Friday, April 24, 2015

Wedding Preparation #10: Bridesmaid

Assalamualaikum

Few more days..... Eceh mcm lah few more days lg nk kawin. Padahal tak pun. Lama je lagi. Ok hrni nak cakap pasal bridesmaid punya baju.

Aku sebenarnya tak tahu lah kaler apa nak suruh bridesmaid2 iols ni pakai. Sebab nya semua kaler pun aku suka. Oh baju bridesmaid tidak di sponser ok kawan2 baik sy berbesar hati nak beli sendiri je baju memasing. Eceh padahal aku yang paksa hahaha sorry guys. Pengantin bajet kecik mmg cmni.

Anyhow, belum sempat lagi nak g beli. Well memang dorang bayau sendiri tapi mak hencik tetap nak ikut. Nak pantau baju apakah yg diorang nak beli. Haruslah ditapis oleh penantin kan. Nanti lg vogue dri iols acaner?
hot pink

peach pink

teal / turquoise

So far ini kaler yang aku berkenan untuk dorang pakai lah. Eh baju bridesmaid sayer takdelah hot cm gegambar nih kalau cmni mmg kalah penantin tau! 

Nanti kitorang akan pergi carik baju, and tengok lah mana yg cantik. Since aku pakai putih and MA pakai grey je, bridesmaid ku semua akan pakai tudung grey color. So kaler2 kat atas ni semua memang cantiks lah nak matching matching dgn tudung grey kan.

Sekarang ni masih tengah finalize siapakah yg akan jd bridesmaid ku. Sebab 2 of my bff mungkin takde during my wedding day sebab kerja. So kena kerah kwn lain supaya jadik bff dalam masa yang singkat. Hhahaha boleh gitu? Paksa org jd bff.

Korang rasa warna apa cantik? Or ada option lain?

p/s: wedding theme is purple and grey, tp bridesmaid takleh pakai purple sbb my family dh pakai purple. And family lelaki might be wearing blue. So yeah, option warna yg tinggal mmg tak banyak.

Ok nti dh beli baju bridesmaid, aku share ngn korang k.
Bye

Monday, April 20, 2015

Wedding Preparations #9: Wedding Card Part 2

Assalamualaikum

Aku betul2 menyampah buat kerja last minit tau. Selepas cerita pasal wedding card yg disaster tu, aku sebenarnya dah jumpa wedding card yg murah and berbaloi lah kot aku rasa. Kedai dia dekat je dengan rumah aku. Harga pun murah. RM0.30 je sekeping untuk seribu keping. Aku dah g bayar deposit two weeks ago. Which is 4.4.2015. 

Yang buat aku jadik marah is, masa bayar deposit, aku dh tny dia bila boleh siap? Dia kata oh ikut akak lah nak bila dua mgu pun boleh siap. Kau nampak tak dia punya angkuh jawap soalan aku. K tak budak tu takde lah angkuh tp dia punya janji tu yg angkuh.

And it turns out, sampai lah ke semalam. Baru lah dia nak hantar aku first design! Semalam dah lebih dua mgu tau! Itu pun dia anta sbb aku dok bising2 kat dia ckp aku nak card siap by 30.4 ni jgk. Sbb MA nk balik kg. So aku nk dia bwk balik terus lah kad tu. Taknak lah nti last minit bru nk bg. Kau xnk jemput org g kenduri ke apa kan.

Itu pun org tu siap perli aku lg dlm wasap. Aku mmg tak bg lagi map belah laki sbb masa g tempah tu pendrive aku hilang. Dia boleh perli aku ckp ok xpe lah sy bg je design dlu xde map laki. Yelah awk kan nak cepat sgt. 

Dia bg alasan kat aku dia busy bulan ni. I dont think that should be my problem kan? Ye la aku paham lah dia busy tp staff dia janji card boleh siap within 2 weeks kot. Dia pulak janji dgn aku design boleh siap within 1 week. Lgpun org tempah kad kawin, kau boleh tgk kot kat kad tu date majlis bila. Kalau lg sebulan majlis, takkan lg 2 minggu bru kau nk bg kad tu? Kita ni dpt kad, nk kena pergi edar kan kat org lg kn. 

