Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Eh belum kawin lagi lah. hahaha
ok hrni aku nak cerita pasal perjalanan ku menuju puncak eh tak nak cerita pasal borang nikah. Haritu MA balik kampung settle kan borang nikah belah dia, tp tak boleh siap on the spot so MA balik kl dlu lepastu few days after bru adik dia post dekat aku. Lepas dh dpt borang dri MA, baru lah aku boleh proceed dekat belah aku pulak.
Well alhamdulillah sebab aku tak rasa susah langsung pasal nak settle kan borang nikah ni. entah semua macam senang gila je. So aku cerita step by step k?
Untuk belah lelaki, since MA org kelantan, aku boleh cerita pasal org kelantan jela k. negeri lain punya procedure aku xtau lah kan.
MA dia kerja kl. so borang nikah semua, abah dia yg tlg amikkan kan pejabat agama. Dia dh siap2 isi semua, then compile kn dengan document yg perlu ada which is
-Ic pengantin lelaki
-Ic pengantin perempuan
-Sijil kursus kahwin (original and photocopy)
-HIV test
-Pengesahan bujang dri majikan
mcm hiv test, dekat website jabatan agama islam kelantan ada sediakan borang untuk buat hiv test. So kalau laki kau org kelantan, tp kerja kat tempat lain luar pada kelantan, just print borang tu, and bg dekat MO (medical officer) masa kau g buat hiv test tu. Tp original borang dri klinik kesihatan tu pun kena lah bawak. Means hiv test kau akan ada 2 borang. Paham ke tidak?
Lepastu dh siap compile document and isi borang, MA kena g jumpa imam kampung dia untuk dpt pengesahan.
Imam kampung dh sign segala bagai, dia kena pulak hantar segala compilation tadi ke pusat islam apebenda tah aku x igt lah yang ni. So nti kena bayar certain amount (sbb nikah luar kelantan. MA hrtu kena rm22), nti borang akan siap within 4 days.
Senang je kan.
Untuk belah perempuan pulak,
Aku senang je. Isi borang online jer semua. Lepas je dpt MA punya borang yg dh lengkap, aku terus print segala borang yg aku dh isi tu. Ada 2 borang k. Borang 2C and borang 2D
Borang ni semua kau kena buat online. Takyah susah2 kan diri nak g pejabat agama selangor amik borang ke apa sbb memang tak ada. memang kena buat online. Print and sedia kan document yg perlu.
-Borang 2C
-Borang 2D
-Ic pengantin perempuan
-Ic wali
-Ic 2 org saksi
-Sijil kursus kahwin (original and photocopy)
-Salinan sijil nikah ibubapa (bawak sekali yg original. aku punya hrtu dia x mintak. tp org sebelum aku tu dia mintak. so bawak je lah in case dia mintak kan)
-Borang pihak lelaki.
Dh siap semua, aku, wali and 2 org saksi kena g jumpa penolong pendaftar nikah / jurunikah kat kawasan umah aku pulak. Yes pengantin perempuan kena bawak wali and saksi sekali k. Sebab nanti borang 2C tu nak kena sign depan jurunikah tu. Jurunikah dh siap sign semua benda, dia akan pulangkan borang tu semua kat kita.
Now kau cuma perlu bawak segala borang yang dah siap, kau punya and laki punya, bawak je g pejabat agama islam selangor yang terletak betul2 kat depan masjid shah alam tu. Tanya lah kat guard nanti mana nak g hantar borang nikah. Sampai situ, amik no kat kaunter depan and org tu akan cek balik document kau semua complete ke tak pastu pung pang pung pang dia cop segala benda. So tunggu sampai no di panggil, bg borang lepastu tunggu. Dalam 10 minit cmtu, dia akan return kan borang kau semua and bayar rm10.
Siap.
Surat permohonan nikah tu valid untuk 3 bulan sahaja ok. Kalau dlm masa 3 bulan kau x nikah, kau kena apply baru. Macam mana procedure, iols is dont know hehe.
So maknanya disini, since borang nikah aku dh settle, iols is getting married in less than 3 months la kan. OMG hahahahaha scary nya!!!!!
okbye
No comments:
Post a Comment