Tuesday, December 23, 2014

Banjir di Pantai Timur

Assalamualaikum.

Allahuakbar. Dugaan. Kalau korang tengok di facebook, atau berita. Sekarang ni banjir besar melanda negeri Pantai Timur. Paling teruk is Kelantan and second Terengganu.

Fyi, my dad orang Kelantan. Ya Allah, sedih bila mengenangkan keluarga aku yang lain dekat sana. Aku tengok, baca status dekat facebook yg diorang dok update. Teruk betul keadaan. Syukur Alhamdulillah sangat nenek aku ada di KL. Baru balik dari menunaikan umrah. Kalau nenek ada kat kampung, entah larat ke tidak dia nak ke sana ke sini. Pak cik and mak cik aku pun dah tak larat. Abg saudara aku inform yg diorang dah few days takleh tido. Dok risau air naik cepat sangat. Within 24 hours, habis rumah tenggelam.








Antara gambar2 kejadian di sekitar Kg aku di Kuala Krai, Kelantan. Gambar2 ni semua mostly cousin aku yang send. Jadik bukan kejadian tipu. Yang last sekali tu kejadian di Limau Kasturi, juga di Kelantan,


Ini pulak merupakan alternatif jalan darat terakhir menuju ke Kelantan. Jalan dari Grik. Sekarang ni hanya ada jalan udara which is heli and kapal terbang je. 

Sebak rasa bila mengenangkan. Aku mintak sangat semua tolong doakan. Bukan doakan keluarga kita saja. Doakan semua rakyat yang terkena musibah banjir ni selamat. And semoga diorang semua tabah and sabar. Semua musibah ni pasti ada hikmah. Salah satu nya ialah supaya kita sentiasa beringat dengan Allah SWT and tidak leka.

Monday, December 22, 2014

Mixed Feelings

Assalamualaikum.

Depressed, stress, overwhelmed, serabut, happy, nervous, confuse. Semua perasaan ada tau. Now I know how it actually felt bila org kata mixed feeling. Memang mixed sangat k. I am trying to keep myself as calm as possible. Tapi boss pun tegur cakap why muka u nampak so stress? I've never get such compliment (compliment lah sangat!)

Well there is a lot going on these few days. Ending of 2014. Entering 2015. Tanggungjawab yang besar is waiting for me next year. Ada news nak bagitau dekat semua orang. Amboii macam lah ada orang baca blog dia T___T

Anyhow I'll be sharing it soon. Ada few entry dah draft pun. Tapi tunggu la masa yang sesuai baru aku publish eh.

Ok tu je.
Bye

Wednesday, December 17, 2014

Bungee Jumping

Assalamualaikum.

Haritu aku baca blog Kak Pilla, Pak Radie buat bungee jump. Siap ada video tau!! Itu yg buat aku rasa lagi tambah2 excited nak buat menatang ni. So aku pun dengan semangat nya cari tempat2 untuk buat bungee jump ni. Siapa2 yg memang teringin nak buat bungee jump ni cam aku, jom aku bgtau korang katner je ade benda ni. Tapi untuk pengetahuan korang, harga dia agak cekik darah sikit tau. Tapi kan once in a lifetime experience, so takpe berhabis lebih sikit.


MALAYSIA 

1. Sunway Lagoon
Nearest dengan aku. Tapi kalau korang duduk Sabah Sarawak, jauh ler sikit hehe. Location? Exactly dalam sunway lagoon. Jadi maknanya, kau kena masuk dulu dalam sunway lagoon tu. And price is diff eh.

Sunway  Lagoon entrance fee:

with mykad: RM90 (adults)
without mykad: RM120 (adults)

+ (plus)


Bungee Jump (only) fee:

with mykad: RM75
normal: RM130

or


Combo (bungee jump + g force) fee:

with mykad: RM95
normal: RM150

Understand or not? So total kalau kau amik yg combo is RM90 + RM95 = RM185. Harga ni untuk 1 (one) jump, tp lepastu korang boleh la bermandi manda dalam sunway lagoon tu. Actually untuk harga sunway lagoon tu aku x sure if ada special price if kau nak masuk certain2 park sahaja or harga dia memang fix. Boleh refer more dekat website dia k.


