Tuesday, July 28, 2015

Tak sabar!!

Alhamdulillah.

Dah hampir dua bulan mendirikan rumah tangga walaupun rumah ku nan hado tangga nya. Alhamdulillah lagi, tak berapa hari je lagi kitorang nak g honeymoon. Boracay uols. Jangan jelly k. Aku memang sumpah tak sabar.

Huhuhu banyak benda aku nk hupdate kat blog ni. Tapi keadaan tak mengizinkan lah. Ada je masalah yang datang. Sorry yeh. Ada masa banyak sikit aku update semua. Oh sebelum terlupa, masih tak terlambat kot aku nak wish Selamat Hari Raya untuk semorang dalam dunia ni. Maaf kalau aku ada terkasar bahasa, tertulis apa apa yg menyakitkan hati sesiapa.

Nanti lah cite pasal raya. Skg nk cite pasal Boracay.

Boracay is located in Philippines okay.

Menurut website ni, Boracay tersenarai antara pulau tercantik di duhnia! Haruslah aku nak sgt pergi. Nak tengok cantiks sgt ker kenzz. Tp memang terpukau lah bila kau secara tak sengaja google Boracay Island ni. Serious cantik. Air biru jernih crystal clear gituww

*gambar ihsan Encik google

*gambar ihsan Encik google

I just can't imagine myself here. Sumpah tak sabar sgt. Tapi takpe. Sabar tu separuh dripada Iman. Makanya aku akan bersabar. Cantik kan!!! There's more.

*gambar ihsan Encik google

*gambar ihsan Encik google

So this is Puka beach. Puka beach ni mcm another side of Boracay yg katanya masih virgin. Kalau x silap aku, kawasan Puka beach ni tak ada resort. Pantai dia kira terpelihara lah. And best spot untuk tengok sunset. Yeke? Nanti aku kongsi experience aku k.

*gambar ihsan Encik google

And this one is Crystal Cove Island. Nama pun crystal kan. Ko tengok jela air dia tu. Kaler air dia tu sangat mengimbau kenangan di Emerald Pool, Krabi. Lagi tambah tak sabar k!

So everything else aku akan story nanti. In sya Allah entry untuk Boracay ada banyak. Bertabahlah. Yang penting, kene tunggu aku balik.

Kbai

Tuesday, June 23, 2015

Honeymoon

Assalamualaikum.


Lagi seminggu je nak masuk usia sebulan perkahwinan aku. Alhamdulillah setakat ni semua baik2 ok2 je. Gaduh biasa la tp masa belum kawin dlu lagi bnyk gaduh. MA pun mcm lain sikit perangai dia skg. Seghronok agaknya ada bini :p

Anyhow, nak cerita pasal kitorang punya honeymoon plan. Which is in August.

Aku beli tiket ni tahun lepas kot. Kalau korang perasan la kan, bulan 3 hrtu kan Airasia ada buat promo jugak. Then skg pun kan tgh ada promo. Tp promo nye sama jeeee tempat dia. Aku mcm kecewa la sikit yg promo kali ni. Tp tetap beli tiket :D

Tahun lepas masa aku beli tiket ni, tempat dia banyak best best. Macam tempat yg aku nak g ni lah. And tempat yang aku nak g ni ialah tempat yang paling best dalam dunia. K tipu.

Dulu aku xnak tau g sini. Tapi bila baca2 blog sume, sume org nk g sini. Aku pun ermm terpaksa lah g. Pastu aku buat research, google sana sini, still aku x berminat. Dalam hati kata ishh x best mcm Krabi lah sini. Mcm boring je.

Tapi bila dah kau ada masa setahun untuk kaji pasal tempat tu, dari tak best haruslah jadi best kan. Dan aku makin hari makin tak sabar nak g.

So far aku dh book bilik untuk first night and last night. Both different hotel. Hari last aku nk bwk MA duduk hotel yg mahal and selesa sikit. 1 malam jela tp hehe nak duk lelama x mampu. Mampuss je nti. Oh destination honeymoon kali tepi pantaii. Aku tak suka sejuk. Cukup x suka. So aku pilih beach lah. Fefeeling matsaleh sikit. Nak sunbathing kononnya.

And aku nak menghayati scenery sunrise and sunset. Hotel untuk malam first tu aku mmg saja amik semata2 untuk tengok sunrise. Sbb bahagian pantai dia lain. Sunrise belah lain, sunset belah lain. Malam2 yg lain tu tgk sunset jela.

Nanti aku review hotel2 yg aku akan duduk. InsyaAllah 3 or 4 jenis hotel lah. And dripada apa yg aku baca kat blog2 sume, kat sana susah nak cari makanan halal. Makanya aku akan beli luggage from AA semata2 untuk bawak bekalan makanan dan rice cooker. Oh this is wajib sbb aku xleh kalau xde makanan. Aku xleh lapa nanti aku nangis. Takleh nak backpackers style sgt honeymoon ni sbb perut laki dan perut sendiri kena isi.

Eh banyak dah cite.
Surpriseeee.

Yeayy aku akan berhoneymoon selama 7 hari 6 malam di Boracay, Philippines. Lama kan. Memula MA pun bising lama sgt tp nak buat cmne. Tiket murah tu woiii! Siapa dapat grab tiket yg lg murah dari aku punya ni, silalah terus beli. Jangan pk pk lg. Aku beli tiket ni last year, around rm151 return for 1. Skg punya promo pun aku tgk rm200+ return for 1. So goodluck k kalau jumpa tiket murah hehe. Tapi of course ini tak include pape lagi. Foods, life insurance and luggage. But still, kalau tiket saja dah almost rm300, kalau kau add on lagi la mahal kan.

Ok la. Nanti aku cite lg.

Bye

Sunday, June 21, 2015

Airasia Big Promo - 0 big points!

Assalamualaikum.

Kisah kahwin kita tangguh dlu sampai mood nak menulis tu datang.

Harini sesaje je nak bgtau kelmarin iols dapat tiket mureh sempena airasia promo. As usual, special untuk Big Member, pembelian tiket dibuka 24 jam awal.

Alhamdulillah, dapat grab tiket murah ke ................. hah ke mana? Tungguuuu :D

Now nak focus untuk my next trip this August. Dulu lama woi tunggu. Skg tinggal lagi less than 2 months.

Banyak benda nak kena bawak, banyak benda nak kena prepare. Sebab nya dah berdua kan skg. Kalau dlu aku pk tekak aku je. Skg nk kena pk tekak laki.

Nti aku update pasal checklist k.

Bye

Monday, June 15, 2015

New phase

Alhamdulillah

Macam tak percaya je dah dekat dua minggu jadi isteri orang.

Dah sebulan jugak tak menulis. Busy woi. Kenduri dua2 belah pihak dah settle. And Khamis lepas dah start kerja. MA baru start kerja semalam.

Lusa pulak Ramadhan. Bersyukur sgt. InsyaAllah berbuka and sahur dengan suami. Auwww. I is excited.

Ok la.

Selamat berpuasa k guys. Ada masa nti aku update panjang sikit.

Bye

Thursday, May 14, 2015

Wedding Preparation #12: Wedding Card Part 3 - FINALLY DONE

Assalamualaikum

Alhamdulillah....

