Monday, November 17, 2014

Travel Blog?

Assalamualaikum.

Due to few errors, aku menghadapi sedikit masalah dengan blog ni. Adoyaiii. Sian dia. Btw, as I've told you guys earlier, aku suka travel. Aku join contest Dream Trip to Macau dengan harapan iols dapat melancong ke Macau. And!!!

Next year aku dah ada 2 tempat yang akan ku jejak kan kaki. Meriah kenzz. Alhamdulillah haritu airasia ada buat promotion. Aku dapat tiket return kedua dua tempat ni dengan harga RM250 untuk seorang. Kau bayangkan Rm250, return tiket, pergi 2 tempat pulak tu! Hoiii murah ok. Satu dalam negara satu luar negara. Tapi lambat lagi. So aku taknak cerita la pasal tempat2 yg aku nak g ni. Cuma nya buat masa sekarang, aku memang tengah survey2. Baca semua travel blog.

And next year jugak, InsyaAllah aku nak cuba pergi ke satu negara ni (dekat je so xyah naik flight pun xpe) hehehe utara ke selatan? Tungguuuuu

So memandangkan next year aku dah ada plan banyak untuk travel, aku harap this is a beginning untuk aku start berblog pasal travel sahaja.

Lagi meriah blog aku kalau aku dapat pegi Macau ni. Dah la free.

Ok bye

Tuesday, November 11, 2014

Dream Trip to Macau

Assalamualaikum.

An experience of a lifetime - all - expenses paid trip to Macau

*terkinja keriangan

Macau. Hah! Katner korang Macau ni? Macau ni dekat China ok. Macau or "Macao" ni salah satu tourist attraction yg menarik hati ku. Aku suka travel. Sukaaaaaaaa gila. And Macau ni memang salah satu dari tempat yang aku nak pergi.

Since Nuffnang Malaysia and Macau Government Tourist Office (MGTO) organize satu contest yang bagi aku sangat WOW ni, and hadiah nya is "All expenses paid trip to Macau", haruslah iols is excited nak menang contest ni & tak sabar rasanya nak merasai sendiri pengalaman bercuti kat Macau ni.

Special thanks to NUFFNANG MALAYSIA and MACAU GOVERNMENT TOURIST OFFICE (MGTO) sebab organize this contest and bagi kami peluang as a blogger untuk melancong ke negara orang and peluang once in a lifetime untuk merasai budaya and keistimewaan Macau. I am super excited nak bawak korang mengenali Macau and aku nak bagitau korang, apa yang best nya pasal Macau ni.

So, let's us.

"THREE MOST AMAZING THINGS" about Macau yang buat aku rasa macam I want to fly there NOW!!!

1) Bungy Jump @ Macau Tower

Ya Allah, rasa macam menggigil satu badan bila tengok.




"The AJ Hackett Macau Tower Bungy Jump is 233m / 764ft high, making this jump a Guinness World Record for the Highest Commercial Bungy Jump in the world." 

visit here for more info.

Gila kau HIGHEST COMMERCIAL BUNGY JUMP IN THE WORLD! Haruslah aku yang memang dah lama teringin nak bungy jump ni excited.

Nak tau tak info yang lagi best! Ada bungy jump at night ok! means kau boleh bungy jump memalam. Ya Allah sumpah nak cuba!

hah kan dah ckp ada! tak tipu k.

Oh before I ended this, just so you all know, untuk yang kecut perut gayat nak buat bungy jump, ada aktiviti lain k kat Macau Tower ni. Bukan setakat naik pastu bungy jump pastu turun. No no no. Banyak lagiiii. Antaranya ialahh:

Sky Jump

Sky Jump ni apa? Hahahaha ok let me brief a little bit about Sky Jump. Kepada yang kurang berani (eceehhhh macam kau berani sangat!) nak try bungy jump, korang leh try sky jump. Sky jump ni lebih kurang je macam bungy jump. Beza dia is akan ada tali yang attached dekat badan korang. And tali tu akan bawak korang turun slow2. Takde la slow sangat. Lebih kurang 17 seconds. Tapi takde la laju macam bungy jump kan.


click dekat link atas tu nanti korang boleh tengok sendiri apa tu sky jump.