THAILAND

1. Pattaya

Pattaya Bungee Jump


*60 metre high bungy jump

*open daily 0900 - 1800
*free return transfer from accommodation

Please note, these exclusive internet prices are ONLY available from us directly by booking in advance either on-line or via phone (038 301 209) SMS 0879094611. They are not available on ANY other websites or agents.

Bungy Jump

  • Jump
  • Photo DVD with Video
  • Certificate of Courage
  • Hotel Transport
  • Insurance
  • 2,200 Baht

Human Slingshot

  • 1 Launch
  • Hotel Transport
  • Insurance
  • 1,200 Baht

Amazing Discount Package

Only available for bookings taken via our hotline 038 301 209.
  • 1st jump
  • Certificate of Courage
  • Insurance
  • Bungy or Slingshot Photo CD
  • Bungy or Slingshot GoPro Helmet Cam
  • Human Slingshot
  • 3.900 Baht

Add on options, book when you arrive:

  • Crazy Ball – 500 Baht
  • Human Slingshot - 1,200
  • Photo CD – 300 Baht
  • GoPro Helmet Cam – 500 Baht
  • 2nd Jump – 1,000 Baht
  • 3rd Jump - 800 Baht
  • T-Shirt - 300/350 Baht
  • 4th Jump FREE

Hah nampak apa yg paling meranik? 4th Jump FREEEEEEE!!!! Hahahaha mampu ker uols nak lompat sampai 4 kali. mati la nakkk


Package price : 2000 baht
-40 Digital Photos on CD
-Jungle Bungy Jump T-Shirt
-Certificate of Courage
-Insurance

*click gambar untuk besar

Anyhow. Dekat sini bukan setakat ada bungy jump je ok. memacam lagi aktiviti lasak yg korang leh buat. Tapi haruslah aku nak bgtau pasal bungee jump je so harga untuk aktiviti yg lelain tu, check on their website k.

3. Phuket

Aku tak sure Kak Pilla and Pak Radie g bungee jump yg mana, tp diorang kata, ada 2 bungee jump dekat Phuket ni. So this is one of it.

Skilled Professional operate all our different types of Bungy:
  • Bungy Jump
  • Tandem Bungy
  • Catapult Bungy
  • Backwards Bungy
  • Water Touch Bungy
Antara bungy2 yg disediakan. Apa beza memasing? hahaaha google sendirik yer.

Jump Costs (Per Person):
Price - BahtPrice Includes
A2,100Shirt, Certificate.
B2,500Shirt, 25+ Digital Photos, Certificate.
C2,600Shirt, DVD Movie, Certificate.
D3,000Shirt, DVD Movie, 25+ Digital Photos, Certificate and a FREE Second Jump!

Ok dah lah tu 4 tempat untuk bungy jump. Aku memang teringin nak buat. And aku rasa as a beginner, elok la diriku lompat di Sunway Lagoon dlu, lepastu baru pegi tempat bungy jump yg taraf International ni.

Goodluck to myself.

Tuesday, December 9, 2014

Throwback Krabi

Assalamualaikum.

Hah nak dekat setahun pergi Krabi, harini baru nak masuk gambar. Kau dah kenapa kan! Tak kisah lah. Jom layan.

Let me brief a little bit.

Well our flight depart at 7am kot roughly lah exact time memang x ingat. Flight around 2 hours. Krabi cepat sejam dri Malaysia. So sampai lebih kurang 10am waktu Thailand.

Kami naik bas je. Senang je k nak cari. Keluar je dri Imegresen, turun escalator, korang g belah kanan. Ada banyak je orang niaga2 teksi la bas la. Cakap je nak bas pergi Aonang beach. 150bhat seorang. Nti kat bas, bgtau dia nama hotel yg korang akan stay, and dia akan hantar depan hotel tu. Jangan risau, bas dia selesa k. Ada aircond and tak payah tunggu lama pun. Sebab diorang memang dh tau pukul berapa flight akan landing, so bas memang dah sedia ada.