Erm entahlah. Nak marah pun tak guna. Harap2 cepatlah siap kad aku tu.

**Preview of my wedding card. Well ada few yg aku tak puas hati tp so far ok kot. Yes mmg buat color putih grey and purple je. Suka simplicity.

Nanti aku share bila dh dpt kad eh.
Kbye

Friday, April 17, 2015

Wedding Preparation #8: Wedding shoes

Assalamualaikum

Hello bertemu lagi kita dalam segmen jom kahwin.

Aku pening weh bab kasut. Aku tinggi. MA pun tinggi cuma nya dia tak berapa tinggi dari aku. Hah paham tak. Kiranya tinggi MA dgn aku is sama. Aku pendek sikit jer. So kesimpulan nya aku takleh vogue da vasss nak pakai heels 5inch. Hanya mampo pakai heels 2inch top!

Kasut kawin, biasa nya mesti lah off white kan. Ataupun cream. Aku maybe akan beli color cream sbb bertandang nanti baju kaler light yellow so kalau putih mcm kureng sesuai.



Ye kasut kawin belum beli lagi. Takde masa nak keluar jalan cri kasut. Plus kena keluar dgn MA sbb nak tgk tinggi sesuai ke tidak. 

Iols is dalam dilemma nak kasut lace or diamond. Dua dua cantik!!!!!!! Hmmm any idea guys? I might go with lace. Tapi tengok la nanti cmner.

**I can totally see myself in this #fliphair

Ye tau tinggi. Ish nak berangan sikit takleh.
Bye

Pendrive yang hilang.

Assalamualaikum

Pendrive yang hilang haritu dah jumpa balik. Adoiii lega sungguh bila nampak muka dia. Pendrive aku ada muka hah scary tak.

Tersorok dekat dlm pencil box kat ofis je pun. Habis satu rumah aku carik, rupanya ada kat ofis.

So dah boleh mula sambung persiapan kahwin lah kekdahnya.

Stay tune ok.
Bye

Exercise: Part 2

Assalamualaikum

Ye ye je exercise part 2. Part 1 boleh baca kat sini

Well sejak dari hari aku tulis pasal exercise tu. Pagi ni bru ada keinginan nak buat 30 days squat challenges. Tapi sbb aku ni tamak, aku pun buat keputusan untuk buat 30 days abs challenges. Yes dalam masa yg sama, 2 exercise. Nak body meletops uols.



Day first, memang mampu. Mampos pun ada jgk lah. Tapi kau tgk day 30. Dia nak aku mati agaknya. So today my first time buat mende alah ni. Pepagi td after subuh, terus kengkonon exercise. Abs challenge, aku gagah lagi. Sampai dekat squat challenge, baru buat 6, kaki aku dah gigil. Bunyik jgn ckp lah. Berbunyik bunyik tulang aku. Tapi ku gagah kan diri ini. Kau bayangkan 50 squat. Ya Allah. seksa weh. bukan seksi k seksa!

Pastu aku pengsan jap hahaha baring lama gila sbb kaki gigil sampai takleh jalan serious tak tipu. Pastu aku siap2 nak g kerja. Lagi azab bila aku mmg bwk kete manual. Nak g kerja jalan memang jammed lah wehh! Aku nak tekan clutch sampai habis pun takleh tau tak. Aku doaaaaa je semoga jalan x jammed. Hampeh! Dh la lalu salah jalan. Mmg puihh la kan. Pastu dlm hati pk nasib baik aku keje opis duduk je kalau aku keje kena diri? Mmg tak la kan.

Kesimpulannya, bersusah susah dulu, bersenang senang kemudian. Jaga badan bukan apa, supaya kita sentiasa cergas, and bangga dengan diri kita. Tak payah tunjuk kat orang. X payah pakai ketat2. Kita buat untuk diri sendiri. Untuk suami. 