Setelah bersabar sabaran selama hampir 2 mgu, last week aku dapat jugak wedding card. Tp hazab dia ayooooo sakit hati tau.

27.4 - pagi - dia hantar draft suruh finalize kalau ada lg any major changes

27.4 - petang - aku wasap dia ckp confirm card dah ok boleh print skg. Aku tny brp hri boleh siap. Dia kata 3 hri siap. Tp 27.4 tu selasa, hari jumaat tu pulak PH. So dia kata mgu depan tu lah baru boleh siap.

2.5 - pg - aku wasap tny dh print ke kad? Katanya dah print tinggal finishing je

5.5 - pagi - aku wasap dia tak received

6.5 - pagi - wasap still tak received

8.5 - pagi - MA tanya kad tak siap lagi ke? Alamak. Bila dia dah tanya, aku dh cuak ler. Masalah nya wasap still tak received. Aku bg MA phone number org tu. Call dekat sejuta kali tak berangkat. Aku memang marah sgt dah rasa. 8.5 tu hri jumaat dah k. Lebih dri seminggu dah dari tarikh aku suruh dia proceed with painting. Aku dh tak senang duduk dekat ofis. Terus aku wasap MA nti tghari aku g kedai dia nak tanya. Yela dah call x angkat wasap langsung tak delivered.

Akhirnya tghari tu, belum sempat aku g kedai dia, dia angkat phone call. Katanya phone rosak. Kad dah siap tp x amik kat kilang lg. Hmmmm sabau jela aku ni.

9.5 - hari sabtu pagi tu baru lah aku dpt kad aku. Untuk belah aku, actually aku x kisah sgt. Tp aku nak kena post kad tu ke Kelantan. Untuk family MA. Takkan dah last minit bru kita nak jemput org dtg kan.



Aku memutuskan untuk tak payah la korang kenal nama sebenar aku dgn MA. Bukan apa. Aku ni pemalu. Huahahaua.

And yes.

Wedding day is 31st May 2015.

2 minggu je lg hoi.
Nebes.

Bye

Wednesday, May 13, 2015

Ketentuan Ilahi

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Untuk yg tak tahu lagi, aku bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Gituww mcm ada jer org baca blog dia

Anyhow semalam aku scrool timeline facebook, and mostly gambar2 yg appear kat situ semua nya gmba my ex course mate during their convocation day which is yesterday. 

2 years ago, after 4 month working as Guest Service Assistant, aku dinaik kan pangkat kepada Guest Service Officer. Aku kerja right after habis diploma. Alhamdulillah senang dpt kerja sbb aku kerja kat tmpt aku practical je. Within the same week aku dpt promotion tu, result untuk further study for Degree pun keluar. And again Alhamdulillah, aku dapat further study in Bachelor Degree in Hotel Management di UiTM Puncak Alam. I don't know why, aku memang nak sangat sangat sangat sangat pilih untuk sambung belajar. Walaupun dpt kenaikan pangkat dgn gaji yg agak sedap, aku still nak pilih untuk sambung belajar.

Tapi mengenangkan masalah masalah yg bakal parents aku kena hadap which is mostly financial problem, aku terpaksa lupakan hasrat murni ku untuk further study. Rasa sedih, Allah SWT je yang tahu. Walaupun masa tu ramai kengkawan aku sume ckp kau g jer kerja bukan senang nak dpt kerja dah ada degree nti pun belum tentu dpt gaji bagus sume, aku still nak gak g sambung belajar. 

Memang, ada setengah org nak kerja, tp ada jugak manusia mcm aku yg teringin sgt nak genggam segulung ijazah.

Sedih, kecewa, sume aku rasa.

Tapi aku harap aku dpt tlg mak aku sedikit sebanyak bila aku kerja. So aku rasa happy sikit la part tu. And of course bila hujung bulan gaji masuk, mmg happy lah kan.

And yesterday, kawan2 aku yg sambung degree tu semua convo. Kalau aku sambung belajar 2 years ago, aku sekelas la dgn dorang2 tu semua. And aku pun convo sesama la semalam.

Alhamdulillah. Allah SWT tu maha adil. Apa yg aku nampak, hikmah bila aku x dpt sambung belajar is, in few weeks aku akan jd isteri org. Aku ada kerja bagus, parents aku pun xyh keje dh pasni sbb aku leh tanggung dorang.

Walaupun aku tak genggam ijazah, tp Allah dah tentu kan jalan hidup yg terbaik untuk aku.

Ada jugak yg ckp, untung lah, nak kawin. Kitorang ni ada je degree, kerja takde, jodoh apetah lagi.

Satu je aku nak korang tau, walaupun aku happy sgt nak kawin, aku tetap cemburu dgn korang sbb dapat genggam ijazah. 

Jangan sama kan hidup kita dgn hidup org lain. Kalau korang takde degree, belom nak kahwin, gaji sikit, JANGAN MENGELUH. Walau korang rasa hidup korang susah, sentiasa bersyukur. Cari sebab kenapa korang kena bersyukur. 

Satu sebab yg korang boleh bersyukur, korang masih diberikan nafas sehingga ke harini. Sampai korang habis baca entry aku ni, korang masih lagi bernyawa. So, bersyukur ok.

Bye

Friday, May 8, 2015

SAYA NAK MENANG TUDUNG INSTANT/INNER NECK NAAZNEEN FAIQA BY NEENAANUAR

Assalamualaikum


Sekarang tengah trend tudung instant kan? So today nak memperkenalkan product Naazneen Faiqa by NeenaAnuar ! Tudung Instant Athifa nie sangat sesuai utk dipakai pada bila-bila masa dan ketika... Hanya 3 saat diperlukan utk sarung, betul kan soft awning nya dan kemudian adjust labuh tudungnya!


Nak pergi masjid? Nak ke pasar? Nak pergi rumah jiran? atau secara tiba-tiba ade tetamu yg datang menerpa ke rumah? Nak melakukan aktiviti santai pada hujung minggu? Atau nak pergi bercuti santai ataupun mahu melakukan aktiviti lasak? Mudah sahaja.. hanya dlm masa 3 saat anda sudah siap sedia utk melakukan apa jua aktiviti dengan tudung instant sarung Athifa ini!

Keistimewaan dan kelebihan tudung instant dari NaazneenFaiqa:-
- Tidak perlu digosok
- Material jenis high quality cotton lycra (tidak melekap, sejuk dan lembut)
- potongannya labuh menutupi dada
- membuatkan bentuk muke kelihatan lebih bujur

To be honest, aku memang malas betul bab bab nak melilit tudung ni. Leceh tau! And masa mula2 kak Neen jual tudung ni, aku rasa aku adalah antara org yg terawal beli. Sbb masa tu aku dpt promo less 10%. And aku dpt beli kaler hitam. Hah tu maknanya awal letteww. Sbb kaler hitam kejap jer habis k.

Dulu nak beli inner, tp pk balik aku takde tudung nak dililit, tu yg x beli. Pastu kua pulak tudung instant sarung Athifa, memang lelaju aku wasap kak Neen. 