Harvest house. Hotel yg cukup best. Ada balcony, ada bath tub and murah. Tapi jauh sikit kalau nak berjalan ke pantai. Dalam 1km macamtu. Disarankan untuk bargain je island hopping package dekat hotel ni. Dapat harga sama jugak. InsyaAllah murah sbb kita kan guest dia. Nti mesti lagi baik dia layan kita. Tapi aku amik dekat luar. Lepastu bila bgtau kat org yg keje hotel ni, dia tarik muka dgn aku. Haahahah merajuk letteww x amik dekat dia. Sowwy

My first pit stop. Aku memang aim nak pergi jugak sini tapi aku tak amik package pun. Kitorang sewa motor and merempit ke sana. Ada lah dalam 2 jam. Guna waze tapi telepon takde internet. Boleh bayangkan tak T____T

Yahoooo! Tempat yang aku nak sangat2 pergi. For me, its a miracle. Sumpah cantik gila k kaler dia biru yang sangat2 menyenangkan. Tenang je kat situ. Tapi jauh sikit la dari emerald pool. Tempat yang sama, cuma akan jumpa emerald pool dulu, lepastu kena daki lagi around 15 minutes untuk sampai blue pool. Worth it!

Dilarang mandi yer. Sebab takut nti badan jadik biru. K tipu. Xtau kenapa xleh mandi.

Goodbye Emerald Pool. Nampak tepi belah kiri, ada budak2 mandi dalam air kaler jernih semacam tu, yes itu anak sungai dari Emerald pool. Emerald pool kat atas lagi. Ini dekat entrance. End of day 1. Balik bilik terus tidoq nantuk oii.

Tomyam yang homakaihh sedap gila!

Ini pun sedap tskk tskk lapo. Our first dinner dekat Chaba Thai Restaurant. Agak jauh dari hotel. Sebab first day kitorang dah sewa motor, so ke kedai ni naik motor je. Masa mula2 sampai tu aku memang dah nampak restaurant ni. Dekat tepi jalan je. Memang dok mencari mana Chaba  Thai ni sebab ramai jugak blogger makan dekat sini. Halal InsyaAllah.

Day 2, kitorang amik package ke Phi Phi Island. Macam famous je. But agak mengecewakan. Aku memang dah totally forget la segala pulau yg kitorang g. Tapi aku igt boat aku ni bagi free flow of mineral water je. Ada travel agency tu bagi free flow coke. Huwaaaa sedih! Ini our lunch at Phi Phi Don. Terlalu ramai manusia dan terlalu ramai boat di tepian pantai.


Tak ingat kat mana. Maya bay kot. Kena jalan sikit nak sampai sini. Aku ni dah nama pun g tempat orang, laju je aku berjalan ke sana sini tak kira penat dah.

Viking cave. Amazing water.

Lupa kat mana. Tapi jernih oii air.

Itu longtail boat. Aku naik speed boat. Sbb g Phi Phi Island mmg kena naik speedboat. Jauh.

Ini day 3. Aku amik longtail boat to 4 island. Mula2 plan nak amik Hong Island, tp org tu ckp Hong Island ni banyak jenjalan pulau sambil tengok beautiful scenery je. Iols is nak snorkeling puas2. Itu yg end up 4 island jugekk.

beauty.

Speedboat. Kan aku cakap aku beli package naik longtail boat. Murah je. Harga leh refer sini. Tapi rezeki kitorang agaknya, dapat naik speedboat. Tapi sedih sikit la. Sbb x merasa naik longtail.

Ini longtail boat. Antikk giler. Masa ni tak ingat katner lah. Tapi ada gua kat situ. Masalah nya area gua tu tutup sebab apa tah. Sedikit kiciwa

Tup Island. Sebelah tu island apa tah leh jalan jer cross lautan dalam k tipu laut x dalam sbbtu leh cross. Jauh gak la dalam 1km tp best. G pulau sebelah pastu balik tup island balik


chicken island. Makan tengahhari semua memang dah include dalam package. untuk package day 3, makan kat tepi pantai. macam piknik je. Macam day 2 memang ada buffet area. Day 3, sempat tengok Amazing raza Australia. Terkinja kinja aku seronok tengok diorang beriya berlari hahaha

Tuk tuk. Day 3 malam tu baru naik. pergi sampai pancake Yaminlah lepastu jalan all the way balik hotel. Memang plan nak shopping so jauh berjalan pun xper.

