Wednesday, January 21, 2015

7 tips utk wedding awesome tapi budget kecik

Assalamualaikum

Aku la tu salah seorang yang memerlukan wedding yg awesome tapi budget kecik cinonet. Since I am currently planning for my wedding, aku nak share few tips untuk korang menjimatkan lagi wedding korang.

1. Invitation / Jemputan
Ok this is where most of the money go. Jumlah jemputan. First thing first, kau kena senaraikan siapa yang akan kau jemput datang wedding kau ni. 


Make sure korang betul2 sure org yang dijemput tu perlu ada dekat majlis korang. And if budget kecik, haruslah dik majlis kau pun kena la kecik. Kalau budget kecik tapi impian nak majlis dekat dewan klcc, payah lah. Bila majlis kecik, jumlah jemputan pun haruslah sikit ok.

2. Makanan.
Ok this is your second nightmare. Kalau zaman skg ni, catering semua nak amik yang seribu org makan. Baru lah harga nak murah. Kalau sikit, harga memang mahal nau nau. So sini korang boleh jimat dgn masak sendiri. Dah kalau jemputan kau 400 org je, should be no problem untuk family and sedara mara kau masak. Ataupun kalau dh takde sgt org nak masak, kau cari catering yang ada harga separate. Jangan amik yang package sebab rugi. Contoh catering A buat package all in one RM15000 (termasuk baju pelamin etc). Hah jangan amik yang ini. First, sebab harga tu memang confirm untuk seribu org makan. So kau dah rugi makanan confirm lebih kat situ. Dah la rugi, membazir pulak. Second, kau x perlukan baju pelamin kek pengantin etc etc. Sebab ni semua kau boleh tempah asing. Just mintak harga untuk makanan include pelayan and buffet counter.

3. Khemah.
Kalau majlis kau kecik, dik kau x payah la nak pacak sampai 5 khemah. Amik 1 or 2 je. Kita org melayu buat majlis bukan nya makan course by course. Bukan nya ada special seat untuk semua org kan. So 1 or 2 khemah is more than enough.

4. Pendekkan masa.
Pendek kan masa majlis ni maksud aku is kalau kau niat nak nikah and sanding in on day, pendekkan masa. Contoh nikah pukul 9, lepastu nanti sanding mesti tengah hari kan. Ok potong part ni. Kau nikah je pukul 11, lepastu terus sanding. Satu, kau dh jimat masa, dari org datang pukul 12-4 ptg, kau boleh start buat 11-3 je. Dua, kau dh jimat sebab kalau kau nikah pukul 9 pastu sanding tengah hari, org yang datang time nikah pagi tu confirm nak makan. So kita kene prepare kan breakfast betul tak? So bila kau drag bawak majlis lambat sikit, kau dah jimat bab makanan kat situ. And satu lagi kau boleh jimat is, baju tak payah kau nak buat bebanyak. Kau boleh pakai satu baju je. Membazir tau kalau nikah pakai baju lain, satg sanding baju lain pulak. Padahal dua2 baju esok tak pakai. Membazir amalan syaitan. So beringat lah.

5. Kurangkan belanja.
Jangan berbelanja untuk benda yang tak perlu. Which is photographer, pelamin, photobooth, candy bar and etc. Bukan tak perlu amik langsung, tp lebih jimat if semuaaaaaa ni kau buat sendiri. Photographer, kau hire je siapa2 dalam kalangan family members kau tu sepupu ke anak saudara ke yang agak mahir untuk amik gmba. Kau suruh je dia amik gambar sepanjang majlis, lepastu nanti kau boleh edit sendiri. Skg dah ada org yg siap boleh compile kan gmba2 kawin kita jadi photo book tau. Harga less than RM100. Kena rajin google ok. Pelamin pun kau boleh buat sendiri. Google lah. Cari yang simple je yang g mana kau mampu buat. Tips untuk buat pelamin, cari kain langsir yang kau boleh guna after wedding. Contoh masa kawin, pelamin buat kaler hijau, lepastu nanti, langsir tu guna untuk letak kat bilik tetamu. Hah kan jimat. So takde lah membazir. Photobooth pun kau boleh buat sendiri. Rajin rajin lah google ok. Candy bar pun sama. Mak kau confirm ada pinggan2 kaca yang duk simpan dalam almari kan, bawak keluar. Kat mana nak beli candy murah2? Dekat NSK Selayang, ada satu kedai jual candy secara borong. Dalam NSK, tp bukan kedai NSK. Dia sebelah kedai telur. Kat situ macam2 ada, kau beli, lepastu deco sendiri.

Nak lagi jimat, no 5 tu tak payah buat langsung. Lagi berganda2 jimat korang.

6. DIY apa yang mampu.
Antara benda2 yang kau boleh diy is kad kahwin, goodies bag, tq tag. Benda2 yang org takkan simpan lama, baik kau DIY je dari kau beli. Google. Banyakkkk gila tutorial nak buat benda2 ni semua. Kalau nak jimat, jangan malas.

7. Buat majlis sebelah pihak je.
Buat majlis sebelah pihak je maksudnya, buat majlis sebelah lelaki sahaja. Meaning here is, sebab kita mesti nikah di rumah perempuan kan, so masa majlis nikah ni, kau jemput ahli keluarga terdekat je. Jemputan dalam 200 org. Lepastu kawan2 lain semua, suruh pegi majlis belah lelaki. Benda ni elok kalau dua2 belah pihak tak ramai kawan. So bila campur jumlah jemputan jadi 1500 org je. So dah jimat. Panggil katering pun lebih murah. Tapi kalau duduk dekat ok lah. Kalau duduk jauh mcm aku dengan MA, masak lah kalau aku suruh kwn aku g kenduri kat Kelantan. Memang takde org nak g la kan.

Buat masa ni, ni je tips yang terlintas di fikiran ku. Walaupun kita kawin sekali seumur hidup, kita jangan membazir. Apa yang penting, nikah. Langsung kan yang wajib dlu. 

Okbye

12 comments:

  1. Memang mahal utk persiapan kahwin.. Apa-apa pun ukur baju di badan sendiri :)

    ReplyDelete
  2. biasanya kenduri juga membebankan pihak lelaki, kerana terlalu ikut ada... sebagai seorang lelaki saya komitmen lain untuk saya sediakan bagi kehidupan selepas perkahwinan... contoh beli rumah, kereta dan simpanan untuk anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. sy setuju. tapi biasa lah, kadang tu parents kita yang beria nak buat kenduri, seronok diorang nak kongsi dengan kawan2 yang anak dia dh berkahwin. so nak tak nak, kita kena la buat walaupun kecik kenduri tu. macam sy dgn bakal suami, kami kongsi duit untuk kenduri. dia bg yg mana patut je, yg lain sy tambah sendiri :)

      Delete
  3. tips persiapan masuk rumah baru ada? heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak. saya belum lagi nak masuk rumah baru :D

      Delete
  4. Nice tips... Btw, cikla singgah sini...

    ReplyDelete
  5. Menarik.yg DIY dah kena start dari skrg buat. TQ for sharing awakkkk

    ReplyDelete
  6. Bila majlis? Kita pun dah start buat sikit2 DIY project. Lambat nti rushing.

    ReplyDelete
  7. nice sharing... kumpul duit sambil2 cari calon.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus bagus. sementara takde calon, enjoy single life dlu hehe

      Delete