Tp masa beli tu, risau jgk memula. Aku dah banyak kali sesgt terkena dgn online bisnes ni. Ckp lain, sekali brg sampai hampeh. Tp Alhamdulillah, aku punya happy masa brg sampai Allah SWT je yg tahu. Sbb memang puas hati dgn kualiti! 

And lg satu, tudung ni keutamaan utama dia ialah untuk pakai g kerja. Memang menjimatkan masa sesgt sgt sgt! Tak sampai 3 saat wallahh dah boleh g kejer. Mmg tak lah kan aku pepagi bangun nak g gosok tudung pastu nak lilit lagi T____T pastu kat ofis lak japg nk g solat nak kene letak leklok tudung kang kelemot tak syok pulak. Tudung instant sarung Athifa ni aku letak la cemana pun, bila pakai, elok je terletak. Sentiasa rasa comel. Gituwww

Last2 dri untuk pakai g kerja je, dah jadi pakaian wajib harian. Sbb aku pemalas tp still nak cantiks.

Paling best bila MA tetibe ajak kua, masuk bilik tukar baju puff 10 second I dah siap. Hhahahaha giler terkejut beruk dia. Mak ajak kua pun k jap masuk bilik 5 saat k mak dah siap. hehehe kalau kua dgn MA 10 saat sbb makeup sikit :p

Aku dah ada 2. So kalau menang contest ni, haruslah happy sbb dpt tambah collection. Tp kalau x menang pun, aku mmg dah aim nak grab tudung instant Ardini. Tp kene hold dlu sbb nak settle kan wedding. Lepas tawin baru shopping hehehe kang shopping skg duit kawin tak cukop.

And kalau menang pulak, aku anggap ini hadiah rezeki sempena aku nak kahwin tak lama lagi. Selalu org nak kawin ni murah rezeki ye dok? Hehehehe 

Anyhow, aku nak ucapkan selamat maju jaya kat kak Neen and sentiasa berbahagia dgn Encik Teman. Sumpah kak, korang dua sweet gila lagi sweet dri Ferrero Rocher and kita harap nanti hubungan kita dgn bakal suami pun happy je selalu mcm akak. Semoga kak Neen makin sukses dgn bisnes. 

And one more thing kak, kita masih menunggu dengan penuh kesabaran kesinambungan percuti ke New Zealand. Ambik lah sebanyak mana masa yang akak perlukan, tp pleaseeee jgn stop k. Suka gila bacaaaaa! Pastu gmba semua to die for. Sumpah cantik sampai rasa mcm kita g bercuti sama. Sian encik teman amik gmbo lelawa akak taknak pamerkan. hehehe.

Ok lah habis dah bodek.
Semoga aku berjaya.

Love u kak Neen

Kbai

Tuesday, May 5, 2015

Wedding Preparation #11: Gift for guest

Assalamualaikum

Huhuhu masuk Mei dah weh!!! Cepat pulak rasa masa ni berjalan. Haritu rasa cam lama. Tetiba cam eh dah nak kawin tak lama lagi dah. Amboi gatai

Ok cuti panjang 4 hari mgu lepas, aku dgn mak memang memanfaatkan segala benda. Walaupun tak banyak sgt progress, tp ada jugak lah few benda yang dah settle. Salah satu daripadanya ialah gift.

Aku punya wedding kecik je, jemputan pun 500 org je kot. Itupun termasuk keluarga lelaki. Since jemputan sikit, kerja nya pun sikit jgk lah kan. So hri Ahad lepas, aku dgn mak pergi cari candy untuk buat gift. Aku diy paper bag. So masa beli hrtu paper bag ada 500. Tp yela dah ada yg rosak segala bagai, masa kira tinggal 475 je kot. Tp ok lah. rasa mcm cukup jer. Lepastu bila kira kira balik, aku ckp dgn mak. Cukup ke ni mak 475 jer tolak keluarga laki 70, bebudak lagi? Dah tinggal 300 lebih je. Hhahaha pening kepala weh.

Sudahnya, candy yg beli hri ahad tu tak cukup. Semalam kena g beli lagi. And tambah lagi 20 gift. Untuk emergency kalau ada yg dtg lambat lepastu gift tak cukup.

**teaser je ah dulu. Ini yang extra 20. Nasib ah siapa suh lambat hehe dpt kecik jer tp ok lah dri takde kenzz

Hayooo stress. Sekejap rasa mcm ei ada ke org dtg aku kawin nanti. Sekejap rasa mcm ei cukup ke makanan gift semua nti?

Bakal pengantin memang suka serabot cmni eh?
Kbai

Friday, April 24, 2015

Wedding Preparation #10: Bridesmaid

Assalamualaikum

Few more days..... Eceh mcm lah few more days lg nk kawin. Padahal tak pun. Lama je lagi. Ok hrni nak cakap pasal bridesmaid punya baju.

Aku sebenarnya tak tahu lah kaler apa nak suruh bridesmaid2 iols ni pakai. Sebab nya semua kaler pun aku suka. Oh baju bridesmaid tidak di sponser ok kawan2 baik sy berbesar hati nak beli sendiri je baju memasing. Eceh padahal aku yang paksa hahaha sorry guys. Pengantin bajet kecik mmg cmni.

Anyhow, belum sempat lagi nak g beli. Well memang dorang bayau sendiri tapi mak hencik tetap nak ikut. Nak pantau baju apakah yg diorang nak beli. Haruslah ditapis oleh penantin kan. Nanti lg vogue dri iols acaner?
hot pink

peach pink

teal / turquoise

So far ini kaler yang aku berkenan untuk dorang pakai lah. Eh baju bridesmaid sayer takdelah hot cm gegambar nih kalau cmni mmg kalah penantin tau! 

Nanti kitorang akan pergi carik baju, and tengok lah mana yg cantik. Since aku pakai putih and MA pakai grey je, bridesmaid ku semua akan pakai tudung grey color. So kaler2 kat atas ni semua memang cantiks lah nak matching matching dgn tudung grey kan.

Sekarang ni masih tengah finalize siapakah yg akan jd bridesmaid ku. Sebab 2 of my bff mungkin takde during my wedding day sebab kerja. So kena kerah kwn lain supaya jadik bff dalam masa yang singkat. Hhahaha boleh gitu? Paksa org jd bff.

Korang rasa warna apa cantik? Or ada option lain?

p/s: wedding theme is purple and grey, tp bridesmaid takleh pakai purple sbb my family dh pakai purple. And family lelaki might be wearing blue. So yeah, option warna yg tinggal mmg tak banyak.

Ok nti dh beli baju bridesmaid, aku share ngn korang k.
Bye

Monday, April 20, 2015

Wedding Preparations #9: Wedding Card Part 2

Assalamualaikum

Aku betul2 menyampah buat kerja last minit tau. Selepas cerita pasal wedding card yg disaster tu, aku sebenarnya dah jumpa wedding card yg murah and berbaloi lah kot aku rasa. Kedai dia dekat je dengan rumah aku. Harga pun murah. RM0.30 je sekeping untuk seribu keping. Aku dah g bayar deposit two weeks ago. Which is 4.4.2015. 