Dinner day 3. Fareeda Restaurant. Tak galakkan pergi. Tapi kalau dah desperate xde kedai Halal lain, bedal jelah.

Dinner day 3 jugak. Mahal tp tak sedap.

Map Krabi kot entah. Ni jenjalan masa pagi day 4 before balik. Sebab flight kul 2, so pagi tu sempat jenjalan. Kul 11 baru bas amik pegi airport. 

Ok done.
Bye

Tahun Baru

Assalamualaikum.

Amboii gaya macam besok je nak tahun baru kan. Padahal ada la lagi 20 hari baru nak masuk 2015. Alhamdulillah. Dah 2015 pun. Eh belum lagi lah!

Sebenarnya takda apa pun nak diceritakan.

Tahun 2014 ni, macam2 benda jadi. Macam2 sangat sampai aku rasa 2014 betul2 dah mematangkan aku. Serious. Benda2 yg jadi semua banyak bagi pengajaran dekat aku.

Macam contoh, first time in my life, travel ke luar negara without my family members. Pergi dengan kawan2 je. Jauh pulak tu. And yes, it thought me how to be independence. Dah la memasing semua tak pernah pergi. Sampai sana, cari transport sendiri, cari jalan sendiri nak ke satu satu tempat. Communicate with local people and tourist lain. Such an amazing experience.

Tahun 2014 jugak menyaksikan aku duduk rumah selama almost 4 months. Langsung x bekerja. Memang aku saja xnak cari kerja masa tu. I've been working since habis spm, lepastu stop kejap sambung diploma, and habis diploma terus kerja. Guess I just need a break. Aku berenti kerja sebab taknak serabut, turn out, duduk dekat rumah tanpa pendapatan yang tetap, LAGI TAMBAH SERABUT. Last2 aku end up kerja jgk.

Tahun 2014 jugak lah, tahun di mana aku terpaksa tolak kerja idaman aku dari sekolah rendah atas sebab2 tertentu. Biar aku jela yg tahu sebab dia. Aku dioffer untuk bekerja dengan gaji almost RM8k sebulan, tp macam aku ckp td, I have to reject due to personal reason. Menyesal? Langsung tak. Aku happy sekarang. Happy dengan keputusan yg aku buat.

Macam2 lagi yg jadi tahun 2014 ni. Tapi Alhamdulillah, I managed to get through it without major turn down on myself. Oh btw, aku terkena symptom depressed jgk k for a while. Stress nya la hai tahun 2014 ni, Allah je yg tahu. Tapi aku tau, dia bagi aku dugaan yang super banyak ni supaya aku sentiasa beringat.

Untuk tahun 2015, aku x mengharapkan apa2. Aku cuma mintak Allah tabahkan hati aku. Semoga aku kuat nak tempuh hari2 yang mendatang. Semoga aku kuat nak tempuh tahun baru, dugaan baru, and InsyaAllah, pengalaman baru.

Apa pun yang akan jadi tahun 2015 nti, I know I'll get through it.
Goodluck korang.

Oh. azam tahun baru?
Nak lebih dekat dgn Allah.

Thursday, November 20, 2014

Hotel room booking

Assalamualaikum.

Helloooo.
Tak habis lagi pasal room booking.
Seronok rasa google and mencari hotel2 yang berkenan di hati. Kalau nak ikutkan, payah tau. Sbb hotel2 ni amik gmba dri angle yg cantik jer. Kadang tu gambar kemain  convincing japg bila sampai, indah khabar dari rupa. Siapa yg pernah menghadap situation camni? Aku la tu -___-

Ok. So today, aku nak ajar korang sedikit sebanyak cari nak book bilik. Bukan apa. Ada setengah org yang tak tau ada beribu ribu lagi website lain untuk book bilik selain Agoda and Booking.com. Yes! Ada banyak lagi and most of us tak tau kan. InsyaAllah website2 ni boleh dipercayai. Sebab apa? Sebab dulu iols is kerja hotel bahagian reception so aku tau la hehe

Bahagian paling penting bila kau nak book bilik hotel is,
kau kena la tau kau nak duduk kat hotel mana. Kalau kau x tau nama sekali pun, kau kena ada satu bayangan dalam kepala kau tu kau nak bilik yg macam mana?

