at ezrameza@ymail.com
kalau nak wasap, email dulu nti aku bagi no ek.

Okbye