Yang buat aku jadik marah is, masa bayar deposit, aku dh tny dia bila boleh siap? Dia kata oh ikut akak lah nak bila dua mgu pun boleh siap. Kau nampak tak dia punya angkuh jawap soalan aku. K tak budak tu takde lah angkuh tp dia punya janji tu yg angkuh.

And it turns out, sampai lah ke semalam. Baru lah dia nak hantar aku first design! Semalam dah lebih dua mgu tau! Itu pun dia anta sbb aku dok bising2 kat dia ckp aku nak card siap by 30.4 ni jgk. Sbb MA nk balik kg. So aku nk dia bwk balik terus lah kad tu. Taknak lah nti last minit bru nk bg. Kau xnk jemput org g kenduri ke apa kan.

Itu pun org tu siap perli aku lg dlm wasap. Aku mmg tak bg lagi map belah laki sbb masa g tempah tu pendrive aku hilang. Dia boleh perli aku ckp ok xpe lah sy bg je design dlu xde map laki. Yelah awk kan nak cepat sgt. 

Dia bg alasan kat aku dia busy bulan ni. I dont think that should be my problem kan? Ye la aku paham lah dia busy tp staff dia janji card boleh siap within 2 weeks kot. Dia pulak janji dgn aku design boleh siap within 1 week. Lgpun org tempah kad kawin, kau boleh tgk kot kat kad tu date majlis bila. Kalau lg sebulan majlis, takkan lg 2 minggu bru kau nk bg kad tu? Kita ni dpt kad, nk kena pergi edar kan kat org lg kn. 

Erm entahlah. Nak marah pun tak guna. Harap2 cepatlah siap kad aku tu.

**Preview of my wedding card. Well ada few yg aku tak puas hati tp so far ok kot. Yes mmg buat color putih grey and purple je. Suka simplicity.

Nanti aku share bila dh dpt kad eh.
Kbye

Friday, April 17, 2015

Wedding Preparation #8: Wedding shoes

Assalamualaikum

Hello bertemu lagi kita dalam segmen jom kahwin.

Aku pening weh bab kasut. Aku tinggi. MA pun tinggi cuma nya dia tak berapa tinggi dari aku. Hah paham tak. Kiranya tinggi MA dgn aku is sama. Aku pendek sikit jer. So kesimpulan nya aku takleh vogue da vasss nak pakai heels 5inch. Hanya mampo pakai heels 2inch top!

Kasut kawin, biasa nya mesti lah off white kan. Ataupun cream. Aku maybe akan beli color cream sbb bertandang nanti baju kaler light yellow so kalau putih mcm kureng sesuai.



Ye kasut kawin belum beli lagi. Takde masa nak keluar jalan cri kasut. Plus kena keluar dgn MA sbb nak tgk tinggi sesuai ke tidak. 

Iols is dalam dilemma nak kasut lace or diamond. Dua dua cantik!!!!!!! Hmmm any idea guys? I might go with lace. Tapi tengok la nanti cmner.

**I can totally see myself in this #fliphair

Ye tau tinggi. Ish nak berangan sikit takleh.
Bye

Pendrive yang hilang.

Assalamualaikum

Pendrive yang hilang haritu dah jumpa balik. Adoiii lega sungguh bila nampak muka dia. Pendrive aku ada muka hah scary tak.

Tersorok dekat dlm pencil box kat ofis je pun. Habis satu rumah aku carik, rupanya ada kat ofis.

So dah boleh mula sambung persiapan kahwin lah kekdahnya.

Stay tune ok.
Bye

Exercise: Part 2

Assalamualaikum

Ye ye je exercise part 2. Part 1 boleh baca kat sini

Well sejak dari hari aku tulis pasal exercise tu. Pagi ni bru ada keinginan nak buat 30 days squat challenges. Tapi sbb aku ni tamak, aku pun buat keputusan untuk buat 30 days abs challenges. Yes dalam masa yg sama, 2 exercise. Nak body meletops uols.



Day first, memang mampu. Mampos pun ada jgk lah. Tapi kau tgk day 30. Dia nak aku mati agaknya. So today my first time buat mende alah ni. Pepagi td after subuh, terus kengkonon exercise. Abs challenge, aku gagah lagi. Sampai dekat squat challenge, baru buat 6, kaki aku dah gigil. Bunyik jgn ckp lah. Berbunyik bunyik tulang aku. Tapi ku gagah kan diri ini. Kau bayangkan 50 squat. Ya Allah. seksa weh. bukan seksi k seksa!

Pastu aku pengsan jap hahaha baring lama gila sbb kaki gigil sampai takleh jalan serious tak tipu. Pastu aku siap2 nak g kerja. Lagi azab bila aku mmg bwk kete manual. Nak g kerja jalan memang jammed lah wehh! Aku nak tekan clutch sampai habis pun takleh tau tak. Aku doaaaaa je semoga jalan x jammed. Hampeh! Dh la lalu salah jalan. Mmg puihh la kan. Pastu dlm hati pk nasib baik aku keje opis duduk je kalau aku keje kena diri? Mmg tak la kan.

Kesimpulannya, bersusah susah dulu, bersenang senang kemudian. Jaga badan bukan apa, supaya kita sentiasa cergas, and bangga dengan diri kita. Tak payah tunjuk kat orang. X payah pakai ketat2. Kita buat untuk diri sendiri. Untuk suami. 

Semangat nak buat challenge day 2. Tapi dlm masa yg sama takut nebes gelisah semua ada.

P/S: Aku guna apps kat play store je. Rasanya apple pun ada. Siap tunjuk video lagi.

Goodluck korang.
Bye

Proses penjimatan

Assalamualaikum

Well since wedding aku suppose to be simple punya wedding, so mcm aku bgtau sebelum ni, kitorang mmg xde amik OP. OP aku ialah cousin aku and bff aku dri UiTM dlu jer. Sbb nyer diorang ni amik gmba pun lawa and murah :D cousin aku je aku hulur sikit duit. Bff aku tu aku hulur persahabatan je hahahaha thank you my brotha!

So dah aku takde amik OP, takde pakej pakej bagai, jadiknya aku kena lah beli sendiri photo book aka hardcover album. haruslah iols pun nak album mcm amik OP kan. Walaupun mcm awal sgt nak beli, tapi who care. Duit aku sukahati aku la kenz. 

Nak murah kan? Aku pun carik dekat groupon sajok.

Sebenarnya bukak groupon tu temanya nak cari photographer for pre wedding yg murah murah. Motif nak buat pre wedding sbb dapat banner free masa tempah kad kawin hrtu. 2 pulak tu. MA pulak nak letak gmba dekat banner tu. Kami ni mana lah ada gmba yg comey comey. Sbb dpt dua banner, so kitorang nak buat gambar asing2. Sorang satu banner. Supaya tak berebut tu banner kau ni banner aku hahahaha

Tp pre wedding pny shoot semua dekat luar kl yg ada kat kl pun utk family la maternity lah mampoo kau atas banner letak gambar maternity pengsan seluruh keluarga. 

Pastu tu yg terjumpa promo utk photo book. Walaupun expired date dia ialah 2 weeks after our wedding, iols akan push my photographer utk edit gmba cecepat. I dont care hahaha. Kalau diorang lambat sgt aku edit je sendiri.

