Sunday, April 5, 2015

Wedding Updates

Assalamualaikum

Allah. Makin hari makin berdebau. Bukan berdebau nak kahwin, berdebau sbb rasa macam banyak lagi benda pendings. Pending pun ada s sbb banyak sgt yg pending nya.

Tapi bila pk pk balik, eh cm banyak je lah benda yang aku dah buat. Lagi tambah serabot bila pendrive yg hilang tu tak jumpa jumpa lagi. Aku confirm lepas je kenduri ni, mesti pendrive itu pun muncul. Aihh, nak tak nak, bertabah lah wahai diri ini.

Yes, wedding is less than 3 months. Date nanti lah reveal bila dah siap kad. Since ake pening tak tau banyak lagi ke tak nak kena buat ni, so far this is my wedding updates. Harap banyak yg dh siap.

Permohonan Nikah 

·  Hadiri Kursus Kahwin  Done
·  Sijil Kursus Kahwin original & salinan  Done
·  Ambil Borang Nikah di Pejabat Agama  Done
·  Surat Akuan Bujang  (kalau kat Selangor, untuk lelaki je)
·  Ujian HIV  Done
·  Borang Kebenaran Nikah (MA)  Done
·  Salinan IC wali (abah)  Done
·  Salinan IC 2 saksi  Done
·  Sijil nikah Mak & Abah original & salinan  Done
·  Isi Borang Nikah  Done
·  Booking Jurunikah  Done

Part ni memang dah siap pun. Nak tau camne step, leh tengok sini.

Barang Hantaran 

Hantaran Pengantin Perempuan kepada Pengantin Lelaki 
·Sireh Junjung 
·Al-Quran + Sejadah  Done
·Jubah / Baju Melayu
·Jam & Cincin  Done
·Fruits
·Laptop  Done
·
(satu masih lagi pending taktau nak beli apa)

Hantaran Pengantin Lelaki kepada Pengantin Perempuan 
·Mas Kahwin
·Jam  Done
·Sejadah + Al Quran  Done
·Kain Pasang  Done
·Fruits
(memang nak letak telekung tp belum jumpa lagi yg berkenan)

Majlis Resepsi    

·Caterer 
Masak sendiri. Since majlis kecik so mak akan masak sendiri. Pakai pinggan and cawan polisterin jer senang nak dispose (walaupun sebenarnya tak elok for environment T___T)

·Photographer 
Budget wedding, so photographer panggil my cousin & my best friend je. Dorang amik gambar cantik jugek walaupun takde lah free photo album bagai

·Baju Bride
Mine for both side dah siap tempah. Dah siap tempah k tp belum siap lagi baju nya. InsyaAllah by end of this month siap auww tak sabar ni nak fitting. Kasut tak beli lagi uwaaaaaa taktau bila nak g cari

·Baju Groom
MA punya baju for akad dia akan pakai jubah putih je lepastu he'll be wearing suits for the entire day and bertandang pun nanti dia pakai suits. Kemain bakal laki iols ni tau. So suit akan tempah a week before Mei. Tempah awal sgt takut tergemok sbb dia suka makan banyak. Suit dah siap nanti bru g cri kemeja. Kasut MA dah siap beli hrtu ada sales jimat banyak oi!

·Doorgift 
DIY my own paper bag. So far paper bag dah siap, tinggal nak masukkan isi dalam je. Ada 3 jenis doorgift. 
*for VIP (groom's side)
*normal guest
*kids
actually gift untuk normal guest and kids sama je cuma nya untuk kids tak ada tasbih and paper bag takde tangkai. Nanti aku reveal k paper bag sumpah suka sgt. Puas hati dgn paper bag buatan sendiri. Happy me!

·Kad Kahwin 
Alhamdulillah. Selepas disaster pasal wedding card hrtu, kebetulan mak ternampak satu banner promotion wedding card rm0.30 sekeping. So yeayy! dah bayar deposit pun now tunggu email from them. InsyaAllah siap within 3 to 4 weeks.

·Berinai 
Masih memikir mikir samada nak pakai ke tak. Niat asal memang xnak pakai. Memang lah perempuan dibenarkan pakai inai for majlis perkahwinan, but i have my own reason not to wear any. Tp tgk lah kan kot kot seminggu sebelum kahwin kau menggeletis nak pakai inai, terjah saja ke Jalan TAR.

·Kanopi 
Papa deal with cikgu yg duduk belakang rumah. Dia mmg ada buat canopy services cuma nya tak active sgt since dia pun cikgu kan. Hrtu wedding Emma pun panggil dia je. Harga pun murah sikit. InsyaAllah today or by this week akan finalize colour untuk canopy.

·Kompang   
Nan hadoo.

·Penunjuk arah/Signboard
Mungkin akan suruh papa and Eyin jgk yg buat. Murah pun murah. Jimat sikit kat situ,

·Sound System   
Abg Halim panggil kawan dia. Just have to double confirm with him.

·Photo booth
Since wedding ku takdo pelamin kecuali mini pelamin for Akad nikah, maka nya ada photo booth yg grand gila sponsored by my eldest sister Kak Noor so settle this one. Biar dia pening sorang.

·Theme
Hahaha paling penting tapi paling last. Tema wedding colour Dark Purple and Grey. My family akan pakai dark purple pengantin pakai white for akad and MA punya suits is grey.

Ada apa lagi ke yg tertinggal? So ini jer persiapan yg terlintas kat fikiran aku and rasanya semua is under control. So yeahh harap semua settle.

Cepat lah habis iols is stress
Bye

No comments:

Post a Comment