Sunday, February 22, 2015

Officially not available.

Assalamualaikum.

Kemain tajuk kan. Alhamdulillah. Tanggal 19 Februari akan jadi satu tanggal yang InsyaAllah akan ku kenang sampai bila2.

Why?

Hehehehe

Family MA secara officially dah datang jumpa my family and discuss about our wedding. Auwwwww sgt tau. 

Hahaha malu woi.

Alhamdulillah, everything went well. MA siap leh wat surprise lagi. Tapi surprise x berapa nak menjadi sgt sebab awal2 dah bagitau I ada surprise untuk u. watdehel sgt kan. Nak buat surprise tapi sibuk dia bagitau ada surprise ada surprise.

And ada lagi satu kejadian yang tidak di ingini masa tengah dok tuang air. Adoii malu nya. Leh pulak aku tertumpah kan air depan bakal ibu martua ku. Terus lepastu aku x tunjuk muka dah kat depan dok nyorok je kat dapur T_____T

Surprise ape?

Well.....

Dapat cincin!!!!

Hahahahaa kalau ikut plan asal aku dgn MA, mmg kitorang taknak bagi apa2 masa parents dia dtg ni. Sbb bukan dtg merisik ke bertunang ke apa. Datang dgn niat nak kenal2 je. Sekali mak dia boleh pulak belikan cincin. Dah beli bru bgtau pulak tu. Alhamdulillah elok2 je muat masuk kat jari aku ni hah.

Malu gila oi. Akak2 aku semua dh mcm paparazzi sgt, sibuk dok amik gmba siap beratur belakang kerusi. Sumpah malu! Nasib baik aku xnak sanding. Kalau x mau ter shi shi atas pelamin tu sbb malu sgt.

So mcm papa aku ckp, dh secara rasminya di sunting orang, dh tak available lah yer. Single, but not available. Gituwww. Actually aku pun x tau majlis ni panggil apa. Merisik ke? Tunang ke? Tapi tak penting pun, yang penting kitorang ada less than 100 days untuk buat persiapan kawin. *nangis

Ok la tu je nak bagitau.
Bye

Friday, February 13, 2015

6 tips kurus cara saya.

Assalamualaikum.

Amboii. Macam awak kurus sgt kan nak suruh org ikut tips dia. Aku ni takde la kurus sgt. tapi alhamdulillah, mungkin sebab aku tinggi, jadi nya tak nampak sangat lah kalau aku gemok. Padahal pernah je gemok, baju selua semua tak muat *nangis

Tadi g toilet, dengar ada akak ni complaint. Skg ni dia kurang makan. Kadang tu harini makan tengah hari, pastu besok nya pulak baru dia makan. Nak kurus punya pasal. Aku tak tau lah dh berapa lama dia guna tips tu, tp aku tengok badan dia sama je cmtu. Dah hampir 7 bulan aku kerja sini sama je badan dia. Tak kurus pun? T_____T sorry kak

Ok.
Tips aku ni bukan lah tips nak kurus mcm model sgt pun. Ini more to nak maintain your figure. Kita ni takleh badan gemok sgt takleh kurus sgt. Nanti sakit susah. So obviously, berat yg paling ideal is kalau BMI korang normal, dh cukup bagus. Berat ni dia ikut tinggi seseorang jgk k. Kalau kau tinggi, tp kurus melidi, meaning kau underweight. Which is not good. Kalau kau rendah, tp gemok, which is overweight, pun tak bagus jgk.

So aku ajar cara kira BMI dulu.

Berat badan / Tinggi (M) X Tinggi (M)

Contoh

60 / 1.72 X 1.72

60 / 2.96

=20.27


< 18.5 = Underweight
18.5 - 24.9 = Normal
25 - 30 = Overweight
30 atau lebih = Obese


Cepat kira skg.

So now, jom ikut cara saya maintain berat badan. Kalau nak kurus, kena extra work ok.

1. Cukup tidur.
Tidur memang penting. Crucial. Waktu tidur yg normal is average 7 jam cmtu. Seboleh boleh nya, cuba untuk tidur secukupnya. Kalau rasa pagi kena bangun awal, try to sleep early at night. Pukul 10.30 tidur, pukul 5.30 dh boleh bangun siapkan apa yg patut. Try. Tau susah, but try.


nyenyak dia tidur

2. Jaga makan.
Walaupun kau tak overweight, kau still kena jaga makan. Aku pun tak suka sayur. Aku pun suka ayam goreng pizza extra cheese burger daging. Tapi know your limit. Kau mesti kenal badan kau kan. Kalau kau rasa kau ni makan sebijik burger extra cheese terus boleh naik 3 kilo, limit lah yourself. Jangan lah hari2 nak consume burger tu. Makan lah once in every two weeks ke. Sebab aku tau susah nak say goodbye to benda sedap2 ni. You don't have to stop, cuma kurangkan.


semua kenal kan menatang ni, follow! Jangan terbalik pulak.