Aku amik package 52 page Hardcover 11" x 8" Landscape + free 6" x 6" photobook.

Harga? RM79.00 exclude postage.

Mahal ker murah uols?

Aku pun tak tau lah. Sbb x pernah beli kan. Tapi daripada aku bayar OP RM1500, ini aku bayar tak sampai RM300 dapat beribu gambar pastu dpt photobook.

Ok la kan. Korang kalau ada promo murah, bgtau k. Aku igt nak beli lg satu lah. Buat album raya pulak. Cam best je.

Siapa nak baik g beli cepat.
Bye

Monday, April 13, 2015

Exercise?

Assalamualaikum

Nanti sambung k entry kahwin so far takde pape progress pun dri yg lepas hahaha padahal dok sibuk2 kelam kabut banyak benda tak siap. Tapi progress nan hado.

Ok nak cerita pasal exercise.
Aku sebenarnya malas gila nak exercise of course la kan siapa je suka exercise tell me. k fine aku sorang je tak suka takpe tak kisah.

Tapi since dah nak dekat kahwin, aku pk nak tak nak aku kena gak exercise sikit. Bukan apa, mmg rasa pipi makin bulat walaupun body semua maintain mabeles T_____T sebab berselera nau nau bila makan. Hati seronok kateko nak kawin kenzz 

So aku skg in process of jaga makan. Since kebanyakkan hari aku akan bawak bekal, so dekat ofis aku alhamdulillah ada cafe pulak. hari2 ada serve salad. amboii memang jimat tau. pagi aku makan bekal, tghari aku ada makan salad dengan lauk mcm ayam or ikan. selalunya memang amik ayam jela sbb aku kalau sehari tak makan ayam boleh pengsan sawan siap boleh nangis2 lagi. Malam pulak mak aku memang masak kat rumah so kena la jamah sikit nasi kurangkan makan lauk je banyak. Aku takde lah gemok so aku rasa x perlu kot nak skip makan nasik sampai lapar lapar. Tapi satu benda yg penting kalau nak kurus, kena kuat. Kalau hrni dh beria diet japg esok melantak kfc kononnya cheat day. Takleh eh. Cheat day seminggu sekali jer. Pandai pandai la engkorang jaga k. Memasing dah besar kan takyah kot aku nak ajar satu2.

Jaga makan dah start.

Next is exercise.
Eh tajuk pasal exercise tapi intro pasal benda lain dah berjela kenapa.

Exercise disebabkan aku malas. Aku akan buat yg biasa2 jer. Which is squat challenge. Biasa ker? Hahahaha belom try lagi insyaAllah esok aku start phuiii tengok lah eh kalau rajins.

Korang ada lg tak exercise yg senang2 untuk org malas cm aku? Share weh.

Bye

Sunday, April 5, 2015

Wedding Updates

Assalamualaikum

Allah. Makin hari makin berdebau. Bukan berdebau nak kahwin, berdebau sbb rasa macam banyak lagi benda pendings. Pending pun ada s sbb banyak sgt yg pending nya.

Tapi bila pk pk balik, eh cm banyak je lah benda yang aku dah buat. Lagi tambah serabot bila pendrive yg hilang tu tak jumpa jumpa lagi. Aku confirm lepas je kenduri ni, mesti pendrive itu pun muncul. Aihh, nak tak nak, bertabah lah wahai diri ini.

Yes, wedding is less than 3 months. Date nanti lah reveal bila dah siap kad. Since ake pening tak tau banyak lagi ke tak nak kena buat ni, so far this is my wedding updates. Harap banyak yg dh siap.

Permohonan Nikah 

·  Hadiri Kursus Kahwin  Done
·  Sijil Kursus Kahwin original & salinan  Done
·  Ambil Borang Nikah di Pejabat Agama  Done
·  Surat Akuan Bujang  (kalau kat Selangor, untuk lelaki je)
·  Ujian HIV  Done
·  Borang Kebenaran Nikah (MA)  Done
·  Salinan IC wali (abah)  Done
·  Salinan IC 2 saksi  Done
·  Sijil nikah Mak & Abah original & salinan  Done
·  Isi Borang Nikah  Done
·  Booking Jurunikah  Done

Part ni memang dah siap pun. Nak tau camne step, leh tengok sini.

Barang Hantaran 

Hantaran Pengantin Perempuan kepada Pengantin Lelaki 
·Sireh Junjung 
·Al-Quran + Sejadah  Done
·Jubah / Baju Melayu
·Jam & Cincin  Done
·Fruits
·Laptop  Done
·
(satu masih lagi pending taktau nak beli apa)

Hantaran Pengantin Lelaki kepada Pengantin Perempuan 
·Mas Kahwin
·Jam  Done
·Sejadah + Al Quran  Done
·Kain Pasang  Done
·Fruits
(memang nak letak telekung tp belum jumpa lagi yg berkenan)

Majlis Resepsi    

·Caterer 
Masak sendiri. Since majlis kecik so mak akan masak sendiri. Pakai pinggan and cawan polisterin jer senang nak dispose (walaupun sebenarnya tak elok for environment T___T)

·Photographer 
Budget wedding, so photographer panggil my cousin & my best friend je. Dorang amik gambar cantik jugek walaupun takde lah free photo album bagai

·Baju Bride
Mine for both side dah siap tempah. Dah siap tempah k tp belum siap lagi baju nya. InsyaAllah by end of this month siap auww tak sabar ni nak fitting. Kasut tak beli lagi uwaaaaaa taktau bila nak g cari

·Baju Groom
MA punya baju for akad dia akan pakai jubah putih je lepastu he'll be wearing suits for the entire day and bertandang pun nanti dia pakai suits. Kemain bakal laki iols ni tau. So suit akan tempah a week before Mei. Tempah awal sgt takut tergemok sbb dia suka makan banyak. Suit dah siap nanti bru g cri kemeja. Kasut MA dah siap beli hrtu ada sales jimat banyak oi!

·Doorgift 
DIY my own paper bag. So far paper bag dah siap, tinggal nak masukkan isi dalam je. Ada 3 jenis doorgift. 
*for VIP (groom's side)
*normal guest
*kids
actually gift untuk normal guest and kids sama je cuma nya untuk kids tak ada tasbih and paper bag takde tangkai. Nanti aku reveal k paper bag sumpah suka sgt. Puas hati dgn paper bag buatan sendiri. Happy me!

·Kad Kahwin 
Alhamdulillah. Selepas disaster pasal wedding card hrtu, kebetulan mak ternampak satu banner promotion wedding card rm0.30 sekeping. So yeayy! dah bayar deposit pun now tunggu email from them. InsyaAllah siap within 3 to 4 weeks.

·Berinai 
Masih memikir mikir samada nak pakai ke tak. Niat asal memang xnak pakai. Memang lah perempuan dibenarkan pakai inai for majlis perkahwinan, but i have my own reason not to wear any. Tp tgk lah kan kot kot seminggu sebelum kahwin kau menggeletis nak pakai inai, terjah saja ke Jalan TAR.