Semangat nak buat challenge day 2. Tapi dlm masa yg sama takut nebes gelisah semua ada.

P/S: Aku guna apps kat play store je. Rasanya apple pun ada. Siap tunjuk video lagi.

Goodluck korang.
Bye

Proses penjimatan

Assalamualaikum

Well since wedding aku suppose to be simple punya wedding, so mcm aku bgtau sebelum ni, kitorang mmg xde amik OP. OP aku ialah cousin aku and bff aku dri UiTM dlu jer. Sbb nyer diorang ni amik gmba pun lawa and murah :D cousin aku je aku hulur sikit duit. Bff aku tu aku hulur persahabatan je hahahaha thank you my brotha!

So dah aku takde amik OP, takde pakej pakej bagai, jadiknya aku kena lah beli sendiri photo book aka hardcover album. haruslah iols pun nak album mcm amik OP kan. Walaupun mcm awal sgt nak beli, tapi who care. Duit aku sukahati aku la kenz. 

Nak murah kan? Aku pun carik dekat groupon sajok.

Sebenarnya bukak groupon tu temanya nak cari photographer for pre wedding yg murah murah. Motif nak buat pre wedding sbb dapat banner free masa tempah kad kawin hrtu. 2 pulak tu. MA pulak nak letak gmba dekat banner tu. Kami ni mana lah ada gmba yg comey comey. Sbb dpt dua banner, so kitorang nak buat gambar asing2. Sorang satu banner. Supaya tak berebut tu banner kau ni banner aku hahahaha

Tp pre wedding pny shoot semua dekat luar kl yg ada kat kl pun utk family la maternity lah mampoo kau atas banner letak gambar maternity pengsan seluruh keluarga. 

Pastu tu yg terjumpa promo utk photo book. Walaupun expired date dia ialah 2 weeks after our wedding, iols akan push my photographer utk edit gmba cecepat. I dont care hahaha. Kalau diorang lambat sgt aku edit je sendiri.

Aku amik package 52 page Hardcover 11" x 8" Landscape + free 6" x 6" photobook.

Harga? RM79.00 exclude postage.

Mahal ker murah uols?

Aku pun tak tau lah. Sbb x pernah beli kan. Tapi daripada aku bayar OP RM1500, ini aku bayar tak sampai RM300 dapat beribu gambar pastu dpt photobook.

Ok la kan. Korang kalau ada promo murah, bgtau k. Aku igt nak beli lg satu lah. Buat album raya pulak. Cam best je.

Siapa nak baik g beli cepat.
Bye

Monday, April 13, 2015

Exercise?

Assalamualaikum

Nanti sambung k entry kahwin so far takde pape progress pun dri yg lepas hahaha padahal dok sibuk2 kelam kabut banyak benda tak siap. Tapi progress nan hado.

Ok nak cerita pasal exercise.
Aku sebenarnya malas gila nak exercise of course la kan siapa je suka exercise tell me. k fine aku sorang je tak suka takpe tak kisah.

Tapi since dah nak dekat kahwin, aku pk nak tak nak aku kena gak exercise sikit. Bukan apa, mmg rasa pipi makin bulat walaupun body semua maintain mabeles T_____T sebab berselera nau nau bila makan. Hati seronok kateko nak kawin kenzz 

So aku skg in process of jaga makan. Since kebanyakkan hari aku akan bawak bekal, so dekat ofis aku alhamdulillah ada cafe pulak. hari2 ada serve salad. amboii memang jimat tau. pagi aku makan bekal, tghari aku ada makan salad dengan lauk mcm ayam or ikan. selalunya memang amik ayam jela sbb aku kalau sehari tak makan ayam boleh pengsan sawan siap boleh nangis2 lagi. Malam pulak mak aku memang masak kat rumah so kena la jamah sikit nasi kurangkan makan lauk je banyak. Aku takde lah gemok so aku rasa x perlu kot nak skip makan nasik sampai lapar lapar. Tapi satu benda yg penting kalau nak kurus, kena kuat. Kalau hrni dh beria diet japg esok melantak kfc kononnya cheat day. Takleh eh. Cheat day seminggu sekali jer. Pandai pandai la engkorang jaga k. Memasing dah besar kan takyah kot aku nak ajar satu2.

