Friday, April 3, 2015

Pendrive hilang :O

Assalamualaikum

Drama swasta sangat tau. Al kisah tersebut lah kisah.. Aku dah ter miss place pendrive ku. Aku actually x kisah sangat pasal benda lain yg ada dalam pendrive. Masalah besar aku sekarang ialah, semua benda pasal kahwin, aku letak dalam tu. Since dekat office aku xde printer colour, so aku xnk lah print gegambar pastu tampal dalam note book. Yela kita beria cari gmba kaler biru tp print hitam putih je watdehel sgt kan

So sekarang pendrive aku dah missing in action. Mana tah dia hilang. merajuk membawa diri agaknya. Padahal aku xde pun beli pendrive baru. Runsing sgt iols skg ni tau!

Aku nak update pasal wedding pun terus takde mood. Hahaaha alasan padahal mmg malas pun :p

Lagi satu aku dapat berita lak 18 April ni one of my course mate masa belajar kat UiTM dulu nak kahwin. Wiwiwiw semua org pun sekarang nak kahwin senyap2 je kan takde pun hari2 post dekat IG sibuk bgtau bye uols iols nak keluar dgn tunang g beli brg hantaran hahaha lol sgt. Ceh ckp org, awk tulis blog lagi gelabah :p blogger dikecualikan sebab kitorang suka menulis lebih dari bergambar padahal aku je cmtu blogger lain suka je bergambar kan T____T

Ok lah btw selamat pengantin baru Ira.
Bye


Wednesday, April 1, 2015

Wedding Preparation #7: Borang Nikah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Eh belum kawin lagi lah. hahaha

ok hrni aku nak cerita pasal perjalanan ku menuju puncak eh tak nak cerita pasal borang nikah. Haritu MA balik kampung settle kan borang nikah belah dia, tp tak boleh siap on the spot so MA balik kl dlu lepastu few days after bru adik dia post dekat aku. Lepas dh dpt borang dri MA, baru lah aku boleh proceed dekat belah aku pulak.

Well alhamdulillah sebab aku tak rasa susah langsung pasal nak settle kan borang nikah ni. entah semua macam senang gila je. So aku cerita step by step k?

Untuk belah lelaki, since MA org kelantan, aku boleh cerita pasal org kelantan jela k. negeri lain punya procedure aku xtau lah kan.

MA dia kerja kl. so borang nikah semua, abah dia yg tlg amikkan kan pejabat agama. Dia dh siap2 isi semua, then compile kn dengan document yg perlu ada which is

-Ic pengantin lelaki
-Ic pengantin perempuan
-Sijil kursus kahwin (original and photocopy)
-HIV test
-Pengesahan bujang dri majikan

mcm hiv test, dekat website jabatan agama islam kelantan ada sediakan borang untuk buat hiv test. So kalau laki kau org kelantan, tp kerja kat tempat lain luar pada kelantan, just print borang tu, and bg dekat MO (medical officer) masa kau g buat hiv test tu. Tp original borang dri klinik kesihatan tu pun kena lah bawak. Means hiv test kau akan ada 2 borang. Paham ke tidak?

Lepastu dh siap compile document and isi borang, MA kena g jumpa imam kampung dia untuk dpt pengesahan.

Imam kampung dh sign segala bagai, dia kena pulak hantar segala compilation tadi ke pusat islam apebenda tah aku x igt lah yang ni. So nti kena bayar certain amount (sbb nikah luar kelantan. MA hrtu kena rm22), nti borang akan siap within 4 days.

Senang je kan.

Untuk belah perempuan pulak,

Aku senang je. Isi borang online jer semua. Lepas je dpt MA punya borang yg dh lengkap, aku terus print segala borang yg aku dh isi tu. Ada 2 borang k. Borang 2C and borang 2D

Borang ni semua kau kena buat online. Takyah susah2 kan diri nak g pejabat agama selangor amik borang ke apa sbb memang tak ada. memang kena buat online. Print and sedia kan document yg perlu.

-Borang 2C
-Borang 2D
-Ic pengantin perempuan
-Ic wali
-Ic 2 org saksi
-Sijil kursus kahwin (original and photocopy)
-Salinan sijil nikah ibubapa (bawak sekali yg original. aku punya hrtu dia x mintak. tp org sebelum aku tu dia mintak. so bawak je lah in case dia mintak kan)
-Borang pihak lelaki.