·Kanopi 
Papa deal with cikgu yg duduk belakang rumah. Dia mmg ada buat canopy services cuma nya tak active sgt since dia pun cikgu kan. Hrtu wedding Emma pun panggil dia je. Harga pun murah sikit. InsyaAllah today or by this week akan finalize colour untuk canopy.

·Kompang   
Nan hadoo.

·Penunjuk arah/Signboard
Mungkin akan suruh papa and Eyin jgk yg buat. Murah pun murah. Jimat sikit kat situ,

·Sound System   
Abg Halim panggil kawan dia. Just have to double confirm with him.

·Photo booth
Since wedding ku takdo pelamin kecuali mini pelamin for Akad nikah, maka nya ada photo booth yg grand gila sponsored by my eldest sister Kak Noor so settle this one. Biar dia pening sorang.

·Theme
Hahaha paling penting tapi paling last. Tema wedding colour Dark Purple and Grey. My family akan pakai dark purple pengantin pakai white for akad and MA punya suits is grey.

Ada apa lagi ke yg tertinggal? So ini jer persiapan yg terlintas kat fikiran aku and rasanya semua is under control. So yeahh harap semua settle.

Cepat lah habis iols is stress
Bye

Friday, April 3, 2015

Pendrive hilang :O

Assalamualaikum

Drama swasta sangat tau. Al kisah tersebut lah kisah.. Aku dah ter miss place pendrive ku. Aku actually x kisah sangat pasal benda lain yg ada dalam pendrive. Masalah besar aku sekarang ialah, semua benda pasal kahwin, aku letak dalam tu. Since dekat office aku xde printer colour, so aku xnk lah print gegambar pastu tampal dalam note book. Yela kita beria cari gmba kaler biru tp print hitam putih je watdehel sgt kan

So sekarang pendrive aku dah missing in action. Mana tah dia hilang. merajuk membawa diri agaknya. Padahal aku xde pun beli pendrive baru. Runsing sgt iols skg ni tau!

Aku nak update pasal wedding pun terus takde mood. Hahaaha alasan padahal mmg malas pun :p

Lagi satu aku dapat berita lak 18 April ni one of my course mate masa belajar kat UiTM dulu nak kahwin. Wiwiwiw semua org pun sekarang nak kahwin senyap2 je kan takde pun hari2 post dekat IG sibuk bgtau bye uols iols nak keluar dgn tunang g beli brg hantaran hahaha lol sgt. Ceh ckp org, awk tulis blog lagi gelabah :p blogger dikecualikan sebab kitorang suka menulis lebih dari bergambar padahal aku je cmtu blogger lain suka je bergambar kan T____T

Ok lah btw selamat pengantin baru Ira.
Bye


Wednesday, April 1, 2015

Wedding Preparation #7: Borang Nikah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Eh belum kawin lagi lah. hahaha

ok hrni aku nak cerita pasal perjalanan ku menuju puncak eh tak nak cerita pasal borang nikah. Haritu MA balik kampung settle kan borang nikah belah dia, tp tak boleh siap on the spot so MA balik kl dlu lepastu few days after bru adik dia post dekat aku. Lepas dh dpt borang dri MA, baru lah aku boleh proceed dekat belah aku pulak.

Well alhamdulillah sebab aku tak rasa susah langsung pasal nak settle kan borang nikah ni. entah semua macam senang gila je. So aku cerita step by step k?

Untuk belah lelaki, since MA org kelantan, aku boleh cerita pasal org kelantan jela k. negeri lain punya procedure aku xtau lah kan.

MA dia kerja kl. so borang nikah semua, abah dia yg tlg amikkan kan pejabat agama. Dia dh siap2 isi semua, then compile kn dengan document yg perlu ada which is

-Ic pengantin lelaki
-Ic pengantin perempuan
-Sijil kursus kahwin (original and photocopy)
-HIV test
-Pengesahan bujang dri majikan

mcm hiv test, dekat website jabatan agama islam kelantan ada sediakan borang untuk buat hiv test. So kalau laki kau org kelantan, tp kerja kat tempat lain luar pada kelantan, just print borang tu, and bg dekat MO (medical officer) masa kau g buat hiv test tu. Tp original borang dri klinik kesihatan tu pun kena lah bawak. Means hiv test kau akan ada 2 borang. Paham ke tidak?

Lepastu dh siap compile document and isi borang, MA kena g jumpa imam kampung dia untuk dpt pengesahan.

Imam kampung dh sign segala bagai, dia kena pulak hantar segala compilation tadi ke pusat islam apebenda tah aku x igt lah yang ni. So nti kena bayar certain amount (sbb nikah luar kelantan. MA hrtu kena rm22), nti borang akan siap within 4 days.

Senang je kan.

Untuk belah perempuan pulak,

Aku senang je. Isi borang online jer semua. Lepas je dpt MA punya borang yg dh lengkap, aku terus print segala borang yg aku dh isi tu. Ada 2 borang k. Borang 2C and borang 2D

Borang ni semua kau kena buat online. Takyah susah2 kan diri nak g pejabat agama selangor amik borang ke apa sbb memang tak ada. memang kena buat online. Print and sedia kan document yg perlu.

-Borang 2C
-Borang 2D
-Ic pengantin perempuan
-Ic wali
-Ic 2 org saksi
-Sijil kursus kahwin (original and photocopy)
-Salinan sijil nikah ibubapa (bawak sekali yg original. aku punya hrtu dia x mintak. tp org sebelum aku tu dia mintak. so bawak je lah in case dia mintak kan)
-Borang pihak lelaki.

Dh siap semua, aku, wali and 2 org saksi kena g jumpa penolong pendaftar nikah / jurunikah kat kawasan umah aku pulak. Yes pengantin perempuan kena bawak wali and saksi sekali k. Sebab nanti borang 2C tu nak kena sign depan jurunikah tu. Jurunikah dh siap sign semua benda, dia akan pulangkan borang tu semua kat kita.

Now kau cuma perlu bawak segala borang yang dah siap, kau punya and laki punya, bawak je g pejabat agama islam selangor yang terletak betul2 kat depan masjid shah alam tu. Tanya lah kat guard nanti mana nak g hantar borang nikah. Sampai situ, amik no kat kaunter depan and org tu akan cek balik document kau semua complete ke tak pastu pung pang pung pang dia cop segala benda. So tunggu sampai no di panggil, bg borang lepastu tunggu. Dalam 10 minit cmtu, dia akan return kan borang kau semua and bayar rm10.

Siap.

Surat permohonan nikah tu valid untuk 3 bulan sahaja ok. Kalau dlm masa 3 bulan kau x nikah, kau kena apply baru. Macam mana procedure, iols is dont know hehe.

So maknanya disini, since borang nikah aku dh settle, iols is getting married in less than 3 months la kan. OMG hahahahaha scary nya!!!!!

okbye

Thursday, March 26, 2015

Wedding Preparation #6: Wedding Card Disaster

Assalamualaikum

Yes! Its a total disaster sebab nya disebab kan ada beberapa masalah yang tak dapat nak dielakkan, wedding card yang sepatutnya di DIY terpaksa cancel. Project DIY kena cancel maka nya aku memang kelam kabut lah nak mencari kad kahwin.