1- Jenis katil?
2- Kemudahan?
3- Harga?
4- Size toilet?
5- Include or exclude breakfast?

Ini antara contoh2 lah. So senang. Kalau dah macam blurrrrr jugak still x tau nak dudukk hotel mana, kau google je "hotel murah di Krabi" hahahaha paling senang! travelling blogger ni selalu nya memang akan bagi korang few hotels yg memang murah and memuaskan hati. Tapi, murah untuk aku x semestinya murah untuk kau. korang kena ingat tu. kalau tajuk entry dia hotel murah di krabi, tp bilik yg dia amik satu malam harga 300++, mungkin bagi dia murah, tp bagi aku, tercekik mak. So pandai2 lah k. Kita kan baru nak mula mencari, teruskan mencari kalau x sesuai.


So bila dah jumpa nama SATU hotel (satu pun jadi lah dari takde), terus kau boleh bukak booking.com. knp booking.com? Sbb aku memang lg prefer booking.com rather than Agoda. and macam aku ckp mula2, ini antara website yg kita familiar kan. Kita mulakan dengan apa yg kita biasa dlu ok.


click la booking.com tu.
ok now, mcm aku ckp td, jumpa nama 1 hotel pun dah cukup dri takde kan. sebab nyaaaa



hah nampak? website ni sendiri dah tolong bagi kau pilihan lain yg kawasan hampir sama dengan pilihan kau yg 1 td tu. maka bermula lah kau punya pencarian hotel tu kan.


yg aku bulatkan warna merah kat tepi and kat atas tu is filter bar. Kau boleh la pilih nak dri harga berapa star rating nak dri 0 star sampai la ke 5 star semua ada k situ.

trick yg aku nak cerita bermula di sini.
amboii kemain panjang entry, sini baru nak cerita trick -____-

Bila kau dh dapat harga bilik yg kau suka tu, jgn terus booking pulak yer. take note berapa harga bilik tu. Selalu nya, harga bilik dekat website2 ni lagi murah dri website hotel tu sendiri. Sebab nya booking.com and agoda ni memang dh dpt special rate dri hotel. So terpulang kat dia nak jual berapa pun. Tapi bilik dia memang terhad. Kadang tu ada 5 bilik je. 

Now, korang bukak pulak website lain selain dri Booking.com. Nak senang, agoda jela kan. Bukak agoda, and cri hotel yg sama. Now, compare kan harga. Perlu di ingat kan, harga dekat booking.com is total stay which is kalau kau amik 5 malam, harga dia bg tu mmg dh 5 malam. And include taxes. Tapi dekat agoda pulak harga bilik yg dia pamerkan tu is daily rate and exclude taxes. 

Contoh untuk 2 malam.
Agoda: RM84.00
(daily rate and exclude taxes)
Booking.com: RM182
(total stay and include taxes)

Hah korang jangan ingat eh agoda lg murah. kena kira dlu include taxes k. 
paham ke tidak?

Ok next is, walaupun!
walaupun booking.com lagi murah lepas korang banding kan dua harga tu, jgn main terus book k. 
Next is, bukak trip advisor.

Hah, mesti ckp apela susah2. Kenapa tak bukak trip advisor terus awal2?
Kan macam aku ckp, kita bukak website yg kita paling biasa and paling senang untuk kita. Trip advisor ni bagi aku leceh sikit in terms of nak cri nama hotel tu semua. Apa yg bagus pasal trip advisor ni ialah, dia akan bg option few website selain dri agoda and booking.com and dia akan terus letak harga kat situ. Korang just click nti lepastu dia akan terus sambungkan korang kat website yg sepatutnya.

Yes macam trivago yg dekat tv tu iklan dia. Tapi aku tengok trivago ni lagi susah dri trip advisor.

And lg satu pesanan penaja,
semua website yg kau bukak tu, jangan lupa baca guest comments k. Wajib. Baca semua website yg kau pergi tu. Sbb kadang tu dekat booking.com semua bebaik je komen sekali dekat agoda puihh terok bebenor. Jangan dah bayar bru korang nak survey. Menyesal nanti.