3. Eat slowly.
Ok yg dua kat atas tu semua org pun tau. But this is my secret weapon. Makan slow2. Slow2 as in ikut sunnah Nabi Muhammad SAW kunyah 44 kali sebelum telan. Takyah la gigih kira satu satu, make sure makanan tu dh betul2 hancur kau kunyah before telan. Bila kau makan slow2, kau akan cepat kenyang. And as a result, kau akan kurang makan. Aku memang selalu nya orang yang paling last settle makan. Orang lain dh bertambah dua tiga kali, aku masih makan makanan yang sama and end up aku paling last. Take your time. Jangan gelojoh, nti makan banyak.
takyah ah nak camni sangat eh

4. Baca doa.
Hah siapa tak baca doa makan memang suka makan banyak. Setan keliling kongsi. Jangan lupa! Baca doa makan!!

dah sudah makan, baca doa selepas makan pulak. Takdelah bru lepas makan terus lapar balik.

5. Keep yourself fit.
Heeeee. Aku pun malas part ni. But try. Takyah lah beria jogging satu padang bola tiap2 hri. Banyak kan berjalan. Macam aku kat office ni, nak g memana semua jauh. Nak g toilet pun jauh. So aku banyakkan lah jalan g toilet. Senaman yg paling senang sekali is Solat. Kita solat bukan duduk je. Bangun, rukuk, sujud, semua memerlukan pergerakan. And dlm masa yg sama, kita melancarkan perjalanan darah as well as kita menggerakkan badan kita. Bagus tau.

yg semangat membara cmni selalu hari pertama je. hari kedua layu di tasik madu.

6. Keep yourself motivated.
Simpan lah gambar kau masa kurus dlu ke, gambar idola kau ke. Ini tidak, dalam hp penuh gambar makan. Lunch haritu makan kenny rogers, dinner kelmarin makan tony romas, malam semalam makan nasi lemak ayam rendang. OMG. Memang lah kau motivated dgn gmba makanan ni, motivated untuk terus makan. Jangan k. G delete skg!

aku tak cakap. surat khabar tu yg tulis.

So apa lagi. Jom kurus sesama. Seriously, kau tak perlu apa2 ubat untuk kurus.
Kbai

Tuesday, February 10, 2015

DIY Project #3: Kad Kahwin aka Wedding Card

Assalamualaikum.

Malas betul nak update pasal kahwin, sebab peninggggggg sangat. Rasa macam eh I should start to do this, tp bila dah start rasa macam eh too early for this.

Entah lah naluri bakal pengantin agaknya nak stress manjang, Dengan masalah2 lain lagi yang mendatang. Aku ni dh lah bakal pengantin yg murah dengan air mata. Sikit2 kang aku menangis, sikit2 kang aku menangis. Haihhh entah ler. Hormon bakal pengantin mungkin (bakal pengantin pun ada hormon sendiri tau!)

Alhamdulillah, kad kahwin aku (walaupun tidak ditaja) di buat oleh kakak iparku. Thank you kak. Dia yang tolong aku design pakai Adobe Illustrator kot. Hah yang ni maaf ye aku takleh nak bg tutorial sbb seriously AKU PUN TAK TAU CANER DIA BUAT  +_____+  Aku dok tengokkkk je dia buat dari mula sampai habis tau2 dah siap. Haruslah cantik kan. Tapi kad aku simple je. Yang penting dapat size yg aku nak. Cuma tak dapat the exact wedding card yg aku nak which is pakai craft paper macam goodies bag tu. Hmm tapi takpe janji goodies bag pakai craft paper dah.

Aku suruh kak Izan design the card for me, and then aku akan beli kertas and print sendiri sebab printer dah ada. So cost aku hanyalah kertas, ink for printer and envelope. So yes, dapat jimat banyak kat sini. Ada jugak b2b lain yg design sendiri lepastu anta print kat kedai. Pun boleh jgk tp cost dia tinggi sikit lah ye.

Aku memula mmg pk nak anta jugak kat kedai. Tapi since aku just nak 200 card for my side and 500 card for MA's side, so rasanya, aku mampu kot buat sendiri. Lagipun masa banyak lagi, so should be no problem.

My only concern is, walaupun masa banyak lagi, still aku risau bab nak memotong and melipat kad tu esok. Part potong card tu kemungkinan akan jadi aku punya mimpi ngeri lah. As of now, card tu hanya terperuk dalam pendrive aku sahaja sbb nya, aku takleh print lagi sekarang.

Next week parents MA akan datang melawat. Melawat ke? Macam merisik tapi takde la cincin bagai, sesaja dtg nak kenal2. So lepas parents dia datang, date dh confirm, baru aku akan start printing kad kahwin ni. InsyaAllah masa cukup kot. Tawakal jelah harap sempat siap.