Tower climb

Tower climb ni, macam x harus di explain je? Kan? Basically tower climb ni kau panjat lah tower tu dari atas, sampai puncak. Which is awesome!!!! Sebab makin lama makin tinggi makin luas permandangan makin best aaaaaaaaa i want this tooo! 

Skywalk

Ini lagi satu aktiviti yang aku eksaiteddddd jugak nak try. Skywalk. Apetu skywalk? berjalan di sky kah? Takde lah sky sgt kan. Cuma korang boleh duduk rasa angin kat atas Macau Tower ni. Duduk ke diri ke jalan ke bawak moto ke macam abang kat atas tuh. Yesss! Kau taknak selfie dari top of Macau Tower?! Luar Macau Tower eh bukan dalam. Iols nak.

Untuk info lebih lanjut, boleh layari website AJ Hackett Macau Tower.

So melawat Macau Tower ialah satu kemestian untuk aku.

2) The House of Dancing Water

Satu lagi attraction yg wow sangat kat Macau, is the house of dancing water. Diarahkan oleh Mr Franco Dragone. Kos keseluruhan mencecah USD250 juta. Diorang start showing teater ni since September 2010 and since that, tak putus2 k orang datang tengok show ni. Memang menarik. Dia sebenarnya teater yang dipentaskan kat atas air. 


Set dekat atas yg korang tengok tu is part of the show. Set tu pulak akan bertukar bila cerita tu bertukar. Hahhhh tak caya kan.


Taraaaaa. Hah kan dah cakap. Bayangkan kapal tu keluar dari dalam air tu haihhhh memang tak dapat bayangkan perasaan tengok teater ni secara live. Confirm ternganga hehe

3) Macau World Heritage

Hah!!!!!! Ini lagii satu sebab kenapa aku nak pergi sangat Macau. Disenaraikan sebagai salah satu World Heritage Sites oleh UNESCO, haruslah aku lagi tambah teruja nak pergi. Ada banyak k bangunan bangunan lama yang masih cantik!!!!

Ruins of St Paul's

Cantik kan. Ini baru satu. Ada baaaaaaannnnnyyyyaaaakkkkk lagi k bangunan yang cantik yang akan blown you away!! 

Kenapa Nuffnang Malaysia and Macau Government Tourist Office (MGTO) kena pilih aku sebagai pemenang?

1- Sebab aku memang nakkkkkkk sgt travel to Macau especially after know a lot of interesting things about Macau. Serious, rasa macam teringat ingat jer hari2. 

2- Sebab aku nak kongsi pengalaman indah aku bercuti kat Macau dengan korang semua.

3- Sebab aku akan manfaat kan setiap saat aku dekat sana untuk lebih mengenali Macau.


#MYMacau
#Nuffnang

Bismillah.

Thursday, October 9, 2014

WhoHaa bagi barang free?

Assalamualaikum.

Hah!
Korang nak barang free tak?
Haruslah nak kan.

Korang pernah tak g pasaraya, selalunya during weekend kan, kat bahagian makanan, bahagia nya lahaiii bila promoter tu semua bagi kita try air tu la air ni la mi segera perisa tu la mi segera perisa ni la
hahahaha aku betul2 suka part ni. Dulu mak aku meniaga kat salah satu pasaraya dekat wangsa maju tau. And bila weekend je, mesti adik aku ngn aku g masuk dlm tu and cri makanan. Siyes boleh kenyang wehh.

Itu salah satu contoh org bagi barang free. Contoh lain pulak hmmm pasaraya jgk lah. Dia suruh kita buat member card dgn dia, pastu bila kita beli brg kat dia, kita kumpul points kan, pastu nanti points dah banyak, boleh redeem cash or prizes.

Macam tu jugaklah dengan WhoHaa ni.
Aku rasa benda ni takde lah baru sgt. Tapi rasanya tak ramai yg tau pasal ni.