Contoh searching through trip advisor. 
Tapi, macam aku ckp td, compare dlu semuaaaa website. Kalau dah kau malas sgt, cri kat trip advisor ni. Kalau kau ada banyak masa terluang, rajin2 bukak website ni semua sbb memang selalu ada promotion.

Sekian entry yg super panjang.
Bye

Wednesday, November 19, 2014

Hotel Murah di Krabi

Assalamualaikum.

Dah kenapa kan takde angin takde ribut tiba2 makcik ni update entry hotel murah di krabi. Krabi pulak tu. Nak kata baru balik, memang la tidak kan.

Aku sebenarnya dah kemaruk sangat nak g bercuti ni. Masalahnya, memang takde masa plus sumber kewangan yg sangat terhad. Tapi aku dok sibuk la hari2  study pasal aku punya becoming holiday which is next year which is 6 month plus more.

So timbullah idea entry ni. Pasal aku kan tak pernah hupdate bagitau kat semua org aku duduk kat hotel mana and harga berapa semua. So, marilah kita.

Harvest House
Address : 420/18-19 Moo 2 , Ao Nang , Muang , Krabi , Thailand 81000
Tel.: + 66 7569 5256 , +668 9724 6785
Fax.: + 66 7569-5257
Website : www.harvesthousekrabi.com
E-mail : harvest.house@hotmail.com

Scary kan uols nama hotel dia. Hah kalau kau nak g hanimun, memang elok la duduk hotel ni. Menuai baby lol k gurau gurau

Room Rates (through website dia terus)

Double bed / twin bed
High season 1 Nov - 15 Dec: 1,500Bt
Peak season 16 Dec - 15 Jan: 2,200Bt
High season 17 Jan - 30 April: 1,500Bt
Low season 1 May - 31 Oct: 900Bt

Ini room rates kalau kau book through dia punya website. Aku ni kan gigih. Actually, kejadian booking hotel sepanjang 3 bulan sebelum aku pergi krabi ni sangat la tragis. Aku dah book macam2 hotel. Boleh dikatakan hampir setiap hari aku online, aku akan cri hotel yg lgi murah and lgi best. Baca blog org tu hotel dia ada bath tub, aku pun nak bath tub. Baca bilik org tu ada balcony, aku pun nak balcony! Baca bilik org tu dekat dengan pantai, aku pun nak dekat dengan pantai. In the end, melepas semua.

Macam ni cerita dia, aku dah book hotel A. Of course la no deposit and free cancellation. So selamat la kan. Kalau cancel pun xpe, x cancel pun xpe. Lepastu aku jumpa hotel B, aku book jugak hotel B. Tamak punya pasal. Lepastu dateline untuk hotel A dh nak habis. Kalau kau tak book before certain date, nti kau kena bayar. Aku pun terus lah cancel hotel A. Adoiiiii. Melepas hotel A. Lepastu hotel B punya dateline pun nak habis dah. Aku cancel jugak hotel B. Last2 aku xde hotel. Hhahahahahaha. Masa ni mmg kelam kabut gila. Dah pulak tu aku pergi during high season. Haruslah hotel semua banyak yg penuh. Berpeluh jugak la aku pk. Tapi aku tak putus asa. Aku gigih mencari. Sampai aku jumpa la Harvest House ni.


Aku jumpa Harvest House ni dekat website Sawadee. Hahahaha website Thailand hoii. Jangan memain. Berani kan aku. Beli tiket dekat website yg x pernah dengar. Sebab kalau x salah aku, dekat booking.com and agoda dah penuh hotel ni. And lagi best bila aku book hotel ni, aku xde pun demand nak balcony ke bath tub ke pantai ke. Semua tu dah x penting. Janji ada bilik, aku dah bersyukur.

Tapi what shock me most is.
Alhamdulillah, aku dapat bilik harga murah. Plus ada bath tub and ada balcony!!! Yahooooo. Masa sampai tu haruslah melonjak keriangan. Siyes x sangka. Sbb mostly hotel dekat krabi ni kalau nak yg ada bath tub mesti mahal. Larikk bajet ku. Tiba2 aku dpt hotel ni, siap ada bath tub. Seronok lah saya kan..






