Assalamualaikum
Hamboii tajuk. Makcik makcik sangat. Takde. Semalam aku dgn MA dok bincang la pasal kawin2 pebenda semua ni. Pastu tetiba dia terkeluar ayat
"Sebab tu laki lagi suka lepak mamak, kalau balik rumah bini keje asyik nak bebel je"
So bermula lah topic seperti tajuk post ini.
Ada few question yang aku tanya dekat MA semalam bila dia bangkit kan isu ni.
Agak agak kalau masa laki dia balik kerja, laki dia balik balik terus g jumpa bini dia kat dapur tanya sayang masak apa harini? Ada apa2 yg abg boleh tolong? Ada sebab tak untuk bini dia tu tiba2 bebel? Mesti dia happy je masak sambil sengih sengih.
Kalau kau tengah tengok tv, lepastu bini kau panggil abg tolong g buang sampah ni jap. Pastu kau pun hah jap jap japg abg buang. Tapi hakikatnya, sampai esok pun kau tak buang. Kau agak2 bini kau nak fire kau tak?
Wahai wanita, ketahuilah anda bahawa suami (or in my case, bakal suami) kita ni bukan tukang tilik. Kalau kau tak suruh dia buat, and u expect him to do things, kau salah. Kalau dalam kepala otak kau ckp hmm aku letak sampai ni depan pintu rumah nti laki aku nak keluar, dia nampak sampah ni mesti dia tolong buangkan (dengan harapan laki kau kononnya akan paham yg kau nak suruh dia buang sampai tu). Tapi bila kau balik, kau tengok sampai still kat situ, lepastu kau mengamuk. Konon2 rasa macam husband kau tak understanding u enough. Kau salah ok. Lelaki takkan buat benda kalau kau x suruh (at least most of the guy, bukan semua ye), especially lelaki yg jenis tak romantik ni. Kalau kau tak suruh, dia takkan buat. Kalau kau duduk lepak dengan dia tgk tv, tetiba rasa lenguh pulak kaki, terus angkat kaki letak atas riba laki (dengan harapan dia paham yg kau nak suruh dia urut kaki kau), tapi instead of urut, laki kau tepis kaki kau ckp ehh tepi la kaki awak tu dah la berat (dengan niat nak gurau) bini terus sentap merajuk sbb laki tak understanding nak suruh urut dia boleh lak perli kita (sambil tulis ni sambil aku sendiri tergelak)
Perempuan bila dah marah dia memang suka bebel lepastu cakap benda yang bukan2 kadang2 takde kena mengena dgn topic perbalahan **aku la tu T____T
Apa lah salahnya kalau kau ckp, bang, tolong urut kaki i sikit, lenguh lah.
Or bang, nanti keluar tolong buang sampai sekali eh?
Or syg nti u habis makan tlg bawak pinggan pegi sink, tp xyh la basuh tinggal je (ok ayat ni trick jgk sbb wife sebenarnya dalam hati dok cakap hmm aku nk tgk dia syg aku ke tak kalau dia syg aku dia mesti basuh terus, sekali g dapur pinggan berlonggok dalam sink, dalam hati ada sedikit rasa kuciwa)
Ini contoh2 pertolongan yang kau boleh mintak dekat laki kau. Kalau kau nak suruh laki kau buat apa2, u just have to ask him.
AND!!!
Yang lelaki ni pun satu. Kalau kau taknak bini kau marah bebel2, kau tolong la dia sikit. Macam aku ckp kat atas tadi, balik kerja dengar bunyi org bersilat kat dapur, jengah la sikit tengok bini buat apa. Xyah tolong, tapi show them u care.
Kalau kau balik kerja, nak mandi semua, dalam bilik ada bakul baju kotor, instead of kau campak je baju seluar kau kat lantai, apa salahnya kau masukkan baju kotor dalam bakul terus? Mana lah bini tak bebel kalau dalam bakul kosong tapi atas lantai penuh pakaian sampai jalan atas pakaian lantai terkambus dah.
She is your wife, not your maid.
Dalam hidup berumah tangga, kena saling give and take. Bila kau tolong bini kau, 99% aku confirm yang bini kau pun akan tolong kau. Tolong kurangkan bebelan.
Kalau kau nak jadi lagi sweet, kau bagitau bini kau yg suka merajuk tu. Cakap kat dia, syg abg ni bukan mind reader, kalau awk ada apa nak suruh abg tlg, awk kena bgtau, awk kena mintak.
Tapi perempuan, agak2 lah k kalau nak mintak tolong. Jangan lah kau duduk sedap goyang kaki tengok tv, dok arah laki abg g basuh baju, abg tlg masak nasik, abg tlg basuh berak anak, abg tlg siram pokok kat luar tu. Hah macam ni bukan mintak tolong, ini mendera nama dia. Mintak tolong dia untuk ringan kan beban kita.
And guys, bila si dia dah mintak tolong, jangan la lengah2 kan. buat cecepat. Supaya dia tak bising.
And ladies, bila lelaki tengah in a middle of something (mcm tgh tgk bola ke or tgh main game ke), jgn lah kau suruh dia g kedai runcit beli kunyit. Confirm dia tak layan kau.
Understanding, and give and take. InsyaAllah bahagia.
Amboi bercerita macam ada experience LOL. Sorry kalau ada salah. Personal opinion je ni.
Bye
dalam rumah tangga kena selalu tolak ansur gituu. eheh. cakap ajet ajet kita ni dah kawen. muahahah :P
ReplyDeletejemput join segmen saya awak :D