WhoHaa ni, kerja dia bg kita points je. Lepastu kau redeem la sendiri brg apa kau nak. Best woi takyah keluar duit ke apa tau2 dpt hadiah. Mesti mcm pelik kan ei tipu tipu. Tak tipu. Sungguh. Dia memang tak jana duit daripada kita. Dia jana duit dripada advertisement yg org letak kat page dia. Org2 tu yg bg dia duit and org2 tu jgk lah yg bg kita free points and free gitfs ni.

So dah ready nak dapat points and barang free? Jom aku ajar satu2 ok.

First of all, click link bawah ni.

WhoHaa Registration

And isi la form tu ikut apa yg dia nak semua ok.
Nanti bila dah siap isi semua, korang login la pakai id and pw korang tu.
Akan keluar la website dia.
So, macam mana nak collect points kan.

click dekat earn points tu.


ini adalah contoh2 advertisement yg ada. hah mcm aku ckp td la, advertisement ni yg bg kita points and brg2 untuk di redeem tu. kau click je dekat semua ads yg ada. Lg banyak ads, lagi banyak points. Suka ke, tak suka ke, click jgk. Sbb points yg korang collect tu nti korang nak guna utk redeem brg.

Bila korang click dekat ads tu, korang akan kena jawab few questions. 2 je sebenarnya. kadang tu dia tny 1 soalan je. lg satu soalan dia suruh kau click link g website dia. hah kau click je. and mcm aku ckp td kan ads ni bg kita point tp x mintak duit kita knp, sbb kalau ada 10 orang yg bukak website dia, mungkin akan ada 1 org yg tersangkut and beli brg dri dia kan? Hah camtu la dia buat duit.


Now cara nak redeem points lak. Kau click redeem buy mcm anak panah aku tunjuk tu.

and akan keluar lah apa benda yg korang boleh redeem dgn brp banyak points yg dia nak dri kau. Ini 3 daripadanya tau. Ada banyak lagi. Rajin2 collect points, dpt lah hadiah banyak sikit kenzz.


Ini contoh. Ini aku punya points. Yes aku pun baru je berkecimpung dalam bidang ni. And dh org bg aku rezeki, aku pun share2 la dgn korang semua.

So korang tunggu apa lagi?
Lets collect points and redeem hadiah free.

Tuesday, August 26, 2014

Panduan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (untuk wanita sahaja)

Assalamualaikum.

Wahhh gituwww. Racist sangat tajuk entry. Bhaahahahaha.

Tak. Bukan laki x leh baca. Boleh.
Tp kan kaum wanita ni (padahal aku je, tak pasal2 semua wanita2 di luar sana kena) kurang tahu dalam bab2 kenderaan ni.
No seriously, I know nothing about all this.
Tapi kalau ada kaum adam yang saing2 weols kaum hawa ni, yang kurang mengambil tahu bab2 ni, boleh la baca dan study dan kaji kbai

Ok.
Bila korang nak beli kenderaan second hand (rasanya second hand jela yang kena buat benda ni sendiri, kalau kereta baru, kedai yang akan buat everything) dari owner kereta tu sendiri. Maksudnya beli dengan tuan kereta terus, bukan beli dri kedai used car.

Sebab kalau beli dekat kedai, mostly kedai yang akan buat.
Ahhh tak kira la kau beli kat mana pun, janji kalau kau kena buat pertukaran hak milik kenderaan tu sendirian berhad, please be my guest to read.

First of all, 
Kau kena pergi Puspakom.
Buat pemeriksaan pertukaran hak milik.

Puspakom Malaysia

Ada beberapa jenis inspection yang boleh dilakukan kat situ.
Tapi harini nak bagitau pasal
Transfer of Ownership Inspection / Pemeriksaan Tukar Milik
Sebab inspection lain kita tak tau :(

I don't really know how it went.
Sbb mak yang pergi buat hahahahaha iols call and buat appointment je.
Yes. Kau kena call and buat appointment. Ada banyak cawangan puspakom kat serata Malaysia ni. Just call at least 2 days earlier. Sbb kalau kau call harini nak buat booking utk besok, selalu nya dah penuh. Call awal la supaya kau dapat hari and waktu yang kau betul2 free kan.
 Rasanya process dia tak memakan masa yang lama. Sekejap je. Dia akan amik kereta kau and bawak pergi check. Apa yg dia check?