Jaga makan dah start.

Next is exercise.
Eh tajuk pasal exercise tapi intro pasal benda lain dah berjela kenapa.

Exercise disebabkan aku malas. Aku akan buat yg biasa2 jer. Which is squat challenge. Biasa ker? Hahahaha belom try lagi insyaAllah esok aku start phuiii tengok lah eh kalau rajins.

Korang ada lg tak exercise yg senang2 untuk org malas cm aku? Share weh.

Bye

Sunday, April 5, 2015

Wedding Updates

Assalamualaikum

Allah. Makin hari makin berdebau. Bukan berdebau nak kahwin, berdebau sbb rasa macam banyak lagi benda pendings. Pending pun ada s sbb banyak sgt yg pending nya.

Tapi bila pk pk balik, eh cm banyak je lah benda yang aku dah buat. Lagi tambah serabot bila pendrive yg hilang tu tak jumpa jumpa lagi. Aku confirm lepas je kenduri ni, mesti pendrive itu pun muncul. Aihh, nak tak nak, bertabah lah wahai diri ini.

Yes, wedding is less than 3 months. Date nanti lah reveal bila dah siap kad. Since ake pening tak tau banyak lagi ke tak nak kena buat ni, so far this is my wedding updates. Harap banyak yg dh siap.

Permohonan Nikah 

·  Hadiri Kursus Kahwin  Done
·  Sijil Kursus Kahwin original & salinan  Done
·  Ambil Borang Nikah di Pejabat Agama  Done
·  Surat Akuan Bujang  (kalau kat Selangor, untuk lelaki je)
·  Ujian HIV  Done
·  Borang Kebenaran Nikah (MA)  Done
·  Salinan IC wali (abah)  Done
·  Salinan IC 2 saksi  Done
·  Sijil nikah Mak & Abah original & salinan  Done
·  Isi Borang Nikah  Done
·  Booking Jurunikah  Done

Part ni memang dah siap pun. Nak tau camne step, leh tengok sini.

Barang Hantaran 

Hantaran Pengantin Perempuan kepada Pengantin Lelaki 
·Sireh Junjung 
·Al-Quran + Sejadah  Done
·Jubah / Baju Melayu
·Jam & Cincin  Done
·Fruits
·Laptop  Done
·
(satu masih lagi pending taktau nak beli apa)

Hantaran Pengantin Lelaki kepada Pengantin Perempuan 
·Mas Kahwin
·Jam  Done
·Sejadah + Al Quran  Done
·Kain Pasang  Done
·Fruits
(memang nak letak telekung tp belum jumpa lagi yg berkenan)

Majlis Resepsi    

·Caterer 
Masak sendiri. Since majlis kecik so mak akan masak sendiri. Pakai pinggan and cawan polisterin jer senang nak dispose (walaupun sebenarnya tak elok for environment T___T)

·Photographer 
Budget wedding, so photographer panggil my cousin & my best friend je. Dorang amik gambar cantik jugek walaupun takde lah free photo album bagai

·Baju Bride
Mine for both side dah siap tempah. Dah siap tempah k tp belum siap lagi baju nya. InsyaAllah by end of this month siap auww tak sabar ni nak fitting. Kasut tak beli lagi uwaaaaaa taktau bila nak g cari

·Baju Groom
MA punya baju for akad dia akan pakai jubah putih je lepastu he'll be wearing suits for the entire day and bertandang pun nanti dia pakai suits. Kemain bakal laki iols ni tau. So suit akan tempah a week before Mei. Tempah awal sgt takut tergemok sbb dia suka makan banyak. Suit dah siap nanti bru g cri kemeja. Kasut MA dah siap beli hrtu ada sales jimat banyak oi!