Dh siap semua, aku, wali and 2 org saksi kena g jumpa penolong pendaftar nikah / jurunikah kat kawasan umah aku pulak. Yes pengantin perempuan kena bawak wali and saksi sekali k. Sebab nanti borang 2C tu nak kena sign depan jurunikah tu. Jurunikah dh siap sign semua benda, dia akan pulangkan borang tu semua kat kita.

Now kau cuma perlu bawak segala borang yang dah siap, kau punya and laki punya, bawak je g pejabat agama islam selangor yang terletak betul2 kat depan masjid shah alam tu. Tanya lah kat guard nanti mana nak g hantar borang nikah. Sampai situ, amik no kat kaunter depan and org tu akan cek balik document kau semua complete ke tak pastu pung pang pung pang dia cop segala benda. So tunggu sampai no di panggil, bg borang lepastu tunggu. Dalam 10 minit cmtu, dia akan return kan borang kau semua and bayar rm10.

Siap.

Surat permohonan nikah tu valid untuk 3 bulan sahaja ok. Kalau dlm masa 3 bulan kau x nikah, kau kena apply baru. Macam mana procedure, iols is dont know hehe.

So maknanya disini, since borang nikah aku dh settle, iols is getting married in less than 3 months la kan. OMG hahahahaha scary nya!!!!!

okbye

Thursday, March 26, 2015

Wedding Preparation #6: Wedding Card Disaster

Assalamualaikum

Yes! Its a total disaster sebab nya disebab kan ada beberapa masalah yang tak dapat nak dielakkan, wedding card yang sepatutnya di DIY terpaksa cancel. Project DIY kena cancel maka nya aku memang kelam kabut lah nak mencari kad kahwin.

Susah tauuuu nak carik yang murah sekarang ni. Puas aku google berhari2, singgah few kedai, semua mahal. Bukan lah aku ni kedekut sgt, tp rasa mcm membazir kalau banyak sangat duit habis dekat kad kawin je padahal lepas majlis sah sah org buang.

So emergency plan is, esok lepas kerja aku ajak Fard g cri kad kahwin. MA kerja. Dia cuti ahad je so kalau semua aku nak tunggu dia, memang lagi lama nanti tangguh. Dia pulak bukan suka benda2 ni. Kang aku tanya mana cantik dia mesti semua pun cantik jer.

Huhuhu harap2 sempat lah kad siap by middle April. Lambat2 kang takut x sempat sampai kad kat tangan jemputan.

Wish me luck.
Bye

Sunday, March 22, 2015

Airasia 2015

Assalamualaikum

Wiwiwiwiwiwi

Korang semua dah usha usha belom free seats airasia ni? G cepat hrni baru first day. Tapi iols is beli semalam lah sebab semalam 1 hari special untuk member.

Well for me tiket takdelah murah sangat. And takde lak tu tempat yg aku betul2 nak pergi.

Tapi xpe, sebab masih jgk ada tiket yg murah, selamat lah dalam itinerary ku untuk berholiday Mac next year. Huhuhu setahun nak tunggu.

Konon nya aku niat nak cri tiket untuk first anniversary. Kau mampo kahwin pun belum tiba2 beli tiket first anniversary hahahaha. Takper lah kan early planning. Ala lgpun tiket honeymoon pun aku book setahun awal, ini kan pulak anniversary kan.

Anyhow, persiapan perkahwinan is sedang berlangsung. Nanti lah update harini busy.

Bye

Tuesday, March 17, 2015

GST?

Assalamualaikum.

Harini aku bukanlah nak membebel pasal GST.

Aku cuma nak cerita sal wedding preparation aku je. Banyak lagi woi barang2 untuk wedding yg aku x sempat beli. And memandangkan GST berkuat kuasa 1 April, aku dengan ini harus mempercepatkan segala urusan pembelian untuk barang2 yang bakal dikenakan GST. Terutamanya barang2 hantaran lah. 

Kalau harga barang tu naik lepas GST, dh rugi aku x beli sebelum GST dikenakan.

So aku nak bagi jugak cadangan kat engkorang semua, kalau ada apa2 benda penting yang nak beli, nak tukar gadjet ke, nak beli laptop ke, baik beli before 1 April.

P/S: Nak kena listkan barang apa nak beli. Ada 2 ahad je lagi before April.

Okbye