Gambar ni semua belas ihsan encik google hahaha. Sorry yer. Sbb gambar aku semua kat rumah adoii xsempat nak upload. Tapi room rate yg aku dpt tu, without breakfast yer. Breakfast dia, dia serve k. Bukan buffet. So payah la sikit kita Muslim nak makan. Entah halal entah tidak. So aku prefer tak amik including breakfast.

And good thing about this hotel is, semua ada. Kau nak buat apa aktiviti pun lah, kau ckp je kat reception counter tu. Semua package dia ada. And masa first day aku sampai, aku sewa motor untuk ke Emerald Pool. Walaupun hampir semua travel agent dekat Krabi tu melarang kami naik motor ke Emerald Pool, Alhamdulillah kami selamat pergi balik. And sewa motor tu pun, aku suruh akak reception tu yg panggil kan.

Aku memang recommend sangat hotel ni untuk korang. Cuma nya, hotel ni agak jauh dari pantai. Tapi, kau ke sana kan nak berjalan2. And semua dekat area krabi tu walking distance. So takdenya kau sampai nak mati kena jalan semata nak g makan. Jarak dia dengan Aonang Beach ada la 1km kot hehehehe jauh ke? Bagi aku x jauh sbb kalau kau g snorkeling ke apa, tour agent akan pickup kat hotel. And kalau kau jenjalan memalam, sepanjang jalan tu kemain meriah kau xkan perasan pun kau dh jalan 1km.

ok
tu je
bye

Monday, November 17, 2014

Travel Blog?

Assalamualaikum.

Due to few errors, aku menghadapi sedikit masalah dengan blog ni. Adoyaiii. Sian dia. Btw, as I've told you guys earlier, aku suka travel. Aku join contest Dream Trip to Macau dengan harapan iols dapat melancong ke Macau. And!!!

Next year aku dah ada 2 tempat yang akan ku jejak kan kaki. Meriah kenzz. Alhamdulillah haritu airasia ada buat promotion. Aku dapat tiket return kedua dua tempat ni dengan harga RM250 untuk seorang. Kau bayangkan Rm250, return tiket, pergi 2 tempat pulak tu! Hoiii murah ok. Satu dalam negara satu luar negara. Tapi lambat lagi. So aku taknak cerita la pasal tempat2 yg aku nak g ni. Cuma nya buat masa sekarang, aku memang tengah survey2. Baca semua travel blog.

And next year jugak, InsyaAllah aku nak cuba pergi ke satu negara ni (dekat je so xyah naik flight pun xpe) hehehe utara ke selatan? Tungguuuuu

So memandangkan next year aku dah ada plan banyak untuk travel, aku harap this is a beginning untuk aku start berblog pasal travel sahaja.

Lagi meriah blog aku kalau aku dapat pegi Macau ni. Dah la free.

Ok bye

Tuesday, November 11, 2014

Dream Trip to Macau

Assalamualaikum.

An experience of a lifetime - all - expenses paid trip to Macau

*terkinja keriangan

Macau. Hah! Katner korang Macau ni? Macau ni dekat China ok. Macau or "Macao" ni salah satu tourist attraction yg menarik hati ku. Aku suka travel. Sukaaaaaaaa gila. And Macau ni memang salah satu dari tempat yang aku nak pergi.

Since Nuffnang Malaysia and Macau Government Tourist Office (MGTO) organize satu contest yang bagi aku sangat WOW ni, and hadiah nya is "All expenses paid trip to Macau", haruslah iols is excited nak menang contest ni & tak sabar rasanya nak merasai sendiri pengalaman bercuti kat Macau ni.

Special thanks to NUFFNANG MALAYSIA and MACAU GOVERNMENT TOURIST OFFICE (MGTO) sebab organize this contest and bagi kami peluang as a blogger untuk melancong ke negara orang and peluang once in a lifetime untuk merasai budaya and keistimewaan Macau. I am super excited nak bawak korang mengenali Macau and aku nak bagitau korang, apa yang best nya pasal Macau ni.

So, let's us.

"THREE MOST AMAZING THINGS" about Macau yang buat aku rasa macam I want to fly there NOW!!!

1) Bungy Jump @ Macau Tower

Ya Allah, rasa macam menggigil satu badan bila tengok.