Photo from here

Aku nak wedding card this size. Since aku print and design sendiri, aku dapat jimat banyak jugak lah. Sebab nya kad size mcm ni, memerlukan 1 a4 paper untuk 1 card. So kalau kau tempah kat kedai, paling murah aku jumpa is 50sen itu pun 1000 keping ke atas. Tapi aku x sempat kira lagi lah berapa cost wedding card aku ni. Nanti aku share eh once its ready. Tapi kalau korang nak lagi jimat, buat size yg boleh muat 2 card untuk 1 a4 paper. Lagipun org buang je card kita tu lepas majlis. Takyah membazir sgt lah.

P/S: siapa tau mana nak dapat envelope macam gmba tu. lace lace gitu, berkenan pulak rasa.

Okbye

Wedding Preparation #4: My Wedding Dress

Asaalamualaikum

Eh dah bulan 2 kan tak lama je lagi tapi rasa cam lama gila. Entah nervous ke tak sabar ke eksaited ke. Aku pun x tau. So harini nak cite pasal aku punya wedding dress.

Bakal pengantin kan. Haruslah wedding dress jadik benda yang paling penting sekali. Nak la nampak gorgeous gila kan masa wedding day kita tu nanti. Dulu aku ada cerita pasal beli kain for wedding dress dekat mana kan. Masa tu aku just shopping kain je. Baju tak tempah pun lagi.

Aku mmg dh aim awal2 nak buat dress aka jubah jer.



Ini antara baju yang aku berkenan. Actually takde lah berkenan sangat. Semua pun aku x berkenan. Tak boleh langsung nak bayangkan wedding dress iols nanti nak bentuk cemana. Pelik je rasa. Baju yg dayana pakai tu cantik. Plus MA mmg nak pakai suit masa hari nikah nanti. Yes MA nak pakai suit. Hhaahaha aku mampu gelak jer. Berpeluh peluh lah dia esok tu nanti. Nasib ler labu.

Tapi aku suka jugak baju puteri Sarah ni. Nampak lagi sopan gitu. 

Masalahnya, aku sendiri tak dapat bayangkan diri aku in a wedding dress. For my actual wedding. Hadoii 

And then I found this.

Photo from Cik Sweetie

Tunjuk kat MA, terus dia agree. Bagi aku baju ni simple but still cantik sebab lace dia semua tu tak banyak sangat sampai overshadow si pemakai.

Since dh ada design baju yang berkenan, pencarian tailor bermula. Aku ingat nak tempah kat tempat cik sweetie ni buat baju kahwin dia. Tapi masalahnya, jauh ler pulok.

Lepastu pulak ingat nak buat dekat tailor depan rumah je, tp satu masalah akak tailor ni, dia tak reti potong kain. Even kau bagi baju contoh sekali pun, baju tu akan jadi besar. Nasib baik besar, boleh alter. Kang japg baju kawin aku kena alter 300 kali, last last tak jadi. Lagi sedih kan.

So bila pikir punya pikir punya pikir. Aku decide untuk hantar dekat butik cousin aku. Hahahahaha ade je cousin ada butik tp kenapa tah awal2 taknak pk nak anta kat dia. Well sebab nya jauh dengan rumah. Tp takpe lah, since itu cousin aku and baju baju yg dia buat semua cecantiks tau!, so aku pun ajak mak papa pergi butik dia last sunday.

InsyaAllah baju dh siap nti aku review semua ok. Korang boleh usha dulu fb dia. Dia jugak buat pelamin and berendoi. Azie Faez Wedding Couture.

Korang boleh call diorang kalau berminat k. 
Butik : 03-90212658
Azie : 013-6022400
Faez : 013-3188839
Asma : 012-3674534


Butik ni actually collaboration of husband and wife. Diorang dh lama buat pelamin ni, dari sebelum kawin lagi. Even pelamin diorang sendiri pun diorang yang bertungkus lumus buat. And staff pun adik beradik diorang jugak. So kira mcm family bisnes lah.

Tapi untuk photobooth aku, aku tak amik dari dia (aku takde pelamin ada photobooth je yg super grand LOL). Aku just tempah baju jer dri dia.  Sebab photobooth iols is special from someone yang special gila. Ok pasal photobooth nti aku share dekat entry lain k. Taknak buat pelamin sbb aku malu nak sanding T____T

Aku takde amik gmba masa hri Ahad pergi butik tu sbb entah lah aku mmg kureng sikit bab bab amik gmba ni. So nti kalau g fitting, kalau igt, aku amik gmba k.

Ok so itu je kot nak share harini. 

Oh btw, untuk b2b yg lain, ingat k. Bila buat wedding dress tu, jangan lah buat yang ketat2. Lagi2 untuk yang bertudung. Tak sesuai tau kalau pakai tudung tapi baju ketat sampai nampak bentuk dada. Tak manis lah. Kita nak majlis kita dapat keberkatan kan. So jangan buat Allah SWT marah ok?

Ok tu je bye