1) Pengesahan Identiti Kenderaan
2) Pemeriksaan Bahagian Atas Kenderaan
3) Pemeriksaan Bahagian Bawah Kenderaan
4) Cermin Gelap

Senang je kan. Tapi kalau susah pun takpe, sbb bukan kau sendiri yang nak kena check.

Document yang diperlukan,
Geran asal kenderaan dan booking number.

Masa kau call untuk buat booking, dia akan mintak nama, no ic and no plat kereta. Nama and no ic x semestinya owner punya. Bagi nama and no ic pembawa pun boleh. Maknanya org yg pergi check tu la kan.

Harga? RM30

Nanti dah settle lulus pemeriksaan semua, dia akan bagi slip yang akan di attach kan dengan kau punya geran kereta. Slip tu tahan untuk sebulan. So maknanya, within one month, kau kena tukar nama kereta atau burn RM30 tu and kena buat pemeriksaan baru.

PAHAM?!!!!

k

Settle puspakom.

Next,

Tukar nama di JPJ.

Kalau korang search / google pasal pertukaran hak milik ni, rata2 akan copy paste dri JPJ punya website or copy paste dri blog lain yang pernah buat entry pasal pertukaran hak milik ni.

Hah hari iols perah otak sendiri nak bagi uols information.

Apa yang ada dekat website JPJ tu salah!
Amboii, confinement sgt. LOL confident la.

Bukan salah apa.
Sekarang ni, kalau nak tukar nama, OWNER LAMA & OWNER BARU mestilah sama2 pergi JPJ ni. Takleh dah pakai borang cop cop sumpah segala bagai ni.
How I know? Iols baru je lepas buat urus niaga ni last week so trust me k sayang? ehhh hahaha

Aku lupa nak snap picture, tp memang takleh guna dah. And informasi ni takde dekat website JPJ. Maybe diorang belum sempat update lagi kot. Dia kena cop jari. Sistem biometrik ke apa benda tah yang kena cop2 jari tu lah. Sbb taknak ada penipuan berlaku.

Ok what u have to do is.
Takyah buat appointment pun.
Just pergi mana2 JPJ yang terdekat.

Bahan2 yang diperlukan
1) Owner lama
2) Ic owner lama
3) Owner baru
4) Ic owner baru
5) Geran original
6) Slip pemeriksaan puspakom(yang masih valid)
7) Borang penyata pertukaran milikan kenderaan motor secara sukarela oleh pemunya berdaftar (JPJ K3)
8) Borang senarai semak permohonan pertukaran milikan kenderaan motor secara sukarela (TM - 1)
9) Duit RM100

Amik no, sampai kaunter, bagi je semua bahan2 kat atas dekat petugas di kaunter. Nti dia akan taip taip taip pastu print pastu taip pastu suh kita cop jari pebenda semua semua pastu dia print resit and dia bagi geran dgn nama owner baru on it.

SIAP!!

Aku punya pengalaman hrtu, aku g hari sabtu. Kengkonon nak g JPJ dekat wangsa maju. Sampai2, tutup. Pak guard tu suh g dekat UTC sentul. UTC ni ialah Urban Transformation Centre atau nama lain, pusat transformasi bandar.

So dekat bangunan UTC ni, ada macam2. Imegeresen ada, pendaftaran ada, pos ofis ada, jpj ada. Boleh dikatakan lengkap la tempat ni utk urusan2 rasmi ni.
Tapi mini jela. Mini atau erti kata lain, x semua urusan boleh dibuat kat sini.

Tp Alhamdulillah, urusan pertukaran nama ni boleh dibuat dekat mini jpj ni.

Mini JPJ UTC Sentul operation hours:

8.30am - 9.30am
close 1pm - 2pm
close 7pm - 8pm
close during Public Holiday

Rasanya itu je kot yang perlu di kongsi. Please, kalau ada apa2 yang tak faham, sila lah tanya k.

Kbai

Tuesday, August 12, 2014

Depressing


My final result. How scary :(