Susah tauuuu nak carik yang murah sekarang ni. Puas aku google berhari2, singgah few kedai, semua mahal. Bukan lah aku ni kedekut sgt, tp rasa mcm membazir kalau banyak sangat duit habis dekat kad kawin je padahal lepas majlis sah sah org buang.

So emergency plan is, esok lepas kerja aku ajak Fard g cri kad kahwin. MA kerja. Dia cuti ahad je so kalau semua aku nak tunggu dia, memang lagi lama nanti tangguh. Dia pulak bukan suka benda2 ni. Kang aku tanya mana cantik dia mesti semua pun cantik jer.

Huhuhu harap2 sempat lah kad siap by middle April. Lambat2 kang takut x sempat sampai kad kat tangan jemputan.

Wish me luck.
Bye

Sunday, March 22, 2015

Airasia 2015

Assalamualaikum

Wiwiwiwiwiwi

Korang semua dah usha usha belom free seats airasia ni? G cepat hrni baru first day. Tapi iols is beli semalam lah sebab semalam 1 hari special untuk member.

Well for me tiket takdelah murah sangat. And takde lak tu tempat yg aku betul2 nak pergi.

Tapi xpe, sebab masih jgk ada tiket yg murah, selamat lah dalam itinerary ku untuk berholiday Mac next year. Huhuhu setahun nak tunggu.

Konon nya aku niat nak cri tiket untuk first anniversary. Kau mampo kahwin pun belum tiba2 beli tiket first anniversary hahahaha. Takper lah kan early planning. Ala lgpun tiket honeymoon pun aku book setahun awal, ini kan pulak anniversary kan.

Anyhow, persiapan perkahwinan is sedang berlangsung. Nanti lah update harini busy.

Bye

Tuesday, March 17, 2015

GST?

Assalamualaikum.

Harini aku bukanlah nak membebel pasal GST.

Aku cuma nak cerita sal wedding preparation aku je. Banyak lagi woi barang2 untuk wedding yg aku x sempat beli. And memandangkan GST berkuat kuasa 1 April, aku dengan ini harus mempercepatkan segala urusan pembelian untuk barang2 yang bakal dikenakan GST. Terutamanya barang2 hantaran lah. 

Kalau harga barang tu naik lepas GST, dh rugi aku x beli sebelum GST dikenakan.

So aku nak bagi jugak cadangan kat engkorang semua, kalau ada apa2 benda penting yang nak beli, nak tukar gadjet ke, nak beli laptop ke, baik beli before 1 April.

P/S: Nak kena listkan barang apa nak beli. Ada 2 ahad je lagi before April.

Okbye

Monday, March 16, 2015

Wedding Preparation #5: HIV Test & Borang Nikah

Assalamualaikum

Disebabkan agak busy zaman skg ni, kita update dua benda dalam satu entry k. Busy weh tp aku sendiri tak tau apa yg busy. Entry ni pun dh berzaman duk dlm draft 

Before that, nak mintak semua pembaca blog ni yg beragama islam (ada ker org baca T____T) untuk sedekah kah al fatihah dekat arwah nenek aku, mak kepada ayah aku yg baru je meninggal dunia pada 7.3 jam 2.55am.

Ok now back to business.

So haritu. Haritu tu dh lama jgk lah rasanya. Exact date 02 March 2015, aku g buat HIV test dekat klinik kesihatan shah alam. Why shah alam? Padahal duduk sungai buloh lepastu gatal g shah alam dh la jauh. Sebabnya!!! sebabnya klinik kesihatan shah alam seksyen 7 ni tak payah buat appointment kalau nak buat HIV Test. Cuma syaratnya, 15 org yg terawal je. 15 org pagi, 15 org petang. Kenapa aku taknak g klinik yg kena buat appointment? Sebab aku tak banyak cuti. Nak buat appoinment, kalau through phone je xpe la jgk. Ini sampai nak kena g klinik semata2 nak buat appointment, rugi lah cuti aku kan. So dengan tabahnya, aku memilih utk buat di Shah Alam.

Walaupun x berapa nak jauh, aku tetap kena kejar untuk jadik 15 org yg pertama pagi tu. Aku end up x amik cuti pun hrtu. Masuk kerja lambat je. Nasib boss ok. Aku keluar rumah around 6.45 cmtu. Lelaju drive. Sebab nya kalau dh masuk kul 7, jalan confirm jammed. Dh la aku dengan tak tau tempat lagi. ahaha gila kan g klinik yg aku sendiri xtau katner. Nasib baik jumpa. Dekat sesgt dengan pintu blakang uitm shah alam and jakel shah alam tu. Lepas jakel tu kau slow2 sikit klinik belah kiri. Masa aku pegi ni diorang tgh buat jalan so kena masuk ikut hospital yg separa siap. ke tak siap lagi aku pun x sure.

Sampai dh dekat 7.00. Klinik bukak kul 8 so aku pk ni mesti x ramai lg ni. Park kete terus masuk nak beratur. Sekali tgk dh lebih dri 10 org yg beratur. Aiyakk. Hahahaha igtkan aku paling awal. Beratur punya beratur, kul 7.30 klinik pun bukak. I was like ini sudah bagus, awal dia bukak. Rupenya hampas kelapa. Klinik mmg bukak kul 7.30. Tp utk HIV Test, kul 8 bru boleh buat.

Mula nya aku ok je kena tunggu pukul 8. Dengan bahagia nya aku tunggu sebab aku org ke 2. Tepat pukul 8, aku pun naik tingkat 1 utk isi borang dan sebagainya. Dh siap isi borang, dia bg aku no 2. Pastu dia suruh aku turun bawah balik untuk amik no dekat klinik. Kau paham tak masalah dia skg apa? Dia suruh aku amik no dekat klinik yg bukak pukul 7.30 pagi td tu. Aku x paham betul lah. Sbb by the time aku siap isi borang semua, dah pukul 8.30 tau. In between 7.30 and 8.30 tu, dh lebih dri 100 org dtg. Aku kena tunggu punya lama bru nak dpt jumpa doctor. Padahal memula tu aku ada lah org yg ke 11 cmtu.

Satu lagi masalah. Sepanjang aku baca blog2 yg g buat HIV Test ni, semua dan dan tu boleh siap. But mine, tengah hari bru leh siap. Dia leh suruh aku balik dlu nti tgh hari dtg. Kita ni bukan xde keje kan jap lg nk keluar lg. Sudahnya, aku duduk je kat klinik sampai result keluar.

Alhamdulillah, semua ok. Settle one thing.

Next is borang nikah. MA bru je sampai kl pagi tadi. Weekend hrtu dia balik kg sebab nak settle kan borang nikah. For me, biar siap awal so nanti xyh fikir dh pasal benda ni. So far dia punya semua ok, cumanya borang x dpt kat dia lagi. Nanti hri kamis bru adik dia akan tlg poskan dekat aku.

Aku punya borang pun dh isi online. Thank God selangor punya mudah. Buat online je isi borang semua. Nanti kena print and mintak saksi and wali sign je. Senang.

So borang nikah, 45% done. InsyaAllah by this week MA punya siap, aku punya proceed next week, siap lah tu kot.