·Doorgift 
DIY my own paper bag. So far paper bag dah siap, tinggal nak masukkan isi dalam je. Ada 3 jenis doorgift. 
*for VIP (groom's side)
*normal guest
*kids
actually gift untuk normal guest and kids sama je cuma nya untuk kids tak ada tasbih and paper bag takde tangkai. Nanti aku reveal k paper bag sumpah suka sgt. Puas hati dgn paper bag buatan sendiri. Happy me!

·Kad Kahwin 
Alhamdulillah. Selepas disaster pasal wedding card hrtu, kebetulan mak ternampak satu banner promotion wedding card rm0.30 sekeping. So yeayy! dah bayar deposit pun now tunggu email from them. InsyaAllah siap within 3 to 4 weeks.

·Berinai 
Masih memikir mikir samada nak pakai ke tak. Niat asal memang xnak pakai. Memang lah perempuan dibenarkan pakai inai for majlis perkahwinan, but i have my own reason not to wear any. Tp tgk lah kan kot kot seminggu sebelum kahwin kau menggeletis nak pakai inai, terjah saja ke Jalan TAR.

·Kanopi 
Papa deal with cikgu yg duduk belakang rumah. Dia mmg ada buat canopy services cuma nya tak active sgt since dia pun cikgu kan. Hrtu wedding Emma pun panggil dia je. Harga pun murah sikit. InsyaAllah today or by this week akan finalize colour untuk canopy.

·Kompang   
Nan hadoo.

·Penunjuk arah/Signboard
Mungkin akan suruh papa and Eyin jgk yg buat. Murah pun murah. Jimat sikit kat situ,

·Sound System   
Abg Halim panggil kawan dia. Just have to double confirm with him.

·Photo booth
Since wedding ku takdo pelamin kecuali mini pelamin for Akad nikah, maka nya ada photo booth yg grand gila sponsored by my eldest sister Kak Noor so settle this one. Biar dia pening sorang.

·Theme
Hahaha paling penting tapi paling last. Tema wedding colour Dark Purple and Grey. My family akan pakai dark purple pengantin pakai white for akad and MA punya suits is grey.

Ada apa lagi ke yg tertinggal? So ini jer persiapan yg terlintas kat fikiran aku and rasanya semua is under control. So yeahh harap semua settle.

Cepat lah habis iols is stress
Bye

Friday, April 3, 2015

Pendrive hilang :O

Assalamualaikum

Drama swasta sangat tau. Al kisah tersebut lah kisah.. Aku dah ter miss place pendrive ku. Aku actually x kisah sangat pasal benda lain yg ada dalam pendrive. Masalah besar aku sekarang ialah, semua benda pasal kahwin, aku letak dalam tu. Since dekat office aku xde printer colour, so aku xnk lah print gegambar pastu tampal dalam note book. Yela kita beria cari gmba kaler biru tp print hitam putih je watdehel sgt kan

So sekarang pendrive aku dah missing in action. Mana tah dia hilang. merajuk membawa diri agaknya. Padahal aku xde pun beli pendrive baru. Runsing sgt iols skg ni tau!

Aku nak update pasal wedding pun terus takde mood. Hahaaha alasan padahal mmg malas pun :p

Lagi satu aku dapat berita lak 18 April ni one of my course mate masa belajar kat UiTM dulu nak kahwin. Wiwiwiw semua org pun sekarang nak kahwin senyap2 je kan takde pun hari2 post dekat IG sibuk bgtau bye uols iols nak keluar dgn tunang g beli brg hantaran hahaha lol sgt. Ceh ckp org, awk tulis blog lagi gelabah :p blogger dikecualikan sebab kitorang suka menulis lebih dari bergambar padahal aku je cmtu blogger lain suka je bergambar kan T____T

Ok lah btw selamat pengantin baru Ira.
Bye


Wednesday, April 1, 2015

Wedding Preparation #7: Borang Nikah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Eh belum kawin lagi lah. hahaha

ok hrni aku nak cerita pasal perjalanan ku menuju puncak eh tak nak cerita pasal borang nikah. Haritu MA balik kampung settle kan borang nikah belah dia, tp tak boleh siap on the spot so MA balik kl dlu lepastu few days after bru adik dia post dekat aku. Lepas dh dpt borang dri MA, baru lah aku boleh proceed dekat belah aku pulak.

