Friday, February 13, 2015

6 tips kurus cara saya.

Assalamualaikum.

Amboii. Macam awak kurus sgt kan nak suruh org ikut tips dia. Aku ni takde la kurus sgt. tapi alhamdulillah, mungkin sebab aku tinggi, jadi nya tak nampak sangat lah kalau aku gemok. Padahal pernah je gemok, baju selua semua tak muat *nangis

Tadi g toilet, dengar ada akak ni complaint. Skg ni dia kurang makan. Kadang tu harini makan tengah hari, pastu besok nya pulak baru dia makan. Nak kurus punya pasal. Aku tak tau lah dh berapa lama dia guna tips tu, tp aku tengok badan dia sama je cmtu. Dah hampir 7 bulan aku kerja sini sama je badan dia. Tak kurus pun? T_____T sorry kak

Ok.
Tips aku ni bukan lah tips nak kurus mcm model sgt pun. Ini more to nak maintain your figure. Kita ni takleh badan gemok sgt takleh kurus sgt. Nanti sakit susah. So obviously, berat yg paling ideal is kalau BMI korang normal, dh cukup bagus. Berat ni dia ikut tinggi seseorang jgk k. Kalau kau tinggi, tp kurus melidi, meaning kau underweight. Which is not good. Kalau kau rendah, tp gemok, which is overweight, pun tak bagus jgk.

So aku ajar cara kira BMI dulu.

Berat badan / Tinggi (M) X Tinggi (M)

Contoh

60 / 1.72 X 1.72

60 / 2.96

=20.27


< 18.5 = Underweight
18.5 - 24.9 = Normal
25 - 30 = Overweight
30 atau lebih = Obese


Cepat kira skg.

So now, jom ikut cara saya maintain berat badan. Kalau nak kurus, kena extra work ok.

1. Cukup tidur.
Tidur memang penting. Crucial. Waktu tidur yg normal is average 7 jam cmtu. Seboleh boleh nya, cuba untuk tidur secukupnya. Kalau rasa pagi kena bangun awal, try to sleep early at night. Pukul 10.30 tidur, pukul 5.30 dh boleh bangun siapkan apa yg patut. Try. Tau susah, but try.


nyenyak dia tidur

2. Jaga makan.
Walaupun kau tak overweight, kau still kena jaga makan. Aku pun tak suka sayur. Aku pun suka ayam goreng pizza extra cheese burger daging. Tapi know your limit. Kau mesti kenal badan kau kan. Kalau kau rasa kau ni makan sebijik burger extra cheese terus boleh naik 3 kilo, limit lah yourself. Jangan lah hari2 nak consume burger tu. Makan lah once in every two weeks ke. Sebab aku tau susah nak say goodbye to benda sedap2 ni. You don't have to stop, cuma kurangkan.


semua kenal kan menatang ni, follow! Jangan terbalik pulak.

3. Eat slowly.
Ok yg dua kat atas tu semua org pun tau. But this is my secret weapon. Makan slow2. Slow2 as in ikut sunnah Nabi Muhammad SAW kunyah 44 kali sebelum telan. Takyah la gigih kira satu satu, make sure makanan tu dh betul2 hancur kau kunyah before telan. Bila kau makan slow2, kau akan cepat kenyang. And as a result, kau akan kurang makan. Aku memang selalu nya orang yang paling last settle makan. Orang lain dh bertambah dua tiga kali, aku masih makan makanan yang sama and end up aku paling last. Take your time. Jangan gelojoh, nti makan banyak.
takyah ah nak camni sangat eh

4. Baca doa.
Hah siapa tak baca doa makan memang suka makan banyak. Setan keliling kongsi. Jangan lupa! Baca doa makan!!

dah sudah makan, baca doa selepas makan pulak. Takdelah bru lepas makan terus lapar balik.

5. Keep yourself fit.
Heeeee. Aku pun malas part ni. But try. Takyah lah beria jogging satu padang bola tiap2 hri. Banyak kan berjalan. Macam aku kat office ni, nak g memana semua jauh. Nak g toilet pun jauh. So aku banyakkan lah jalan g toilet. Senaman yg paling senang sekali is Solat. Kita solat bukan duduk je. Bangun, rukuk, sujud, semua memerlukan pergerakan. And dlm masa yg sama, kita melancarkan perjalanan darah as well as kita menggerakkan badan kita. Bagus tau.

yg semangat membara cmni selalu hari pertama je. hari kedua layu di tasik madu.

6. Keep yourself motivated.
Simpan lah gambar kau masa kurus dlu ke, gambar idola kau ke. Ini tidak, dalam hp penuh gambar makan. Lunch haritu makan kenny rogers, dinner kelmarin makan tony romas, malam semalam makan nasi lemak ayam rendang. OMG. Memang lah kau motivated dgn gmba makanan ni, motivated untuk terus makan. Jangan k. G delete skg!

aku tak cakap. surat khabar tu yg tulis.

So apa lagi. Jom kurus sesama. Seriously, kau tak perlu apa2 ubat untuk kurus.
Kbai

No comments:

Post a Comment