Tuesday, January 13, 2015

52 Weeks Challenge

Assalamualaikum.

Pagi tadi bangun tido, scroll timeline fb. Sekali ternampak pasal cabar 52 minggu. Haishh last year buat cabaran 30 hari. Kalini buat cabaran 52 minggu pulak. Lama tu.

Ok cabaran 52 minggu ni sebenarnya bukan cabaran untuk tulis entry. Ini cabaran untuk menyimpan duit. 

Caner dia berfungsi? Amboi berfungsi.

Camni. Every week, kau kena simpan duit ikut minggu.

Contoh

Minggu 1 - RM 1
Minggu 22 - RM 22
Minggu 34 - RM 34
Minggu 48 - RM 48
Minggu 52 - RM 52

Hah paham ke tidak? Meaning setiap minggu kau kena menyimpan. Jumlah boleh cecah RM 1000 + tauu. Jangan tak caya.

*sila click untuk tumbersaran

Untuk pengetahuan korang, yang ni aku buat sendiri. Ilham je dari yg omputih punya tuh. Sebab yg omputih punya tu amount dia in Dollar. Dia pakai sign $$$$. Kita kan RM. So aku pun dengan gigih menaip satu2. Hehehe siapa malas nak taip sila email nanti aku forward eh.

Lagipun kalau korang perasan, aku ada tambah satu lagi column STATUS. Meaning that bila aku dh masukkan duit, aku akan tanda and letak date sekali. So senang.

And aku sebenarnya nak bukak 4 tabung. So mula2 ni senang lah kan setakat RM 4 seminggu. Tapi bila minggu ke 52? Hah jenuh nak bayar RM 208!! Jadiknya dengan ada column status tu, aku akan penuh kan tabung secara inconsistent. Inconsistent meaning aku akan tetap bayar ikut weeks, tapi dalam masa yang sama, aku akan settle kan bayar untuk minggu2 yang memerlukan simpanan yang banyak.

Contoh aku ada 4 tabung.

Tabung 1
Tabung 2
Tabung 3
Tabung 4

Untuk minggu 1, aku penuh kan 4 tabung which is RM 1 each x 4 = RM 4
And aku akan bayar additional tabung 1 tapi minggu ke 52 = RM 52

Paham tak?
So sekarang 

Tabung 1 - RM 1 + RM 52
Tabung 2 - RM 1
Tabung 3 - RM 1
Tabung 4 - RM 1

Jadi untuk minggu ke 2, aku akan bayar pulak RM 52 dekat tabung 2.

Nanti dah bayar, aku tanda lah dekat status tu. Meaning dah bayar.
Paham ke tidak ni???

Hahahaha nasib lah kalau korang tak paham. Tapi ini yg aku akan buat lah. Siapa nak tiru boleh, siapa nak bayar je macam biasa pun, takde hal. Kalau 1 tabung je, kau continue je bayar mcm biasa sampai week 52 tu. 

And one important thing is, discipline yourself untuk jangan langsung usik duit ni k. Jangan! Sebab nanti hujung tahun benda ni jadi macam bonus untuk kita. Boleh buat shopping, boleh masuk ASB. Best kan.

Ok selamat menyimpan.
Bye

No comments:

Post a Comment