Well alhamdulillah sebab aku tak rasa susah langsung pasal nak settle kan borang nikah ni. entah semua macam senang gila je. So aku cerita step by step k?

Untuk belah lelaki, since MA org kelantan, aku boleh cerita pasal org kelantan jela k. negeri lain punya procedure aku xtau lah kan.

MA dia kerja kl. so borang nikah semua, abah dia yg tlg amikkan kan pejabat agama. Dia dh siap2 isi semua, then compile kn dengan document yg perlu ada which is

-Ic pengantin lelaki
-Ic pengantin perempuan
-Sijil kursus kahwin (original and photocopy)
-HIV test
-Pengesahan bujang dri majikan

mcm hiv test, dekat website jabatan agama islam kelantan ada sediakan borang untuk buat hiv test. So kalau laki kau org kelantan, tp kerja kat tempat lain luar pada kelantan, just print borang tu, and bg dekat MO (medical officer) masa kau g buat hiv test tu. Tp original borang dri klinik kesihatan tu pun kena lah bawak. Means hiv test kau akan ada 2 borang. Paham ke tidak?

Lepastu dh siap compile document and isi borang, MA kena g jumpa imam kampung dia untuk dpt pengesahan.

Imam kampung dh sign segala bagai, dia kena pulak hantar segala compilation tadi ke pusat islam apebenda tah aku x igt lah yang ni. So nti kena bayar certain amount (sbb nikah luar kelantan. MA hrtu kena rm22), nti borang akan siap within 4 days.

Senang je kan.

Untuk belah perempuan pulak,

Aku senang je. Isi borang online jer semua. Lepas je dpt MA punya borang yg dh lengkap, aku terus print segala borang yg aku dh isi tu. Ada 2 borang k. Borang 2C and borang 2D

Borang ni semua kau kena buat online. Takyah susah2 kan diri nak g pejabat agama selangor amik borang ke apa sbb memang tak ada. memang kena buat online. Print and sedia kan document yg perlu.

-Borang 2C
-Borang 2D
-Ic pengantin perempuan
-Ic wali
-Ic 2 org saksi
-Sijil kursus kahwin (original and photocopy)
-Salinan sijil nikah ibubapa (bawak sekali yg original. aku punya hrtu dia x mintak. tp org sebelum aku tu dia mintak. so bawak je lah in case dia mintak kan)
-Borang pihak lelaki.

Dh siap semua, aku, wali and 2 org saksi kena g jumpa penolong pendaftar nikah / jurunikah kat kawasan umah aku pulak. Yes pengantin perempuan kena bawak wali and saksi sekali k. Sebab nanti borang 2C tu nak kena sign depan jurunikah tu. Jurunikah dh siap sign semua benda, dia akan pulangkan borang tu semua kat kita.

Now kau cuma perlu bawak segala borang yang dah siap, kau punya and laki punya, bawak je g pejabat agama islam selangor yang terletak betul2 kat depan masjid shah alam tu. Tanya lah kat guard nanti mana nak g hantar borang nikah. Sampai situ, amik no kat kaunter depan and org tu akan cek balik document kau semua complete ke tak pastu pung pang pung pang dia cop segala benda. So tunggu sampai no di panggil, bg borang lepastu tunggu. Dalam 10 minit cmtu, dia akan return kan borang kau semua and bayar rm10.

Siap.

Surat permohonan nikah tu valid untuk 3 bulan sahaja ok. Kalau dlm masa 3 bulan kau x nikah, kau kena apply baru. Macam mana procedure, iols is dont know hehe.

So maknanya disini, since borang nikah aku dh settle, iols is getting married in less than 3 months la kan. OMG hahahahaha scary nya!!!!!

okbye