"The AJ Hackett Macau Tower Bungy Jump is 233m / 764ft high, making this jump a Guinness World Record for the Highest Commercial Bungy Jump in the world." 

visit here for more info.

Gila kau HIGHEST COMMERCIAL BUNGY JUMP IN THE WORLD! Haruslah aku yang memang dah lama teringin nak bungy jump ni excited.

Nak tau tak info yang lagi best! Ada bungy jump at night ok! means kau boleh bungy jump memalam. Ya Allah sumpah nak cuba!

hah kan dah ckp ada! tak tipu k.

Oh before I ended this, just so you all know, untuk yang kecut perut gayat nak buat bungy jump, ada aktiviti lain k kat Macau Tower ni. Bukan setakat naik pastu bungy jump pastu turun. No no no. Banyak lagiiii. Antaranya ialahh:

Sky Jump

Sky Jump ni apa? Hahahaha ok let me brief a little bit about Sky Jump. Kepada yang kurang berani (eceehhhh macam kau berani sangat!) nak try bungy jump, korang leh try sky jump. Sky jump ni lebih kurang je macam bungy jump. Beza dia is akan ada tali yang attached dekat badan korang. And tali tu akan bawak korang turun slow2. Takde la slow sangat. Lebih kurang 17 seconds. Tapi takde la laju macam bungy jump kan.


click dekat link atas tu nanti korang boleh tengok sendiri apa tu sky jump.

Tower climb

Tower climb ni, macam x harus di explain je? Kan? Basically tower climb ni kau panjat lah tower tu dari atas, sampai puncak. Which is awesome!!!! Sebab makin lama makin tinggi makin luas permandangan makin best aaaaaaaaa i want this tooo! 

Skywalk

Ini lagi satu aktiviti yang aku eksaiteddddd jugak nak try. Skywalk. Apetu skywalk? berjalan di sky kah? Takde lah sky sgt kan. Cuma korang boleh duduk rasa angin kat atas Macau Tower ni. Duduk ke diri ke jalan ke bawak moto ke macam abang kat atas tuh. Yesss! Kau taknak selfie dari top of Macau Tower?! Luar Macau Tower eh bukan dalam. Iols nak.

Untuk info lebih lanjut, boleh layari website AJ Hackett Macau Tower.

So melawat Macau Tower ialah satu kemestian untuk aku.

2) The House of Dancing Water

Satu lagi attraction yg wow sangat kat Macau, is the house of dancing water. Diarahkan oleh Mr Franco Dragone. Kos keseluruhan mencecah USD250 juta. Diorang start showing teater ni since September 2010 and since that, tak putus2 k orang datang tengok show ni. Memang menarik. Dia sebenarnya teater yang dipentaskan kat atas air. 


Set dekat atas yg korang tengok tu is part of the show. Set tu pulak akan bertukar bila cerita tu bertukar. Hahhhh tak caya kan.


Taraaaaa. Hah kan dah cakap. Bayangkan kapal tu keluar dari dalam air tu haihhhh memang tak dapat bayangkan perasaan tengok teater ni secara live. Confirm ternganga hehe

3) Macau World Heritage

Hah!!!!!! Ini lagii satu sebab kenapa aku nak pergi sangat Macau. Disenaraikan sebagai salah satu World Heritage Sites oleh UNESCO, haruslah aku lagi tambah teruja nak pergi. Ada banyak k bangunan bangunan lama yang masih cantik!!!!

Ruins of St Paul's

Cantik kan. Ini baru satu. Ada baaaaaaannnnnyyyyaaaakkkkk lagi k bangunan yang cantik yang akan blown you away!! 

Kenapa Nuffnang Malaysia and Macau Government Tourist Office (MGTO) kena pilih aku sebagai pemenang?

1- Sebab aku memang nakkkkkkk sgt travel to Macau especially after know a lot of interesting things about Macau. Serious, rasa macam teringat ingat jer hari2. 

2- Sebab aku nak kongsi pengalaman indah aku bercuti kat Macau dengan korang semua.

3- Sebab aku akan manfaat kan setiap saat aku dekat sana untuk lebih mengenali Macau.


#MYMacau
#Nuffnang

Bismillah.