Next is wedding card. Ada masalah sikit. Uwaaaaaa. Sambung next time lah
Bye

Sunday, February 22, 2015

Officially not available.

Assalamualaikum.

Kemain tajuk kan. Alhamdulillah. Tanggal 19 Februari akan jadi satu tanggal yang InsyaAllah akan ku kenang sampai bila2.

Why?

Hehehehe

Family MA secara officially dah datang jumpa my family and discuss about our wedding. Auwwwww sgt tau. 

Hahaha malu woi.

Alhamdulillah, everything went well. MA siap leh wat surprise lagi. Tapi surprise x berapa nak menjadi sgt sebab awal2 dah bagitau I ada surprise untuk u. watdehel sgt kan. Nak buat surprise tapi sibuk dia bagitau ada surprise ada surprise.

And ada lagi satu kejadian yang tidak di ingini masa tengah dok tuang air. Adoii malu nya. Leh pulak aku tertumpah kan air depan bakal ibu martua ku. Terus lepastu aku x tunjuk muka dah kat depan dok nyorok je kat dapur T_____T

Surprise ape?

Well.....

Dapat cincin!!!!

Hahahahaa kalau ikut plan asal aku dgn MA, mmg kitorang taknak bagi apa2 masa parents dia dtg ni. Sbb bukan dtg merisik ke bertunang ke apa. Datang dgn niat nak kenal2 je. Sekali mak dia boleh pulak belikan cincin. Dah beli bru bgtau pulak tu. Alhamdulillah elok2 je muat masuk kat jari aku ni hah.

Malu gila oi. Akak2 aku semua dh mcm paparazzi sgt, sibuk dok amik gmba siap beratur belakang kerusi. Sumpah malu! Nasib baik aku xnak sanding. Kalau x mau ter shi shi atas pelamin tu sbb malu sgt.

So mcm papa aku ckp, dh secara rasminya di sunting orang, dh tak available lah yer. Single, but not available. Gituwww. Actually aku pun x tau majlis ni panggil apa. Merisik ke? Tunang ke? Tapi tak penting pun, yang penting kitorang ada less than 100 days untuk buat persiapan kawin. *nangis

Ok la tu je nak bagitau.
Bye

Friday, February 13, 2015

6 tips kurus cara saya.

Assalamualaikum.

Amboii. Macam awak kurus sgt kan nak suruh org ikut tips dia. Aku ni takde la kurus sgt. tapi alhamdulillah, mungkin sebab aku tinggi, jadi nya tak nampak sangat lah kalau aku gemok. Padahal pernah je gemok, baju selua semua tak muat *nangis

Tadi g toilet, dengar ada akak ni complaint. Skg ni dia kurang makan. Kadang tu harini makan tengah hari, pastu besok nya pulak baru dia makan. Nak kurus punya pasal. Aku tak tau lah dh berapa lama dia guna tips tu, tp aku tengok badan dia sama je cmtu. Dah hampir 7 bulan aku kerja sini sama je badan dia. Tak kurus pun? T_____T sorry kak

Ok.
Tips aku ni bukan lah tips nak kurus mcm model sgt pun. Ini more to nak maintain your figure. Kita ni takleh badan gemok sgt takleh kurus sgt. Nanti sakit susah. So obviously, berat yg paling ideal is kalau BMI korang normal, dh cukup bagus. Berat ni dia ikut tinggi seseorang jgk k. Kalau kau tinggi, tp kurus melidi, meaning kau underweight. Which is not good. Kalau kau rendah, tp gemok, which is overweight, pun tak bagus jgk.

So aku ajar cara kira BMI dulu.

Berat badan / Tinggi (M) X Tinggi (M)

Contoh

60 / 1.72 X 1.72

60 / 2.96

=20.27


< 18.5 = Underweight
18.5 - 24.9 = Normal
25 - 30 = Overweight
30 atau lebih = Obese


Cepat kira skg.

So now, jom ikut cara saya maintain berat badan. Kalau nak kurus, kena extra work ok.

1. Cukup tidur.
Tidur memang penting. Crucial. Waktu tidur yg normal is average 7 jam cmtu. Seboleh boleh nya, cuba untuk tidur secukupnya. Kalau rasa pagi kena bangun awal, try to sleep early at night. Pukul 10.30 tidur, pukul 5.30 dh boleh bangun siapkan apa yg patut. Try. Tau susah, but try.


nyenyak dia tidur

2. Jaga makan.
Walaupun kau tak overweight, kau still kena jaga makan. Aku pun tak suka sayur. Aku pun suka ayam goreng pizza extra cheese burger daging. Tapi know your limit. Kau mesti kenal badan kau kan. Kalau kau rasa kau ni makan sebijik burger extra cheese terus boleh naik 3 kilo, limit lah yourself. Jangan lah hari2 nak consume burger tu. Makan lah once in every two weeks ke. Sebab aku tau susah nak say goodbye to benda sedap2 ni. You don't have to stop, cuma kurangkan.


semua kenal kan menatang ni, follow! Jangan terbalik pulak.

3. Eat slowly.
Ok yg dua kat atas tu semua org pun tau. But this is my secret weapon. Makan slow2. Slow2 as in ikut sunnah Nabi Muhammad SAW kunyah 44 kali sebelum telan. Takyah la gigih kira satu satu, make sure makanan tu dh betul2 hancur kau kunyah before telan. Bila kau makan slow2, kau akan cepat kenyang. And as a result, kau akan kurang makan. Aku memang selalu nya orang yang paling last settle makan. Orang lain dh bertambah dua tiga kali, aku masih makan makanan yang sama and end up aku paling last. Take your time. Jangan gelojoh, nti makan banyak.
takyah ah nak camni sangat eh

4. Baca doa.
Hah siapa tak baca doa makan memang suka makan banyak. Setan keliling kongsi. Jangan lupa! Baca doa makan!!

dah sudah makan, baca doa selepas makan pulak. Takdelah bru lepas makan terus lapar balik.

5. Keep yourself fit.
Heeeee. Aku pun malas part ni. But try. Takyah lah beria jogging satu padang bola tiap2 hri. Banyak kan berjalan. Macam aku kat office ni, nak g memana semua jauh. Nak g toilet pun jauh. So aku banyakkan lah jalan g toilet. Senaman yg paling senang sekali is Solat. Kita solat bukan duduk je. Bangun, rukuk, sujud, semua memerlukan pergerakan. And dlm masa yg sama, kita melancarkan perjalanan darah as well as kita menggerakkan badan kita. Bagus tau.

yg semangat membara cmni selalu hari pertama je. hari kedua layu di tasik madu.

6. Keep yourself motivated.
Simpan lah gambar kau masa kurus dlu ke, gambar idola kau ke. Ini tidak, dalam hp penuh gambar makan. Lunch haritu makan kenny rogers, dinner kelmarin makan tony romas, malam semalam makan nasi lemak ayam rendang. OMG. Memang lah kau motivated dgn gmba makanan ni, motivated untuk terus makan. Jangan k. G delete skg!

aku tak cakap. surat khabar tu yg tulis.

So apa lagi. Jom kurus sesama. Seriously, kau tak perlu apa2 ubat untuk kurus.
Kbai